fbpx

10 Sebab Travel Menjadikan Anda Lebih Sihat

Saya tahu melancong cenderung lebih kepada ‘packing bags’ dan meneroka. Namun, terdapat segelintir penyelidik mencadangkan melancong baik untuk kesihatan anda. Maksud saya, ia mungkin tidak baik untuk kewangan anda, tetapi ia pasti baik untuk kesihatan anda, fikiran anda, dan badan anda.

Oleh itu, bila anda akan‘packing bags’ untuk pengembaraan seterusnya?

 

1.  Mengurangkan Tahap Stress

Menurut beberapa kaji selidik, seseorang akan lebih cenderung untuk melepaskan stress  hanya beberapa hari selepas permulaan trip mereka. Apabila anda berada jauh dari kehidupan seharian dan masuk ke persekitaran baru, jadi ini sangat membantu untuk melegakan stress anda.

 

2.  Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Sepanjang trip, terdapat aktiviti fizikal dimana dapat merendahkan bukan sahaja tekanan darah tetapi juga risiko penyakit jantung. Jadi travel adalah baik untuk jantung anda.

3.  Mengurangkan Risiko Kemurungan

Melakukan aktiviti di luar boleh membantu meningkatkan kesihatan minda anda dan apabila fikiran anda sihat risiko kemurungan adalah lebih sikit.

 

4.  Menjaga Ketajaman Fikiran Anda

Mengenali lebih ramai orang, bahasa, maklumat mengenai tempat-tempat dan persekitaran boleh meningkatkan daya ingatan dan tumpuan. Mencari jalan pulang ke hotel juga boleh menjadi satu cabaran fikiran.

 

5.  Menguatkan Fizikal

Kebiasaannya jarang bagi seseorang untuk duduk sepanjang masa ketika trip. Sebahagian besar daripada mereka ingin meneroka bandar, mendaki bukit, berbasikal mengelilingi landskap dan secaraamnya bergerak, dimana boleh memberi manfaat kepada otot anda.

 

6.  Membuat Anda Lebih Bahagia!

Menurut kajian, travel dapat menjadikan seseorang itu lebih bahagia dimana mereka dapat berkongsi pengalaman bersama rakan travel anda.

7.  Membina Jati Diri

Apabila anda berada di negara asing anda akan bergantung kepada diri anda, anda akan merasai emosi yang berbeza, berjumpa dengan ramai orang, semua perkara yang boleh buat anda rasa hebat dengan diri sendiri.

8.  The Rush of Adrenaline

Apabila badan anda sedang bersedia untuk extreme activity, ia akan memberi isyarat kepada otak bahawa ia adalah masa untuk melepaskan hormon, yang membuat anda berasa kurang stress.

9.  Meningkatkan Daya Kreatif

Semasa perjalanan anda, anda mempunyai peluang untuk memenuhi budaya baru dan membuat anda berfikir dengan cara yang berbeza daripada biasa. Ia membuatkan anda lebih bertolak ansur.

 

10.  Menjadikan Imun Anda Lebih Kuat

Kita semua tahu bahawa terdapat juga bakteria baik. Apabila anda berada di luar negara badan anda berada dalam persekitaran yang baru, berbeza daripada di negara asal anda. Jika anda dalam perjalanan ke sebuah negara yang sangat berbeza daripada anda, pastikan anda mengambi lvaksin yang secukupnya.

 

 


Sumber: http://muslimtravelgirl.boardingarea.com

Dikuasakan oleh Madini Travel & Tours Sdn Bhd.