Indahnya Madinah

INDAHNYA MADINAH

Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi umat Islam selepas Makkah dan sebelum Baitulmuqaddis. Ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid An- Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad SAW. Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad SAW. Rumah baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid apabila masjid itu diperbesarkan oleh Khalifah Al Walid Ibni Abdul Malik daripada Kerajaan Ummaiyyah. Masjid pertama yang dibina umat Islam juga terletak di Madinah iaitu Masjid Quba.

MASJID QUBA

Masjid Quba merupakan masjid yang pertama dibina oleh umat Islam. Masjid ini terletak dua batu dari masjid An Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW. Pembinaan masjid ini berlaku semasa perjalanan baginda dan umat islam menuju ke Madinah.

  1. Sabda Nabi Saws.jpg lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadah Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)
  2. Telah diriwayatkan juga bahawa Nabi Saws.jpg bersabda: Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba' pada hari Isnin dan hari Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadah Umrah.

MASJID NABAWI 

Masjid Nabawi termasyhur dalam kalangan Jemaah umrah dan haji. Hal ini kerana di dalamnya terdapat Raudhah. Dengan keyakinan yang utuh kepada hadis Rasulullah SAW yang mengatakan bahawa barangsiapa yang berdoa di Raudhah maka Allah akan kabulkan doanya. Kita juga disunatkan untuk memperbanyakkan ibadah ketika berada di Masjid Nabawi.

Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim bersabda:

صَلاَةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ، إِلَّا المَسْجِدَ الحَرَام

Ertinya : Satu solat di masjid saya (Masjid Nabawi) ini lebih baik daripada seribu solat ditempat lain, kecuali Masjidil Haram 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Madini Travel & Tours Sdn Bhd 
(1175306-D) (KPK 8370)
73-B, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Emel : hi@madinitravel.com
Ikuti Kami
Berdaftar
cross linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram