fbpx

Aplikasi yang berguna di luar negara

Aplikasi Smartphone Untuk Travel Yang Berguna Semasa Bercuti

musim cuti ni takkan lah kita nak terperap je dalam rumah. Mesti kita juga mempunyai niat untuk pergi melancong ke negara luar juga. terdapat pelbagai jenis aplikasi yang kita boleh gunakan ketika kita berada di luar negara. apps ni sangat berguna untuk kita. Mari lihat apps apa yang kita perlukan…………..

Ingin bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah ini?? Tentu anda mahukan perjalanan percutian yang teratur dan lancar tanpa sebarang masalah. Pada zaman moden serba canggih sekarang ini, semua perkara boleh menjadi mudah, termasuklah dalam perancangan dan perjalanan percutian. Apa yang saya maksudkan di sini ialah wujudnya banyak aplikasi smartphone untuk travel yang boleh kita guna semasa bercuti, sama ada dalam mahupun ke luar negara

  • XE Currency

Aplikasi XE Currency sangat sesuai untuk anda yang suka shopping/berbelanja atau mempunyai bajet yang terhad semasa travel. Aplikasi ini memudahkan anda untuk menukar setiap nilai matawang dari seluruh pelosok dunia dengan kadar tukaran matawang yang terkini.

Aplikasi ini juga boleh diakses walaupun anda tidak mempunyai rangkaian internet. Perbelanjaan anda akan lebih terkawal semasa percutian dan dapat mengelakkan risiko penipuan dalam semua perkara yang melibatkan duit.

 

  • Waze

Jika anda memandu sendiri atau menyewa kereta semasa travel, amat penting untuk anda mempunyai aplikasi Waze, lebih-lebih lagi jika anda tidak biasa dengan jalan dan kawasan di sekitar. Aplikasi Waze boleh dimuat turun dengan pelbagai pilihan bahasa dunia termasuklah bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.


Selain menunjukkan panduan jalan yang terpantas kepada pemandu, Waze juga menghantar sebarang berita semasa di sepanjang jalan yang kita lalui seperti bahaya, kereta berhenti, kemalangan dan kadangkala menukar haluan jika terdapat jalan yang boleh dilalui dengan lebih cepat dan sesuai.

Dengan ini, pemanduan anda akan lebih lancar. Aplikasi Waze juga mempunyai icon yang comel membuat kita tidak merasa bosan melihatnya.

 

  • Grab

Tidak mahu memandu sendiri? Tidak menjadi masalah. Aplikasi yang tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu Grab sudah banyak digunakan di Malaysia. Grab juga terdapat di negara-negara Asia tenggara seperti Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia.
Hanya klik sahaja lokasi mana ingin anda tuju, aplikasi Grab akan mencari pemandu GrabCar yang berdekatan dengan anda. Dalam masa beberapa minit, pemandu peribadi anda sudah tiba untuk menghantar anda ke destinasi dituju dengan selamat tanpa anda perlu risau tentang kesesakan lalu lintas.

Dengan harga perkhidmatan yang tetap dan berpatutan, sangat memudahkan anda untuk merancang bajet travel anda.

 

  • TripAdvisor

Kadangkala setelah membuat perancangan percutian yang teliti, apabila tiba di destinasi, kita merasa ragu-ragu tentang tahap kepuasan yang boleh dicapai jika ke sesuatu tempat di situ. Jadi, apa kata anda install aplikasi TripAdvisor di telefon pintar anda.

Selain menyediakan pelbagai maklumat lengkap mengenai hotel, restoran, penerbangan dan aktiviti yang boleh dilakukan di sesuatu destinasi, TripAdvisor memperlihatkan kepada kita review atau pandangan daripada pengunjung-pengunjung lain tentang sesuatu tempat itu.

Dari sini, kita dapat menilai dan membuat perbandingan, seterusnya membuat keputusan yang bijak. Takdelah namanya kecewa di kemudian hari. Anda juga boleh lihat perbandingan harga dari lebih kurang 200 laman web untuk tempahan hotel.

 

  • Google translate

apps ni sangat berguna ketika kita mahu pergi melancong. bukan sahaja ketika ingin melancong, tapi dalam Malaysia ni pon ramai yang muat turun apps ni untuk kegunaan harian. jadi kita boleh manfaatkan apps ni sebagai kamus dihujung jari kita. apps ini memudahkan kita untuk memahami bahasa masyarakat di negara mereka.

Credit : Remaja

 

  • Traveloka

Jika kita ingin membuat bajet yang sederhana ketika mahu melancong. traveloka membandingkan pelbagai jenis penerbangan dan hotel yang mana kita boleh pilih mana-mana penerbangan ideal yang kita mahukan mengikut kemampuan sendiri.

Dengan adanya apps ini dalam telefon pintar kita, kita akan menjadi lebih pintar untuk pergi melancong di serata dunia. Tetapi…… ha, ada tetapi. Tetapi, perlu ada internet..

 

Semoga apa yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada semua.

 

Dikuasakan oleh Madini Travel & Tours Sdn Bhd.