Bangkok dan Hat Yai adalah destinasi yang sering menjadi pilihan utama para pelancong lebih-lebih lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Antara faktor-faktornya adalah jarak perjalanan dan nilai mata wang yang berpatutan. Apa yang menarik di sana? Jom kita tengok!
1. THE GRAND PALACE
Istana Besar yang terletak di tengah-tengah Bangkok ini adalah bekas kediaman Raja Rama I hingga Raja Rama V dari Kerajaan Rattanakosin. Kini, istana tersebut digunakan untuk mengadakan upacara diraja. Istana ini telah dibahagikan kepada dua zon utama iaitu The Temple of the Emerald Buddha dan kediaman diraja. Pelancong wajib melawat ke Istana Besar Bangkok bagi melihat keunikan seni bina bangunan yang tersergam indah ini.
2. CHATUCHAK MARKET
Pelancong dari seluruh dunia pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke pasar ini bagi membeli-belah dengan harga yang murah. Pasar Chatuchak adalah pasar terbesar di Thailand yang menawarkan pelbagai barangan dan makanan seperti cenderamata, pakaian, aksesori, kraf tangan, beg dan banyak lagi. Teh ais, aiskrim kelapa dan pad Thai adalah antara makanan Thailand yang perlu dicuba jika anda ke sini.
3. ICONSIAM
Keunikan pusat beli-belah terkenal di Bangkok ini adalah pasar terapung tertutup yang berada di aras satu. Pengunjung boleh membeli kraf tangan atau barangan segar daripada peniaga-peniaga tempatan di situ. Pusat beli-belah yang terletak di tepi sungai ini turut menawarkan pengalaman membeli-belah di butik-butik jenama pereka terkemuka seperti Hermes, Cartier, Rolex, Bvlgari, Louis Vuitton, Fendi dan banyak lagi. Pengunjung juga tidak perlu risau tentang makanan kerana lebih daripada 100 restoran di sini mempunyai pelbagai pilihan makanan yang menyelerakan.
4. KANCHANABURI SAFARI PARK
Jika anda pergi ke Kanchanaburi, terokailah taman safari yang luas ini dengan menaiki bas mini. Pencinta haiwan pasti teruja untuk melihat pelbagai haiwan dengan lebih dekat dan berinteraksi secara langsung. Tumpuan utama di sini adalah melihat dan memberi makan kepada zirafah dari jarak yang dekat.
Selain daripada Bangkok dan Kanchanaburi, Hat Yai adalah destinasi yang tidak lagi asing untuk dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Hal ini kerana, bandar terbesar di selatan Thailand ini terletak berhampiran dengan sempadan Malaysia iaitu Bukit Kayu Hitam, Kedah. Terokai keistimewaan Hat Yai dan Songkla dengan mengunjungi beberapa tarikan utama di sana seperti:
1. FLOATING MARKET
Pasar terapung adalah destinasi yang wajib dikunjungi oleh para pelancong. Cita rasa dan budaya masyarakat tempatan di selatan Thailand dapat dilihat di sini. Pengalaman membeli-belah daripada peniaga-peniaga tempatan di sepanjang terusan adalah sangat unik dan menyeronokkan. Pasar ini menjual pelbagai makanan tempatan, cenderahati, pakaian dan banyak lagi. Pelancong Muslim tidak perlu risau tentang status halal makanan dan minuman yang dijual kerana kebanyakan peniaga adalah beragama Islam.
2. KIM YONG MARKET
Pasar ini adalah pasar tempatan yang sering menjadi pilihan pelancong dan penduduk di sini. Produk tempatan seperti gula-gula tradisional Thailand, herba, rempah-ratus, cenderamata, sabun buatan tangan, makanan jalanan Thailand dan pelbagai barangan menarik boleh dibeli di pasar ini. Pilihan makanan halal juga tersedia untuk pelancong-pelancong Muslim.
3. MASJID SONGKHLA
Masjid ini sering dilawati oleh pelancong-pelancong yang beragama Islam kerana kawasan dan binaannya adalah seperti di Taj Mahal. Anda pasti terpegun dengan seni bina dan suasananya yang menenangkan.
Jika anda ingin bercuti ke luar negara buat kali pertama, Bangkok dan Hat Yai adalah pilihan yang tepat. Rasai keseronokan menerokai keindahan budaya Thailand dan makanan-makanan tempatan yang menyelerakan bersama Pakej Jalan-jalan ke Bangkok atau Hat Yai yang ditawarkan oleh Aku & Travel. Anda akan di bawa ke tempat-tempat di atas dan beberapa tempat menarik yang lain. Segera hubungi kami untuk mengetahui maklumat lanjut. Tunggu apa lagi? Daftar sekarang!
Assalamualaikum.
Tekan untuk hubungi pegawai kami