INDAHNYA MADINAH

Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi umat Islam selepas Makkah dan sebelum Baitulmuqaddis. Ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid An- Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad SAW. Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad SAW. Rumah baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid apabila masjid itu diperbesarkan oleh Khalifah Al Walid Ibni Abdul Malik daripada Kerajaan Ummaiyyah. Masjid pertama yang dibina umat Islam juga terletak di Madinah iaitu Masjid Quba.

MASJID QUBA

Masjid Quba merupakan masjid yang pertama dibina oleh umat Islam. Masjid ini terletak dua batu dari masjid An Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW. Pembinaan masjid ini berlaku semasa perjalanan baginda dan umat islam menuju ke Madinah.

  1. Sabda Nabi Saws.jpg lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadah Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)
  2. Telah diriwayatkan juga bahawa Nabi Saws.jpg bersabda: Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba' pada hari Isnin dan hari Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadah Umrah.

MASJID NABAWI 

Masjid Nabawi termasyhur dalam kalangan Jemaah umrah dan haji. Hal ini kerana di dalamnya terdapat Raudhah. Dengan keyakinan yang utuh kepada hadis Rasulullah SAW yang mengatakan bahawa barangsiapa yang berdoa di Raudhah maka Allah akan kabulkan doanya. Kita juga disunatkan untuk memperbanyakkan ibadah ketika berada di Masjid Nabawi.

Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim bersabda:

صَلاَةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ، إِلَّا المَسْجِدَ الحَرَام

Ertinya : Satu solat di masjid saya (Masjid Nabawi) ini lebih baik daripada seribu solat ditempat lain, kecuali Masjidil Haram 

Bilakah musim sejuk di Tanah Suci? Musim sejuk atau musim dingin di Mekah dan Madinah adalah antara November hingga Febuari. Biasanya cuaca akan menjadi lebih sejuk pada bulan Disember dimana suhu boleh mencecah sehingga 5 darjah celcius pada waktu malam dan anggaran 15 darjah celcius pada waktu tengah hari.

Persiapan dan kelengkapan umrah pada musim sejuk?

  1. Pastikan bawa baju tebal/ jaket/ sweater dan stokin tebal.
  2. Cuaca kering dan dingin boleh membuatkan kulit kita cepat menjadi kering. Bawa dan gunakan pelembap bibir dan juga losyen kulit untuk mengelakkan kulit kering dan merekah terutamanya di bahagian tumit.
  3. Jemaah lelaki boleh membawa mafla untuk membalut leher bagi mengelakkan rasa sejuk di waktu malam dan subuh.
  4. Bawa kelengkapan asas ubat-ubatan seperti panadol, minyak angin dan koyok. Selain itu boleh ambil suplemen atau vitamin tambahan untuk menjaga kesihatan sepanjang melaksanakan umrah. 

Ramai yang memilih untuk melaksanakan umrah pada musim sejuk kerana faktor keselesaan, cuaca panas membuatkan kita cepat letih dan banyak berpeluh. Selain itu musim sejuk juga bersamaan dengan tarikh cuti sekolah, jadi ramai yang mengambil peluang untuk bawa sekeluarga pergi umrah. Oleh itu musim sejuk kebiasaannya lebih ramai orang dan lebih sesak di tanah suci menyebabkan harga hotel dan tiket penerbangan juga agak mahal berbanding musim biasa. Jadi rancanglah perjalanan anda samaada anda mahu menunaikan umrah di musim sejuk atau musim biasa mengikut kesuaian.

Antara masa-masa yang padat dan ramai jemaah datang

untuk menunaikan solat adalah pada waktu subuh, maghrib dan isyak. Oleh itu pintu masuk ke masjid akan ditutup lebih awal sebelum muadzin melaungkan azan sekitar 20 ke 30 minit. Oleh yang demikian, sekiranya anda tidak dapat memasuki melalui pintu masjid, dicadangkan untuk menggunakan ruang saf solat dalam bangunan masjid melalui pintu 92 yang membawa jemaah ke aras bawah atau ke aras 1 King Fahad pintu 91 yang mempunyai lebih banyak kekosongan saf solat untuk para jemaah. Bukan itu sahaja, di tingkat paling atas Masjidil Haram (rooftop) juga terdapat dataran solat yang sangat luas. Ini adalah alternatif lain yang lebih baik dari jemaah solat di dataran luar Masjidil Haram, kadang kala saf yang dibuka mengganggu jemaah lain untuk berjalan menuju ke Masjid. Belum lagi dengan teriakan pihak keselamatan "Hajjah hajjah tareeq tareeq!", terpaksa pula beralih menyelit untuk solat.

Dataran rooftop Masjidil Haram juga mempunyai 

ruang solat yang lebih luas, nyaman & tersedia karpet hijau untuk saf-saf solat. Selesa untuk beriktikaf dan membaca Al Quran serta mudah untuk suami, isteri & anak-anak solat di kawasan yang sama. Selain itu,

terdapat juga ruang untuk mengambil wudhu'. 

Semoga info ini bermanfaat dan anda dapat merasai pengalaman dipelbagai kawasan solat di bangunan Masjidil Haram. Selamat menunaikan umrah dan berbahagia menjadi tetamu Allah.

Masjid Nabawi dibina di kota Madinah dan merupakan masjid kedua paling suci bagi umat islam. Di Masjid Nabawi juga terletaknya makam Rasullullah SAW. Ianya dibina sendiri oleh Rasullullah SAW bersebelahan dengan rumah baginda selepas peristiwa hijrah pada tahun 622 Masihi. Manakala Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah SAW adalah masjid Quba. 

Berikut adalah 13 fakta berkenaan Masjid Nabawi yang anda mungkin belum tahu:

1. Mempunyai 7 orang imam yang bertugas.

2. Memiliki 17 orang muazin (tukang azan).

3. Jumlah pekerja melebihi 1620 orang semuanya.

4. Jumlah pintu yang ada adalah sekitar 100 buah.

5. Dibersihkan 3 kali dalam sehari.

6. Ada 27 buah kubah semuanya.

7. Mempunyai karpet melebihi 16,000 buah.

8. Karpet yang diguna akan melalui beberapa proses terlebih dahulu iaitu vakum, bash, pengeringan, dijemur bawah panas matahari dan dijahit jika ada yang koyak.

9. Mempunyai 262 buah payung termasuk luar dan dalam masiid.

10. Semua kubah dan payung akan dibersihkan sebanyak dua kali dalam setahun.

11. Memiliki 7200 buah tong air zamzam.

12. Menyimpan sebanyak 7433 buah manuskrip.

13. Menyediakan sebanyak 162,635 buah buku di perpustakaan masjid.

Ibadah umrah adalah kemuncak penzahiran ubudiyyah seorang hamba kepada Tuhan-Nya. Disini kami akan kongsikan tentang apa itu ibadah umrah. 

Umrah merupakan pilihan alternatif untuk mereka yang belum berkesempatan menunaikan ibadah haji ke tanah suci Mekah.

Umrah sunat boleh dilakukan berulang kali terutamanya pada bulan Ramadhan. Ini adalah berdasarkan kepada hadis berikut :

العُمْرَةُ إِلَى العُمْرَةِ كَفَّارَةٌ مَا بَيْنَهـُمَا

Maksudnya : Dari satu umrah ke satu umrah adalah penghapus dosa antara keduanya. 

عُمْرَةٌ فِي رَمَضَانَ تَعْدِلُ حَجَّةً

Maksudnya : Melakukan satu umrah di bulan Ramadhan adalah menyamai pahala melakukan sekali haji. 

WAKTU MELAKUKAN UMRAH

Umrah boleh dilakukan sepanjang tahun kecuali selain daripada masa seseorang itu berada dalam ihram haji sehingga dia selesai melakukan kerja-kerja haji tersebut.

RUKUN UMRAH

  1. Berniat ihram
  2. Tawaf
  3. Saie
  4. Bergunting atau bercukur

KELEBIHAN MENGERJAKAN UMRAH 

Sepertimana kelebihan haji, umrah juga ada kelebihannya. Di antara kelebihan umrah adalah:

  1. Menjadi tetamu Allah

Di alam Ihya’ Ulumuddin, Jarir Bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Tetamu Allah ada tiga golonan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang.

  1. Pahala dan ganjaran dilipatgandakan  

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda pada tahun haji wada’ di Mekah bahawa “Para Jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham”.

  1. Menghilangkan dosa dan kefakiran

Dari Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Perturutkanlah antara haji dan umrah sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi.

Madini Travel & Tours Sdn Bhd 
(1175306-D) (KPK 8370)
73-B, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Emel : hi@madinitravel.com
cross linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram