fbpx

8 Tips Untuk Merasa Selamat Ketika Melancong

Adakah anda ingin melancong tetapi anda tidak bersedia? Atau anda rasa tidak mampu untuk melakukannya?

Pada mulanya, ia agak susah untuk pergi melancong buat pertama kalinya dan menjadi pelancong yang berani. Saya masih ingat lagi trip pertama saya dimana saya fikir ia akan menjadi teruk tetapi saya berjaya! Itu pengalaman yang sangat berharga dan menyeronokkan.

 

  1. Pastikan trip pertama anda dekat dengan rumah

Anda hanya perlu menempah hotel yang selesa dan lebih kurang sejam setengah jauh dari rumah. Ia sebenarnya berjaya! Anda akan berasa cukup selamat untuk meneroka budaya dan alam sekitar. Tambahan lagi, jika ada sesuatu yang berlaku dan berasa tidak selamat, anda berada dekat dengan rumah.

 

  1. Menziarahi saudara atau kawan anda

Ia akan menjadi lebih mudah untuk travel seorang jika anda kenal seseorang bila tiba di destinasi. Sebagai newbie traveler, sangat baik jika anda rasa selamat untuk pergi ke mana-mana dengan orang yang anda kenal. Anda tidak perlu untuk menumpang di rumah saudara atau kawan tetapi hanya dengan mengetahui mereka ada di negara anda melancong, secara automatiknya anda akan berasa selamat.

 

  1. Melawat masjid tempatan di negara itu

Masjid menjadi hub kepada komuniti, anda boleh berjumpa dengan muslim di kawasan itu dan mendapat pengetahuan daripada mereka dimana dapat membantu anda mencari jalan.

 

  1. Ambil free walking tour

Jika anda meneroka tempat baru dan tidak mahu dianggap sebagai orang luar.  Anda hanya perlu meningkatkan keyakinan diri anda.

 

  1. Senaraikan apa yang anda takuti

Tiada faedah untuk menyembunyikan, jika anda takut untuk melancong atau benda lain dalam hidup ini. Jadi, anda perlu menyenaraikan semua ketakutan yang menghalang anda dari melakukannya. Kemudian, fikirkan penyelesaian kepada masalah yang membawa ketakutan itu.

 

  1. Gunakan travel apps

Saya suk amenggunakan Uber ketika berada di luar negara kerana boleh menjejaki perjalanan saya. Jadi, sayaakan rasa lebih selamat. Saya juga boleh berkongsi dengan kawan-kawan, saya boleh membayar dengan kad saya. Jadi, saya tidak perlu untuk menukar wang. Jadi sebelum saya pergi melancong, saya akan cek adakah Uber boleh didapati di negara itu. Anda boleh cari aplikasi lain seperti Airbnb. Kemudian memuat turun mereka dan merancang perjalanan anda.

 

  1. Buat kajian mengenai tempat yang ingin anda lawati

Buat kajian mengenai tempat yang anda lawati. Baca blog, mengambil nota dan pastikan anda menempah hotel di tempat yang selamat. Saya sentiasa memilih hotel yang mempunyai reputasi yang baik walaupun saya terpaksa mengorbankan aspek-aspek lain dalam trip saya.

 

  1. Berdoa

Sebagai muslim, berdoa dan berzikir setiap hari adalah sangat penting.

Sebagai umat Islam menjaga dengan dua setiap hari (dengan doa) dan berzikir (mengingati) adalah sangat penting. Jadi, sebelum anda memulakan trip, pastikan anda telah membaca doa bermusafir untuk perlindungan.

 


Sumber: http://muslimtravelgirl.boardingarea.com

Dikuasakan oleh Madini Travel & Tours Sdn Bhd.