Haji ialah menuju atau mengunjungi ke sesuatu tempat. Manakala dari segi istilah arab bermaksud mengunjungi Masjid Al- Haram pada masa-masa tertentu pada bulan haji, iaitu Zulhijah serta melaksanakan perkara-perkara yang wajib bagi menunaikan ibadah haji. Haji merupakan salah satu dari rukun Islam dan menjadi kewajiban kepada seluruh umat Islam lelaki mahupun wanita bagi yang berkemampuan untuk melaksanakannya dan melakukannya dikira wajib hanya sekali seumur hidup mereka, jika dilakukan lebih dari itu maka ia dikira sunat.
Terdapat 3 jenis haji antaranya ialah:
1) Haji Ifrad
Haji Ifrad adalah menunaikan Haji sebelum Umrah dalam musim haji pada tahun yang sama. Iaitu mengerjakan Haji dulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan Umrah. Atau mengerjakan Umrah di luar musim haji kemudian baru menunaikan Haji dalam tahun itu juga. Jamaah Haji yang mengerjakan Haji Ifrad tidak dikenakan Dam.
2) Haji Tammattuk
Haji Tamattuk adalah melakukan Umrah dahulu, kemudian melakukan haji pada tahun yang sama. Iaitu mengerjakan umrah dahulu dalam bulan-bulan haji (Syawal, Zulqaedah, 10 hari pertama Zulhijjah).
3) Haji Qiran
Haji Qiran ialah berniat menggabungkan atau menghimpunkan Umrah dan Haji pada satu perjalanan musafir (sekali pergi) dalam bulan-bulan Haji dengan berihram dari Miqat Haji.
Cara Haji Qiran
a. Cara 1: Berniat mengerjakan Haji dengan Umrah serentak dalam bulan haji dengan mengerjakan amalan haji saja.
b. Cara 2: Berniat mengerjakan Umrah saja tetapi sebelum Tawaf berniat mengerjakan Haji.
Haji Paling Afdal
Haji Ifrad adalah yang paling baik kerana ianya dilakukan oleh Rasulullah SAW sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir dan Aisyah dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim.
Jom rasai pengalaman mengerjakan umrah bersama Madini Travel.
Assalamualaikum.
Tekan untuk hubungi pegawai kami