fbpx

BOLEH KE TRAVEL SEMASA WABAK CORONAVIRUS MELANDA..??

IMPLIKASI COVID 19 KEPADA DUNIA PERLANCONGAN
“MUSIBAH COVID 19 YANG ANDA PERLU TAHU”

Bandar Wuhan di China mengemparkan dunia apabila menjadi lokasi pertama kes Covid 19 di dunia!
Covid 19 atau turut dikenali sebagai Coronavirus ini adalah virus yang baru ditemui didunia tau! Jadi buat masa sekarang tiada ubat untuk penyakit ini. Sehingga hari ini kes ini meningkat sebanyak 190 kes (update terkini sehingga 15 Mac 2020, 5 pm) menjadikan jumlah kes di Malaysia sebanyak 428 kes. Sungguh menyeramkan kita bukan. Terdapat 3 tanda-tanda jangkitan yang kita perlu tahu dan “take note” tau.

Tanda -tanda itu adalah demam panas, Batuk dan kesukaran untuk bernafas. Wabak ini sangat memberi kesan dalam industri perlancongan dan industri ini merupakan yang paling ketara sekali terkena tempias. Banyak “airlines” yang membatalkan penerbangan malah ada juga yang hilang pekerjaan tau. Tempahan hotel tidak kira bintang juga jatuh menjunam serta “Mall” mula menyepi dari orang ramai. Bagi umat Islam kesan paling besar adalah penutupan Masjidil Haram dan Madinah kepada umum, sekaligus ibadah umrah terpaksa dihentikan. Namun begitu ianya juga banyak memberi kesan kepada industri lain. Sedih sungguh mendengar khabar ini hmm. Walaubagaimanapun, langkah-langkah pencegahan tetap perlu diambil.

 

Keadaan di Masjidil Haram ketika ini.

Antara langkah percengahan adalah kerap mencuci tangan dengan mengunakan air dan sabun. Kedua, memakai topeng muka terutamanya apabila berada diluar rumah. Ketiga, apabila batuk dan bersin perlulah menutup mulut dengan tangan atau kain. Penggunaan hand sanitizer juga penting walau dimana anda berada untuk menghalang bakteria daripada merebak pada kulit badan kita. Akhir sekali, segera dapatkan rawatan sekiranya terdapat tiga tanda-tanda jangkitan seperti dinyatakan diatas. Haa silalah amalkan perkara diatas kerana mencegah lebih baik dari mengubati. Jangan ambil mudah perkara-perkara kecil cmni ye tuan puan.

 

 

Kami dipihak Madini Travel & Tours menasihati orang ramai untuk tidak pergi menjelajah ke luar negara atau tempat yang ada bilangan kes yang tinggi buat masa sekarang. Risau virus ini akan merebak ketika anda kembali ke Malaysia dan ianya mungkin akan memberi kesan kepada orang terdekat dalam hidup anda seperti keluarga, sahabat ataupun housemate. Mesti anda ingin melindungi keluarga daripada wabak ini bukan. Oleh itu, penting untuk kita mengambil langkah-langkah pencegahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kita juga boleh mengamalkan doa pelindung harian seperti dibawah untuk memohon perlindungan daripada Allah swt. Kami dari keluarga Madini mendoakan anda semua agar berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dari musibah Covid 19 ini Aminn.

 

 

Leave a Reply

Note: Comments on the web site reflect the views of their authors, and not necessarily the views of the bookyourtravel internet portal. Requested to refrain from insults, swearing and vulgar expression. We reserve the right to delete any comment without notice explanations.

Your email address will not be published. Required fields are signed with *

Dikuasakan oleh Madini Travel & Tours Sdn Bhd.