Hamzah bin Abdul Muthalib adalah nama agung yang pernah digeruni oleh sebilangan masyarakat Arab Quraisy di zaman Jahiliyah(Sebelum kerasulan Nabi Muhammad S.A.W). Hamzah ialah panglima perang yang paling disegani sehingga tiada siapa yang mampu menandingi beliau secara berhadapan. Antara gelaran Saidina Hamzah ialah “Singa Allah” (Arab: أسد الله) kerana keberaniannya.

Berikut merupakan Perang Yang Disertai Saidina Hamzah.

Perang Badar

ketika perang Badar, Saidina Hamzah merupakan salah seorang panglima perang yang gagah berani. Kehebatan Saidina Hamzah di medan perang telah meningkatkan semangat umat Islam secara keseluruhan. Umat Islam telah menang pada Perang Badar dalam keadaan 313 melawan 1000 kaum Quraisy.

Perang Uhud

Ketika perang Uhud, ramai musuh yang terkorban di hujung mata pedang Saidina Hamzah pada waktu peperangan Uhud, namun Saidina Hamzah terkorban syahid akibat rejaman lembing yang dilemparkan oleh Wahsyi, seorang hamba berkulit hitam.

Beliau digelar Nabi sebagai penghulu para syuhada:

“Penghulu para syuhada ialah Hamzah bin Abdul Muttalib, dan orang yang melawan penguasa kejam, ia melarang dan memerintah, namun akhirnya ia mati terbunuh.”

(Hadis Riwayat Al-Hakim)

Ketika melihat jasad Saidina Hamzah, Rasulullah berasa amat sedih. Rasulullah pun memerintah supaya dikebumikan Hamzah bersama Abdullah bin Jahsy anak saudaranya.

InshaAllah mudah-mudahan Umrah bersama Madini Travel akan menjadi satu kenangan terindah buat para DuyufurRahman.

Umrah adalah salah satu ibadah umat Islam ternanti-nanti untuk mengerjakannya. Sebelum anda ke sana, anda perlu bersiap sedia dengan panduan yang lengkap agar umrah anda menjadi satu ibadah yang diterima Allah SWT.

RUKUN UMRAH ada 5 perkara :

1. Niat Ihram

• Setiap ibadah mesti dimulai dengan niat. Oleh itu jemaah yang ingin melakukan umrah perlulah memasang niat ihram umrah di miqat (sempadan) yang telah ditetapkan. Sebaiknya adalah niat Umrah Bersyarat (khususnya untuk Wanita).

2. Tawaf

• Tawaf bermaksud mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat tertentu. Sekiranya syarat-syaratnya tidak dilaksanakan maka tawaf tersebut tidak sah, dan jika jemaah tersebut terus melakukan sai'e dan bergunting selepas itu, maka sai'e tidak sah dan dia masih lagi dalam ihram.

Niat Tawaf - “Aku berniat tawaf umrah di Kaabah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.”

3. Saie

• Bermaksud berjalan antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak tujuh keliling dengan mengikut syarat-syaratnya. Perjalanan tidak boleh terputus, seperti melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula dengan pintu lain.

4. Bercukur Atau Bergunting

Mencukur atau menggunting sebahagian rambut di kepala selepas selesai saie bagi menandakan telah selesai mengerjakan umrah. Memotong rambut sekurang-kurangnya 3 helai. Adalah afdhal bagi lelaki untuk bercukur.

Bagi yang tiada rambut di kepala, memadai melalukan pisau di kulit kepala.

Bagi wanita, boleh memotong mana-mana bahagian rambut asalkan tidak kurang dari 3 helai.

5. Tertib

• Tertib di sini bererti melakukan rukun secara berurutan satu persatu. Turutannya adalah seperti berikut:

Niat ihram – > Tawaf – > Sai'e – > Bergunting – > Tertib. Apabila selesai semua perkara mengikut urutan, maka selesailah umrah seseorang itu dan terlepaslah ia dari 13 larangan ihram.

InshaAllah mudah-mudahan Umrah bersama Madini Travel akan menjadi satu kenangan terindah buat para DuyufurRahman.

1.      Ketika tawaf

·         Pakai seluar (tight atau jenis cotton) dalam jubah.

·         Pakai kasut bersih khas untuk tawaf. Untuk pengetahuan anda, lantai di tempat tawaf adalah lantai tile. Jadi kalau kita cuma pakai sarung kaki, agak tidak selesa untuk berjalan sebab sedikit licin dan kaki pun cepat sakit.

2.      Ketika sa’ie

·         Memakai seluar di dalam jubah dan pakai kasut. Biasanya perjalanan saie lebih laju berbanding tawaf sebab kurang sesak.

3.      Pemakaian niqab

·         Niqab selain ia berfungsi untuk mengelakkan diri daripada diganggu, ia juga boleh melindungi wajah dari panas terik dan ribut pasir jika ia berlaku.

4.      Pemakaian harian

·         Membawa pakaian yang tidak jarang dan tidak berwarna warni.

5.      Isu tandas

·         Jika di Mekah, kedudukan tandas biasanya agak jauh dari tempat solat. Malah jika kita tinggalkan tempat solat untuk pergi ke tandas, pasti kita tidak akan dapat duduk semula di tempat yang sama lebih-lebih lagi jika sudah hampir masuk waktu solat.

InshaAllah mudah-mudahan Umrah bersama Madini Travel akan menjadi satu kenangan terindah buat para DuyufurRahman.

5 Tips Mengawal Emosi Marah Sewaktu Berpuasa

Ternyata memang susah untuk menahan emosi setiap hari, apatah lagi ketika sedang berpuasa. Pasti ada perkara yang membuatkan emosi menjadi tidak stabil dan menjadi cepat marah. Salah satu syarat puasa dikatakan sempurna adalah menahan emosi marah dengan kesabaran.

Antara tips mengawal emosi ketika berpuasa ialah :-

1. Elakkan situasi yang boleh mencetuskan emosi

Tip ini memerlukan kepekaan dan kesedaran tentang kesan situasi tertentu. Contohnya, Sekiranya anda mudah marah apabila dalam keadaan tergesa-gesa, sebaiknya elakkan situasi yang membuatkan anda menjadi kelam kabut. Dengan perubahan kecil seperti ini, ia boleh membuatkan emosi menjadi stabil.

2. Jangan mengambil serius terhadap sesuatu perkara

Sepanjang berpuasa, banyakkan bergurau. Dengan kaedah berjenaka dan gurauan dapat membantu menghadapi perkara yang berkemungkinan boleh mencetuskan emosi. Elakkan bergosip, dan perkara yang mengundang kebencian.

3. Latih diri untuk kekal bertenang

Melatih diri untuk tetap tenang dengan situasi yang dihadapi. Pertama, melakukan latihan pernafasan. Kemudian bercakap perkara yang positif agar aura positif hadir dalam diri untuk kekal tenang. Membuat perkara yang anda suka juga salah satu untuk kekal bertenang seperti menyanyi, tidur dan sebagainya.

4. Aktiviti Bersukan

Sukan nyatanya penting untuk menjaga kecergasan tubuh saat berpuasa. Selain itu, bersukan sewaktu berpuasa juga menjadi salah satu cara untuk mengawal emosi marah kerana sukan boleh membuang hormon stres di dalam badan. Tetapi aktiviti sukan yang ringan disarankan ketika di bulan Ramadhan bagi mengelakkan kepenatan.

5. Menjadi seorang pemaaf

Menjadi seorang pemaaf adalah satu cara untuk mengawal emosi marah dalam diri. Jika anda membiarkan amarah dan perasaan negatif menguasai diri maka aura negatif akan kekal di dalam diri. Sebaiknya, belajar untuk menjadi pemaaf kerana menjadi seorang pemaaf tidak akan rugi malah dapat pahala menjaga sillatulrahim. Jangan cemarkan bulan Ramadhan ini dengan memutuskan sillatulrahim dan menjadi seorang yang pembenci.

InshaAllah mudah-mudahan Umrah bersama Madini Travel akan menjadi satu kenangan terindah buat para DuyufurRahman.

Masjid Quba' adalah masjid yang pertama dibangunkan oleh Rasulullah SAW. Masjid Quba' dibangun di awal peradaban islam yaitu pada 8 Rabiul Awal tahun 1 Hijrah sekitar 622M. Masjid Quba' terletak di luar kota Madinah sekitar 5km di sebelah tenggara kota madinah.dan ia dianggap sebagai salah satu masjid terpenting dalam Islam.

Masjid ini berkeluasan sekitar 5,860 meter persegi dan memiliki perpustakaan dan ruang belajar dan mengajar. Masjid Quba' juga mampu menampung paling ramai jemaah sehingga 20,000 orang.

“…Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (Masjid Quba'), sejak hari pertama adalah lebih patut untukmu solat di dalamnya. Di dalamnya masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih” – (QS At Taubah : 108)

Semoga kita semua dapat diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk solat di dalam Masjid Quba' suatu hari nanti.

Jom rasai pengalaman mengerjakan umrah bersama Madini Travel.

Pada kebiasaannya, ibadah Haji di kenali sebagai HAJI BESAR manakala umrah di kenali sebagai HAJI KECIL oleh segelintir masyarakat.

Jadi istilah sebenar Haji & Umrah ini adalah seperti berikut :

Haji - mengunjungi Baitullah pada bulan Haji ( Zulhijjah ) menurut ibadat dan syarat tertentu.

Umrah - mengunjungi Baitullah pada bulan bila-bila masa menurut ibadat dan syarat tertentu.

Jadi, tujuannya sama mengunjungi baitullah cumanya perbezaan adalah pada WAKTU, IBADAH dan SYARAT yang tertentu.

Perkara ini merujuk kepada Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud :

“Dan sempurnakanlah Ibadah Haji dan Umrah kerana Allah”.

Ihram adalah keadaan suci yang dijalankan oleh jemaah haji dan umrah sebelum memasuki Mekah. Ada beberapa pantang larang yang wajib diikuti semasa berada dalam keadaan ihram, antaranya:-

1. Tidak memotong atau mencukur rambut, termasuk janggut, bulu ketiak dan bulu kemaluan.

2. Tidak memotong kuku.

3. Memakai pakaian berjahit bagi lelaki.

4. Tidak memburu haiwan atau membunuh binatang.

5. Tidak memakai pakaian yang menutup kepala, seperti topi atau serban bagi lelaki.

6. Tidak menutup muka atau menutup tanggan bagi perempuan.

7. Tidak memakai wangian pada pakaian.

8. Tidak menebang, memotong, mencabut pokok di tanah haram.

9. Tidak melakukan hubungan suami isteri.

10. Bernikah atau menikahi orang lain.

Selama berada dalam keadaan ihram, jemaah haji atau umrah diharapkan untuk lebih tertumpu pada ibadah. jemaah perlu membayar dam atau denda sekiranya melangar pantang larang tersebut.

InshaAllah mudah-mudahan Umrah bersama Madini Travel akan menjadi satu kenangan terindah buat para DuyufurRahman.

Penggunaan kain ihram dalam ibadah haji atau umrah mempunyai beberapa hikmah atau manfaat yang mendasar.

Berikut adalah beberapa hikmah memakai kain ihram: -

1. Menunjukkan kesederhanaan

Semua jamaah kelihatan seragam dan tanpa perbezaan status sosial atau ekonomi. Ini mengajarkan kesederhanaan, merendahkan diri, dan menghapuskan perbezaan antara manusia dalam perspektif ibadah.

2. Simbol kesatuan dan persaudaraan

Tidak ada perbezaan antara orang kaya dan miskin, terkenal atau tidak, semua jamaah berdiri di hadapan Allah dengan status yang sama.

3. Mengingatkan pada akhirat

Dalam kehidupan di dunia ini, manusia sering terpaku pada harta benda dan keinginan duniawi. Namun, ketika mengenakan kain ihram, semua jamaah diingatkan bahawa tidak terlalu menfokuskan duniawi dan lebihkan fokus pada kehidupan akhirat.

4. Menghilangkan perbezaan jantina

Menegaskan bahawa dalam ibadah, laki-laki dan perempuan sama-sama bertujuan untuk mencapai keredaan Allah. Semua jemaah, tanpa memandang jantina, mempunyai kesempatan yang sama untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

5. Tumpuan dan penyucian rohani

Kain ihram harus tetap bersih dan bebas daripada najis. Ini mengajar jamaah pentingnya menjaga kesucian zahir dan batin. Selain menjaga kebersihan fizikal, kain ihram juga mengajarkan pentingnya membersihkan hati daripada dosa, kesalahan, dan fikiran negatif.

Penggunaan kain ihram dalam ibadah haji atau umrah bukan hanya menjadi bahagian dari ibadah itu sendiri, tetapi juga mempunyai makna yang mendalam dan hikmah yang dapat membantu jamaah mencapai kesedaran rohani yang lebih tinggi.

InshaAllah mudah-mudahan Umrah bersama Madini Travel akan menjadi satu kenangan terindah buat para DuyufurRahman.

Muharram adalah bulan pertama dalam tahun Islam Hijrah. Ianya memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Antara amalan sunat muharam

1. Berpuasa pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. 

2. Solat sunat dan zikir  menyebut nama Allah dan bertasbihlah di waktu pagi dan petang  akan dikelilingi malaikat rahmat.

3. Sedekah seperti sedekah satu tahun. 

4. Membaca surah Al Ikhlas 1000 kali.

5. Menunjukkan orang sesat Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

Sesungguhnya amalan sunat muharam adalah penting bagi seseorang muslim menambah amalan ibadah seperti yang diajarkan tanpa jemu.

Tawaf merupakan mengelilingi Kaabah, yang merupakan tapak paling suci dalam Islam, terletak di tengah-tengah Masjidil Haram di Mekah, Arab Saudi. Terdapat beberapa jenis Tawaf yang dilakukan umat Islam semasa menunaikan haji ke Mekah, antaranya:

1. Tawaf Qudum

Adalah Tawaf pertama yang dilakukan oleh jemaah haji apabila tiba di Mekah untuk haji atau umrah.

2. Tawaf Ifadhah

Tawaf yang menjadi rukun haji dan dilakukan bagi mereka yang telah pulang Wukuf di Arafah. Juga dinamakan bagi tawaf rukun umrah

3. Tawaf Wada’

Ini adalah Tawaf perpisahan yang dilakukan oleh jemaah haji sebelum meninggalkan Mekah.

4. Tawaf Sunat

Ini adalah Tawaf pilihan yang boleh dilakukan oleh umat Islam pada bila-bila masa.

Semasa setiap Tawaf, jemaah haji mengelilingi Kaabah tujuh kali mengikut arah lawan jam sambil membaca doa.

InshaAllah mudah-mudahan Umrah bersama Madini Travel akan menjadi satu kenangan terindah buat para DuyufurRahman.

Madini Travel & Tours Sdn Bhd 
(1175306-D) (KPK 8370)
73-B, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Emel : hi@madinitravel.com
cross linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram