Sabah adalah salah satu negeri di Malaysia yang kaya dengan budaya dan keindahan alam semula jadi. Kota Kinabalu, Kundasang dan Semporna merupakan tiga destinasi popular yang sering menjadi tumpuan para pelancong. Apa yang ada di ketiga-tiga lokasi ini? Jom kita kenal pasti.
Jika anda dalam perjalanan ke Kundasang, singgahlah ke Taman Kinabalu untuk melihat lebih daripada 4500 spesies flora dan fauna di sini. Taman ini adalah Tapak Warisan Dunia pertama di Malaysia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Terdapat beberapa tarikan popular di sini seperti Pemuliharaan Orkid dan Taman Rafflesia.
Desa Fairy Farm adalah lokasi yang paling popular sekiranya anda ke Kundasang. Pengunjung wajib ke sini untuk melihat pemandangan yang membuatkan anda seolah-olah berada di New Zealand. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah melihat bagaimana susu diproses, memberi makan kepada anak lembu dengan menggunakan botol susu dan banyak lagi. Jangan lepaskan peluang untuk merasai pelbagai produk tenusu tempatan yang berkualiti tinggi seperti susu segar, aiskrim gelato, keju dan yogurt.
Aktiviti keliling pulau merupakan suatu kewajiban jika anda berada di Semporna. Pulau-pulau di sini sudah menjadi kegilaan para jurugambar dan penggemar aktiviti air kerana kejernihan dan kebiruan airnya. Pulau Mabul adalah antara pulau tercantik di Semporna. Pelbagai keindahan hidupan laut dan terumbu karang dapat ditemukan di pulau ini. Pengunjung juga boleh menginap di tempat-tempat penginapan yang tersedia di sini sambil menikmati pemandangan yang cantik ketika matahari terbenam.
Bohey Dulang merupakan pulau kedua terbesar di kepulauan Taman Laut Tun Sakaran. Perjalanan dari Semporna ke Bohey Dulang mengambil masa lebih kurang 35 minit dengan menaiki bot laju. Anda pasti terpesona akan keindahan terumbu karang yang berwarna-warni semasa melakukan aktiviti air seperti snorkeling dan menyelam. Selain daripada aktiviti air, pengunjung juga boleh mendaki ke puncak Bohey Dulang setinggi 353 meter untuk menikmati pemandangan yang indah serta melihat flora dan fauna yang jarang ditemui di kawasan tersebut. Hal ini kerana, Bohey Dulang boleh dikatakan sebagai rumah kepada pelbagai spesies burung seperti burung enggang, Sang Seruk Gunung dan banyak lagi. Pencinta burung pasti teruja untuk melihat burung-burung di sana.
Pasar Tanjung Tawau ialah pasar tempatan yang menawarkan pelbagai jenis makanan tempatan dengan harga yang sangat murah berbanding di Semenanjung Malaysia. Jangan lupa beli ikan bilis atau udang kering yang murah dan berkualiti tinggi di pasar ini. Cenderamata, kraf kayu dan barang hiasan seperti bakul tenunan tangan juga boleh dibeli di sini.
Muzium Tun Sakaran dinamakan sempena nama Ketua Menteri dan Ketua Negara Sabah iaitu Tun Dr Sakaran Sandai. Beliau telah mendermakan tanah tersebut kepada pihak muzium untuk membina tapak peringatan ini. Banyak maklumat tentang Tun Sakaran dan sumbangan beliau sebagai ketua masyarakat dipamerkan di tingkat dua. Pengunjung boleh ke tingkat satu untuk menelusuri pameran budaya dan maklumat sejarah tentang Semporna dan masyarakatnya.
Jom ke Sabah untuk mengalami percutian umpama di luar negara bersama-sama Aku & Travel. Terokai destinasi popular di Kota Kinabalu, Kundasang serta pulau-pulau yang indah di Semporna sambil membayangkan anda sedang berada di Maldives. Kami menawarkan pakej jalan-jalan dengan harga yang berpatutan. Tunggu apa lagi? Beli pengalaman menerokai Sabah bersama dengan kami sekarang!