fbpx

10 Bekalan Makanan Terbaik Peneman Mr.& Mrs. Traveler Bajet

BEKALAN MAKANAN TERBAIK BUAT TRAVELER BAJET

 

Harini admin nak flashback  time admin pegi bercuti di Spain dulu. First time pi luar negara, memang tak terfikir nak bawa bekalan makanan sangat. Sampai sana, mula-mula meraung sebab buntu nak cari makanan halal sebab belum master jalan-jalan di sana. Kita pulak memang traveler bajet ja.

 

Jadi, nak cerita memang wajib selit stok dalam luggage walaupun sedikit, sebab bekalan ini lah yang akan menjadi peneman terbaik kalian di saat-saat genting di tanah asing. So, jom harini kita buat checklist penting untuk bekalan makanan terbaik yang perlu ada bersama traveler bajet walau ke mana pon destinasi kalian, kerana ‘things out there are always unpredictable” orang kata.

 

Keperluan Hand Carry:

 

Untuk hand carry, tidak perlu portion makanan yang besar dan berat, sekadar menjadi pengalas perut sementara menunggu makanan dihidangkan di dalam flight mahupun semasa awal ketibaan di destinasi percutian. So, jom tengok sikit  bekalan makanan yang boleh masuk dalam list:

 

1. Kekacang

 

10 Bekalan Makanan Terbaik Peneman Mr.&Mrs. Traveler Bajet

Sumber: Keluarga

 

Khasiat kacang memang tidak dapat disangkal lagi, kaya dengan protein dan vitamin E, pelbagai jenis kekacang yang boleh didapati di pasaraya terdekat seperti kacang Almond, Walnut, Gajus dan Pistacchio ready untuk dingap bila-bila masa dan di mana jua oleh mr. Traveler Bajet.

 

 

2. Dried Fruits

 

 

 

Sumber: OH! NUTS

 

Pilihan kedua adalah dried fruits atau buah-buahan kering yang membekalkan sumber tenaga terbaik untuk perjalanan jangka masa panjang anda. Buah kurma, kismis mahupun apricot sesuai sebagai peneman anda. Buah kurma wajib ye, terutama untuk percutian musim sejuk kerana ia membekalkan kadar glukos yang tinggi. Tambah lagi, ia merupakan juadah sunnah.

 

 

3. Quick Energy Bar

 

 

10 Bekalan Makanan Terbaik Peneman Mr.&Mrs. Traveler Bajet

Sumber: Nestle

10 Bekalan Makanan Terbaik Peneman Mr.&Mrs. Traveler Bajet

Sumber: CHOICE

 

Jika malas sangat nak pack dried fruits mahupun kekacang, anda bolehlah grab beberapa energy bar atau fitness bar yang terdapat di supermarket. Pakej lengkap kekacang dan buahan beserta oat yang terkandung dalam satu snek bar sangat membantu. Pelbagai jenama menawarkan finess bar ini, antaranya, Kellogs, Nestle mahupun Tesco.

 

4. Telur Rebus

 

10 Bekalan Makanan Terbaik Peneman Mr.&Mrs. Traveler Bajet

 

Sumber: Rasa

 

Nak jimat bajet? Pilihan terakhir ni memang untung untuk kaki traveler atau bagpacker yang tidak mahu berbelanja lebih. Cukuplah telur rebus sebagai bekalan makanan yang mengenyangkan dan berbaloi. Kaya dengan protein, pasti perut anda terjaga. Tapi, hati-hati jangan sampai pecah pula, semerbak bau satu flight nanti.

Note: Telur rebus tidak direkomenkan buat mereka yang banyak angin dalam badan, faham-faham jelah ye.

 

 

Keperluan Bekalan Dalam Luggage

 

Sebenarnya, terlalu banyak option makanan yang boleh dijadikan pilhan bekalan buat si traveler. Tapi, cukuplah kalau admin shortlistkan beberapa pilihan untuk memudahkan kalian memilih dan merancang. Jom, check it out:

 

1. Mee Segera Dan Kaum Kerabatnya

 

 

 

Pilihan pertama, mee segera dan kerabatnya. Sangat berguna sebagai back up di negara-negara yang susah nak cari halal food. Tapi sekadar stok travel lah ye, di rumah jangan amalkan. Terdapat pelbagai variasi makanan yang hanya menggunakan air panas dan sedia dimakan seperti keluarga Meggi, Pama, Bubur Segera dan sebagainya. Sediakan yang paket dan cup ye.

 

2. Instant Food 

 

 

10 Bekalan Makanan Terbaik Peneman Mr.&Mrs. Traveler Bajet

Sumber: Azura Travelogue

Sumber: Iluminasi

 

Bagi mereka yang tidak menggemari mee segera, jangan risau, anda masih boleh menikmati rasa masakan melayu di perantauan. Dari ayam masak merah sehinggalah menu raya, rendang dan gulai lemak semua ada, tersedia di dalam paket yang hanya perlu dipanaskan dalam air panas. Semudah A,B,C kan?

Antara produk yang admin nak cadangkan Brahims, satu rangkaian jenama yang menawarkan variasi bekalan makanan kembara yang sangat menarik. Tambahan pula makanan dipek dalam paket yang sesuai diangkut ke mana sahaja dan tidak memakan ruang. Adabi, Ayam Brands, Yeo’s dan Maggi juga turut menawarkan instant food yang bersesuaian dengan bajet si traveler.

 

3.  Tuna dan Roti: Gandingan Simple Tapi Menyelerakan

 

 

 

Admin masukkan tuna dalam list khas bagi mereka yang western type sikit. Tuna merupakan makanan yang mudah tanpa perlu mengotorkan tangan anda. Sesuai digandingkan bersama roti petak mahupun croissant atau biskut, menu ini disyorkan sebagai sarapan pagi atau hi tea kerana ianya tidak terlalu berat.

Boleh didapati di mana-mana pasaraya dan kiosk, tuna pelbagai perisa ditawarkan oleh lebih daripada 5 jenama terkenal seperti, Ayam Brands, TC Boy, Marina dan banyak lagi. Tidak perlu dimasak, boleh terus ngap, dan mudah dibuka menjadikannya pilihan bekalan makanan terbaik buat bakal-bakal traveler bajet.

 

4. Koleksi Sambal Tahan Lama: Bekalan Pembuka Selera

 

 

 

Sumber: Watie Fatin Din Blogspot

 

Kenapa admin sarankan korang bawa sambal? Sebab tekak orang lain-lain, jadi mungkin ada yang tak boleh nak adapt dengan taste negara luar. Jadi di sini keluarga sambal ini memainkan peranan penting sebagai penambah selera. Jimat pon jimat, makan dengan nasi panas dan telur goreng dah cukup. Bajet kan?

Pelbagai jenis sambal tradisional seperti sambal hitam Pahang, sambal bilis, sambal kentang kering, serunding dan sambal kisar boleh didapati di semua rangkaian pasaraya dan stesen patrol. Dan keistimewaannya, tahan lama sehingga berbulan dengan syarat anda tidak gelojoh ya, dan ready to eat at anywhere and anytime. Sesuai untuk traveler yang merantau lama.

5. Minuman 3 in 1 : Pembekal Tenaga Buat Traveler

 

 

10 Bekalan Makanan Terbaik Peneman Mr.&Mrs. Traveler Bajet

 

Makanan memang penting, tapi minuman juga tak kurang pentingnya. Sangat berguna untuk sarapan pagi, sebelum memulakan perjalanan ke destinasi-destinasi pilihan. Cukup ada air panas, anda sudah boleh renew energy. Terlalu banyak minuman 3 in 1 yang berkhasiat boleh didapati di mana-mana, antaranya, Milo 3 in 1, Horlick, Nestum 3 in 1, Nesvita, Minuman Coklat. Pilih je mana satu sebagai peneman anda.

 

6. Instant Paste: Bekalan Makanan Wajib Untuk Travel Jangka Masa Panjang

 

 

 

Untuk traveler bajet yang jauh langkahnya, sangat dicadangkan untuk anda angkut bersama pes-pes segera pelbagai jenis menu ni. Bolehlah jadi tukang masak serba mahir main campak-campak, sangat jimat.

Terdapat banyak pilihan yang menggugat selera anda, seperti perencah sup siam,sup tulang, tomyam, asam pedas, pes ikan bakar, pelbagai pilihan nasi goreng dan lain-lain. Adabi, Maggi, Nona, Knoor dan Faiza merupakan antara jenama terkenal yang menawarkan pes-pes instant pada harga yang sangat berbaloi. Boleh masuk list ok!.

So, da boleh listkan semua keperluan bekalan makanan anda ye untuk percutian akan datang. Kalau malas nak angkut, takpe Madini Travel ada pakej penuh untuk percutian idaman anda. Tak perlu pack-pack makanan bagai… Izinkan kami menginspirasikan percutian indah anda sekeluarga.

 

 

Karya: Siti Aisyah Muheddin http://madinitravel.com/

 

 

Dikuasakan oleh Madini Travel & Tours Sdn Bhd.