fbpx

10 Tips Terbaik Travel Dengan Anak Kecil

Apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak, setiap pasangan mempunyai hasrat untuk melancong ke luar negara bersama anak. namun ramai di antara kalangan mereka yang risau akan anak mereka ketika pergi melancong. Disini saya akan memberi 10 Tips yang sememangnya terbaik apabila hendak membawa anak kecil pergi travel bersama.

 

  • Pengurusan Masa

Ok kalau kita dah ada anak kita memang kena ambil masa lebih daripada kita bercuti tanpa anak. Kalau nak ke lapangan terbang, pastikan anda sampai awal. Manalah tahu dalam perjalanan bayi anda tetibe “poo poo” aduh! Pastu dah nak terkeluar plak tu tapi nak kena kejar flight. Mood spoil!

 

  • Buat Tempahan Awal

Kalau bawa anak bercuti jangan lah mengada-ngada nak main redah je hotel. Pastu hotel tu penuh kena menapak plak ke hotel lain. Hotel tu pon penuh, anak dah melalak nak susu. Pandai la korang anak korang kan? Hehehe. Jangan lupa untuk tempah bassinet jika anak anda memerlukannya.

 

  • “Baby Food”​

sumber : zyzoolmiratravel

Jangan lupa bawa makanan seperti biskut atau snek untuk anak anda. Kita tak tahu bila masa mereka tiba-tiba rasa lapar dan nak makan kan?

 

  • “Family Travel Insurance”​

Malang tidak berbau. Lindungi keluarga anda dengan membeli “Travel Insurance”. Pilihan kami adalah AXA Insurance “Smart Traveller VIP”. Anda bagaimana?

 

  • Stroller atau Baby Carrier​

sumber : mira travel

Yang ni korang kena decide nak bawa stroller atau baby carrier. Anak berapa tahun? Sesuai bawa baby carrier atau stroller? Atau kedua-duanya sekali? Macam kami yang dah ada dua nih, memang kami terpaksa bawa kedua-duanya. Hahaha bertabahlah!

 

  • Bertenang & Positif​

Sebagai ibu bapa, anda haruslah sentiasa bertenang dalam menangani emosi anak anda. Percaya & positif bahawa percutian bersama anak adalah menyeronokkan!

 

  • Bawa Toys Dan Makanan Kunyah Yang Bersesuaian Untuk Di Makan ​

(Kinder Joy)

Jalan jauh memang akan memenatkan anak-anak, mereka rase cepat boring..dan kadang cepat lapar.Standby buku bergambar, toys..untuk anak-anak bermain dengan tenang dan membaca. Bawa Toys Dan Makanan Kunyah Yang Bersesuaian Untuk Di Makan.

 

  • Travel Kit

Standby siap-siap set travel kit anak-anak, sebab percutian yang lama boleh boleh dedahkan anak pada pelbagai persekitaran..so imunisasi anak perlu kuat..jadi sediakan Vitamin C chewable, Vitalea Nutriferon imune booster kita bukan je untuk anak-anak kita..untuk kita sendiri juga.

 

  • Rancang Itinerari Percutian Keluarga Anda

Untuk percutian ala backpack seperti kami memang kena rancang itinerari betul-betul. Anggaran waktu kena bersesuaian dengan percutian bawa anak. Jangan lupa masukkan tempat yang seronok dikunjungi kanak-kanak ketika bercuti nanti. Anak anda pasti gembira sepanjang percutian itu nanti.

 

  • Reward Anak-Anak Dengan Makanan Kegemaran ​

Bagi anak happy..sebagai tanda penghargaan yang mereka berkelakuan baik..mereka happy..kita pun happy kan.

Semoga apa yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada semua.

_Selamat melancong_ 🙂

Dikuasakan oleh Madini Travel & Tours Sdn Bhd.