ADA APA DENGAN TURKI?

Seronoknya kalau dapat naik belon udara panas di Cappadocia. Anda pernah ke Turki? Jalan-jalan Turki selama 9 hari 7 malam bermula daripada RM5 390 bersama dengan Aku & Travel oleh Madini Travel & Tours. 

Turki adalah salah satu negara yang kerap menjadi pilihan orang ramai dari seluruh dunia untuk dilawati. Pertemuan antara timur dan barat telah melahirkan negara Eurasia ini sebagai negara yang menyatukan pelbagai budaya, memahami dan menghormati antara penganut agama lain serta kebebasan beragama. Selain negara yang aman, para pelancong amat teruja untuk meneroka kepelbagaian warisan dan sejarah menarik yang dimiliki Turki.

Program Pensijilan Pelancongan Sihat (Safe Tourism Certification Program) ialah inisiatif Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Republik Turki bagi mempromosikan pelancongan yang selamat dan bersih. Pejabat Pelancongan dan Maklumat Kedutaan Turki turut mengesyorkan beberapa lokasi yang perlu dikunjungi oleh para pelancong.

1. Hagia Sofia

Masjid Hagia Sofia adalah salah satu tarikan utama yang wajib dikunjungi oleh setiap pelancong kerana kerana keindahan binaannya. Pada awalnya, binaan ini merupakan gereja semasa Empayar Byzantine namun dijadikan masjid semasa pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah.

2. Masjid Biru (Masjid Sultan Ahmed)

Seni bina Masjid Sultan Ahmed turut menjadi tumpuan utama para pengunjung semasa di Turki. Masjid ini dikenali sebagai Masjid Biru kerana bahagian dalamnya dihiasi dengan jubin berwarna biru. Pengunjung akan hanyut dalam ketenangan ketika menghayati seni bina masjid yang menakjubkan. Masjid ini masih berfungsi sepenuhnya sebagai tempat beribadah jemaah tempatan yang beragama Islam. Walau bagaimanapun, masjid ini akan ditutup sementara waktu kepada pelancong semasa waktu solat dan dibuka semula setelah selesai menunaikan solat.

3. Muzium Istana Topkapi

Istana yang dijadikan muzium ini merupakan persinggahan wajib setiap pelancong yang berkunjung ke Istanbul. Istana Topkapi ini ialah istana terbesar di Istanbul dan dibina semasa pemerintahan Sultan Muhammad al-Fateh. Beberapa pusaka peninggalan Rasulullah SAW turut disimpan di sini. Jubin-jubin indah dan pelbgaai hiasan mewah memenuhi bahagian dalam muzium ini. Pengunjung dapat membayangkan kehidupan sultan atau raja-raja pada zaman ini.

4. Masjid Sultan Eyup

Masjid ini adalah salah satu tempat yang wajib didatangi oleh umat Islam yang ingin mendalami ilmu agama. Jangan lepaskan peluang untuk menunaikan solat subuh di sini jika anda berada di daerah Eyup, Istanbul sambil menghayati seni bina dan reka bentuknya yang indah.

5. Masjid Agung Bursa (Grand Mosque of Bursa)

Bursa turut menjadi tumpuan utama para pelancong selain daripada Istanbul. Binaan masjid ini digambarkan sebagai ‘Haghia Sophia of Bursa’ menunjukkan bahawa ia merupakan khazanah yang amat bernilai. Masjid ini juga dikenali sebagai muzium kaligrafi kerana di sekeliling dindingnya dihiasi dengan keindahan seni kaligrafi Islam.

6. Muzium Mevlana

Muzium berbentuk kubah berwarna hijau ini terletak di pusat bandar dan kompleks yang diasaskan oleh Maulana Jalaluddin Rumi pada abad ke-14 iaitu seorang tokoh sufi yang terkenal di Turki. Pelancong yang berkunjung ke muzium ini pada musim panas dapat menyaksikan persembahan tarian sufi yang dipersembahkan oleh sekumpulan darwis sufi.

7. Tasik Halil-ur Rahman

Tasik ini terletak di halaman Masjid Halil-ur Rahman. Kini, terdapat ribuan ikan kap dikatakan ada dalam tasik tersebut. Bukan itu sahaja, pelancong digalakkan untuk memberi makanan kepada ikan-ikan tersebut.

Semua destinasi ini adalah destinasi popular yang perlu dikunjungi sekiranya anda ingin ke Turki. Selain membeli-belah dan menikmati makanan tradisional Turki, tempat-tempat bersejarah ini juga dapat memberikan pengisian rohani yang berharga. Tempah pakej Jalan-jalan Turki bersama dengan Madini Travel sekarang. Jom meneroka keunikan Turki dengan harga mampu milik. Daftar segera!

Madini Travel & Tours Sdn Bhd 
(1175306-D) (KPK 8370)
73-B, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Emel : hi@madinitravel.com
cross
×

Assalamualaikum.
Tekan untuk hubungi pegawai kami

× Whatsapp
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram