Bangkok ialah ibu negara gajah putih yang sering menjadi pilihan pelancong dari serata dunia. Keseronokan membeli-belah dan menikmati pelbagai jenis makanan di Thailand seolah-olah melambai-lambai apabila berbicara tentang Bangkok. Jom tengok tempat-tempat menarik di Bangkok yang anda boleh kunjungi!
1. Wat Arun
Kuil Wat Arun atau turut dikenali sebagai ‘Temple of Dawn’ merupakan salah satu destinasi yang sentiasa dikunjungi oleh pelancong. Kuil ini terkenal dengan chedi putih yang sangat besar dan beribu-ribu mozek berwarna-warni bertatah di atasnya. Sebelum waktu matahari terbenam adalah waktu terbaik untuk ke sini kerana anda dapat menyaksikan pemandangan matahari terbenam di Sungai Chao Phraya.
2. Pasar Terapung Damnoen Saduak
Pengunjung berpeluang untuk menaiki bot di pasar terapung terbesar di Bangkok serta menelusuri terusan yang berliku dan sempit sambil menerokai salah satu tradisi tertua di Thailand. Di sini, anda tidak akan dipaksa berhenti untuk membeli-belah. Pelancong juga boleh mengetahui tentang sejarah pasar terapung ini daripada pemandu profesional. Pelbagai makanan laut, sayur-sayuran dan buah-buahan segar serta makanan tradisional boleh didapati di Pasar Terapung Damnoen Saduak dengan harga yang murah.
3. Chatuchak Market
Pasar terbesar di Thailand ini merupakan destinasi yang wajib dikunjungi oleh setiap pelancong. Terdapat beribu-ribu kedai yang menjual pelbagai jenis barangan tempatan dengan harga yang murah dan boleh tawar-menawar. Antara barangan yang boleh dibeli ialah pakaian, aksesori, beg, cenderamata, kraf tangan dan banyak lagi. Selain daripada tempat membeli-belah yang murah, anda juga boleh mencuba pelbagai makanan asli Thailand yang sedap seperti ais krim kelapa, Pad Thai, teh ais dan sebagainya.
4. MBK Center
Kompleks beli-belah setinggi lapan tingkat ini mempunyai lebih daripada 2,000 kedai di dalamnya. Pusat beli-belah ini bukan sahaja menjadi tumpuan para pelancong tetapi juga penduduk tempatan.
5. ICONSIAM
ICONSIAM merupakan salah satu pusat beli-belah terkemuka di Bangkok yang terletak di tepi sungai. Pengunjung boleh mencuci mata di butik-butik jenama pereka terkemuka seperti Hermes, Cartier, Bvlgari, Fendi, Dior, Versace dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, beberapa restoran makanan segera dan masakan asli dari seluruh dunia turut ditawarkan di lebih 100 restoran di sini. Inginkan sesuatu yang unik di ICONSIAM? Anda boleh singgah ke pasar terapung tertutup di aras satu untuk mendapatkan barangan segar, kraf tangan dan makanan Thailand yang menyelerakan daripada peniaga-peniaga tempatan.
6. Grand Palace
Grand Palace merupakan tempat bersejarah yang perlu dikunjungi sekiranya anda ke Bangkok. Istana ini dibina pada tahun 1782 dan digunakan sebagai kediaman keluarga diraja namun kini hanya digunakan untuk tujuan istiadat. Kemegahan seni bina bangunan yang tersergam indah ini perlu dirasai oleh setiap pengunjung yang datang ke Bangkok terutamanya para peminat sejarah.
7. Muzium Negara Bangkok
Koleksi seni dan artifak paling berharga di Bangkok dipamerkan di Muzium Negara Bangkok yang terletak berhampiran dengan Istana Besar (Grand Palace). Reka bentuk yang indah dan melambangkan budaya Thailand menghiasi bahagian dalam dan luar muzium ini. Peminat sejarah wajib berkunjung ke sini untuk melihat barang-barang berharga daripada seni dan warisan Thailand yang dipamerkan. Contohnya adalah barangan antik diraja dan patung Buddha dari setiap era sejarah Thailand, arca purbakala, dokumen, gambar, pakaian, barang kemas dan banyak lagi.
Bandar ini boleh dikatakan destinasi wajib pergi bagi rakyat Malaysia yang baru sahaja ingin melancong ke luar negara. Kenapa? Pertama, masa dan jarak perjalanan yang tidak terlalu lama. Kedua, kadar tukaran mata wang yang tidak terlalu berbeza. Tempah pakej Jalan-jalan Bangkok dalam Aku & Travel bersama-sama Madini Travel & Tours sekarang untuk menerokai keunikan Thailand sebagai rakan Asia. Segera hubungi kami untuk tempahan pakej-pakej yang tersedia dengan harga mampu milik!
Assalamualaikum.
Tekan untuk hubungi pegawai kami