ACEH: KOTA SERAMBI MEKAH

Pengaruh agama Islam yang kuat di Aceh dapat dilihat daripada sejarah serta kehidupan masyarakat dan seni binanya sehingga bandar ini dikenali sebagai Serambi Mekah. Selain daripada nilai Islam yang kuat, Aceh juga kaya dengan keindahan alam semula jadi yang mempesonakan. EMPAT destinasi ini wajib dilawati sekiranya anda ingin melancong ke Aceh:

1. SABANG

Sabang sentiasa menawarkan pengalaman yang menyeronokkan kepada setiap pengunjung yang datang ke sini. Perjalanan berliku di pulau ini pasti akan membuatkan pengunjung berasa kagum akan keindahan semula jadinya. Pulau ini hanya 30 minit daripada Banda Aceh dengan menaiki feri. 

Apakah yang ada di Sabang? Anda boleh berseronok di Pulau Rubiah dengan melakukan aktiviti seperti berenang, menyelam dan mendaki bukit. Pulau ini merupakan pulau kecil yang berhampiran dengan Pantai Iboih. Taman Laut Rubiah adalah tempat snorkeling yang menarik. Penggemar aktiviti air pasti tidak akan melepaskan peluang ini untuk menyaksikan keindahan terumbu karang dan hidupan laut yang berwarna-warni. Pengunjung juga  boleh menikmati pemandangan yang cantik di pantai berpasir di pulau tersebut sekiranya anda ingin bersantai tanpa melakukan sebarang aktiviti air. 

Selain itu, anda juga boleh pergi ke monumen 0 Kilometer di Sabang iaitu penanda geografi yang merujuk kepada titik paling barat Indonesia. Rasai pengalaman berada di pinggir Indonesia sambil melihat ke arah laut kerana tanda ini didirikan di atas tebing yang menghadap ke Lautan Hindi. 

2. MASJID RAHMATULLAH

Tsunami yang menimpa aceh telah mengorbankan ramai penduduk dan bangunan-bangunan di sini. Namun begitu, masjid ini adalah satu-satunya bangunan di Kampung Lampuuk yang terselamat daripada bencana tersebut. Peristiwa yang menggerunkan ini telah melahirkan rasa insaf dalam kalangan umat Islam. 

3. MASJID BAITURRAHMAN

Masjid yang terletak di tengah-tengah kota Banda Aceh ini juga adalah antara masjid yang masih berdiri teguh semasa tsunami 2004. Mangsa-mangsa tsunami yang terselamat pada ketika itu telah dipindahkan ke masjid ini buat sementara waktu. Masjid ini sentiasa menjadi tumpuan para pelancong beragama Islam daripada seluruh negara apabila berkunjung ke Aceh.

4. MUZIUM TSUNAMI ACEH

Bangunan empat tingkat ini adalah hasil reka bentuk M. Ridwan Kamil iaitu pensyarah arkitek dari Institut Teknologi Bandung. Idea reka bentuk muzium ini adalah berdasarkan “rumoh Aceh” iaitu rumah tradisional Aceh. Muzium ini dibina untuk memperingati mangsa-mangsa tsunami di Aceh pada tahun 2004 dan dibuka pada tahun 2008. Pengunjung dapat melihat simulasi elektronik gempa bumi Samudera Hindia 2004, gambar-gambar mangsa, kisah-kisah daripada mangsa yang selamat dan ruang pameran. Anda seolah-olah merasai dahsyatnya gelombang tsunami yang berlaku pada waktu tersebut ketika berada di sini. Bukan itu sahaja, muzium ini juga dijadikan sebagai pusat pendidikan dan evakuasi sekiranya Aceh ditimpa tsunami pada masa akan datang. 

Selain daripada destinasi-destinasi pelancongan yang menarik, makanan di Aceh juga amat menyelerakan. Jangan lupa untuk cuba makanan-makanan Aceh seperti mi Aceh, dodol Aceh, pisang salai dan menikmati kopi Gayo yang terkenal di sana.

Kedudukan Aceh di titik paling barat kepulauan Indonesia sentiasa mengalu-alukan anda untuk mempelajari sisa-sisa keindahan Aceh semasa zaman keemasannya. Aku & Travel bersama-sama Madini Travel akan membawa anda menjelajahi Aceh dengan pakej jalan-jalan yang menarik dan berpatutan. Selain empat destinasi di atas, anda berpeluang untuk berkunjung ke Kampung Lampulo, Makam Sultan Iskandar Muda, Taman Sari Gunongan dan banyak lagi. Bercuti ke Aceh bukan sahaja percutian yang menyeronokkan tetapi turut menginsafkan kita. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari sekiranya anda berpeluang untuk ke sana. Nak tahu pakej jalan-jalan di Indonesia yang lain? Hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang Medan dan Bukittinggi, Padang! 

Madini Travel & Tours Sdn Bhd 
(1175306-D) (KPK 8370)
73-B, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Emel : hi@madinitravel.com
cross linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram