Mekah, Madinah dan Baitulmaqdis merupakan tiga kota suci bagi umat Islam. Banyak dalil yang menunjukkan tentang kesucian bandar-bandar ini. Bukan itu sahaja, ketiga-tiga tempat ini juga telah mencatatkan pelbagai peristiwa bersejarah dalam tamadun Islam.

MEKAH AL-MUKARRAMAH 

Mekah merupakan kota kelahiran dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Sebelum Islam menguasai Mekah, tempat ini berfungsi sebagai pusat penyembahan berhala dan amalan-amalan tradisi lain dalam masyarakat Arab jahiliah. Pembukaan kota Mekah berlaku pada bulan Ramadan tahun kelapan hijrah. Peristiwa ini berlaku kerana kaum musyrikin Quraisy di Mekah telah mengkhianati Perjanjian Hudaibiyah yang telah termeterai. Setelah Nabi Muhammad SAW menyusun strategi sulit, Baginda SAW masuk ke kota Mekah dari Dzu Tuwa dengan menunggang unta. Jaminan keselamatan telah diberikan oleh Nabi Muhammad SAW kepada penduduk Mekah sama ada mereka masuk ke rumah masing-masing, Masjidil Haram atau ke rumah Abu Sufian. Rasulullah SAW telah melakukan beberapa perkara setelah kota Mekah dibuka seperti memusnahkan semua berhala yang berada di sekeliling Kaabah. Baginda SAW juga melakukan tawaf di Kaabah dan berucap di hadapan orang ramai berkaitan kebebasan dan kemaafan yang diberikan kepada kaum Musyrikin Quraisy. 

Kini, Mekah adalah destinasi yang sering dikunjungi oleh umat Islam dari seluruh dunia bagi menunaikan ibadah haji atau umrah. Bandar ini telah menyaksikan pertemuan jutaan umat Islam daripada pelbagai latar belakang dan negara yang ingin beribadah kepada Allah SWT. Jelaslah bahawa Mekah merupakan tempat yang sangat istimewa berbanding tempat-tempat lain di dunia. Sabda Nabi Muhammad SAW:

“Demi Allah! Sesungguhnya engkau (Mekah) ialah bumi Allah SWT yang paling baik dan tanah yang paling dicintai Allah, sekiranya aku tidak diusir darimu,nescaya aku tidak akan tinggalkan (tempat ini, iaitu Mekah).”

(Hadis Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Majah)

MADINAH AL-MUNAWWARAH

Nama asal Madinah ialah Yathrib. Bandar ini telah menyaksikan peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW bersama dengan para sahabat. Hijrah tersebut dilakukan atas perintah Allah SWT. Rasulullah SAW telah menempuh pelbagai cabaran semasa proses hijrah tersebut. Kecintaan Nabi Muhammad SAW terhadap Madinah dapat dilihat daripada doa-doa Baginda SAW. Antara doa Rasulullah SAW ialah: 

“Ya Allah! Berilah kami kecintaan terhadap Madinah seperti cinta kami terhadap Makkah atau melebihinya.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

BAITULMAQDIS

Firman Allah SWT: 

(Nabi Musa berkata lagi): “Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya): dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat).”

(Surah al-Maidah: 21) 

Bandar ini telah menyaksikan kehidupan dan peristiwa yang berlaku terhadap nabi-nabi seperti Nabi Musa AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Isa AS dan Nabi Muhammad SAW. Peristiwa Israk dan Mikraj adalah perjalanan agung Nabi Muhammad SAW yang berlaku di sini. Perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram berakhir di Masjid al-Aqsa sebelum diangkat ke langit untuk bertemu Allah SWT. Rasulullah SAW telah menerima perintah daripada Allah SWT iaitu semua umat Islam wajib menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Masjid al-Aqsa merupakan kiblat pertama bagi umat Islam sebelum Allah SWT memerintahkan agar kiblat ditukarkan menghadap ke Masjidil Haram di Mekah. Bukan itu sahaja, kota ini juga digelar sebagai al-Quds al-Sharif iaitu tempat yang suci. 

Sebagai umat Islam, kita perlu berazam untuk menziarahi ketiga-tiga kota suci ini. Daripada Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Bersungguh-sungguhlah untuk melakukan perjalanan ke tiga destinasi iaitu al-Masjid al-Haram, masjidku (al-Masjid al-Nabawi) dan al-Masjid al-Aqsa.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Telusuri tempat-tempat bersejarah di Mekah, Madinah dan Baitulmaqdis bagi menghayati ibrah daripada setiap peristiwa yang berlaku. Abadikan perjalanan rohani anda melalui pakej Kembara Sirah al-Aqsa dan Jordan bersama dengan Madini Travel. Perkongsian menarik sepanjang aktiviti ziarah akan disampaikan oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre dan Ustaz Zul Ramli M Razali. Selain Kembara Sirah, kami juga menawarkan pakej Umrah Seerah dan Nurani. Rebut peluang keemasan ini bersama dengan Madini Travel! Segera hubungi kami untuk maklumat lanjut dan pendaftaran!

“Bersungguh-sungguhlah untuk melakukan perjalan ke tiga destinasi iaitu al-Masjid al-Haram, masjidku (al-Masjid al-Nabawi) dan al-Masjid al-Aqsa.” 

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Masjid al-Haram, Masjid Nabawi dan Masjid al-Aqsa adalah tiga masjid utama bagi umat Islam yang mempunyai keistimewaan berbanding masjid-masjid lain. Ketiga-tiga masjid ini juga merupakan masjid para nabi AS. Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama bagi umat Islam sebelum Allah SWT memerintahkan supaya kiblat ditukarkan ke Masjid al-Haram.  

Semasa peristiwa Israk dan Mikraj, Masjid al-Aqsa adalah lokasi terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum diangkat ke langit untuk bertemu dengan Allah SWT. Keistimewaan masjid ini dinyatakan dalam al-Quran seperti firman Allah SWT: 

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui).”

[Surah al-Isra’: 1]

Apa yang kita perlu tahu tentang Masjid al-Aqsa? Masjid ini tidak tertumpu kepada masjid sahaja tetapi meliputi keseluruhan kompleksnya yang luas. Terdapat beberapa monumen bersejarah yang boleh diziarahi dalam kompleks Masjid al-Aqsa seperti:

KUBAH EMAS 

Kubah ini dibina oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan sekitar tahun 66 Hijrah hingga 76 Hijrah. Seni bina dan jubin kubah adalah berdasarkan gereja dan istana Byzantine iaitu binaan berbentuk segi lapan yang mempunyai empat buah pintu masuk. Ruang solat lelaki dan wanita dipisahkan melalui ruangan besi.

MASJID BURAQ

Binaan kecil ini berada di bahagian Barat Daya Masjid al-Aqsa. Buraq ialah haiwan tunggangan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Palestin semasa peristiwa Israk dan Mikraj. Binatang tersebut dipercayai ditambat oleh Rasulullah SAW di sini. 

PINTU KEEMASAN

Pintu yang dibina pada zaman Umaiyah. Semasa duduk dan mengajar di pintu ini. Imam al-Ghazali dikatakan telah menulis kitab Ihya’ Ulumuddin. Selain itu, penganut agama Kristian percaya bahawa Nabi Isa AS akan muncul melalui pintu tersebut.

PERKUBURAN PINTU RAHMAH

Perkuburan muslim ini berada di luar dinding bahagian timur. Kubur dua sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Ubadah bin Samit RA dan Shaddad bin Aus RA juga berada di sini. 

Selain menziarahi kota suci Palestin, anda juga perlu pergi ke Jordan untuk melihat sejarah dan budaya negara tersebut. Terdapat dua tempat yang biasa dilawati oleh pelancong iaitu:

GUA ASHABUL KAHFI

Kisah Ashabul Kahfi adalah tentang tujuh pemuda beriman dan seekor anjing yang ditidurkan Allah SWT selama 309 tahun. Banyak pengajaran yang dapat diperoleh daripada kisah yang terkandung pada ayat 9 hingga 26 dalam Surah al-Kahfi.

LAUT MATI

Laut Mati merupakan tasik air masin yang berada di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Tempat ini adalah salah satu destinasi yang sering dikunjungi oleh pelancong dan pengembara dari seluruh dunia sekiranya mereka ke Jordan. Perjalanan dari Amman ke sini mengambil masa kurang daripada satu jam. Kandungan garam di Laut Mati yang sangat tinggi menjadikannya 10 kali lebih masin berbanding dengan laut-laut lain. Bukan itu sahaja, ketumpatan air laut di sini juga tinggi adalah disebabkan oleh kandungan garam yang tinggi. Oleh itu, sesiapa yang berenang di Laut Mati pasti akan terapung di permukaan laut. 

Seperti yang kita ketahui, Laut Mati sangat berkait dengan sejarah manusia dan agama Islam kerana peristiwa kehancuran kaum Nabi Luth yang dimurkai Allah. Allah SWT telah menurunkan bencana yang dahsyat kepada kaum Nabi Luth kerana mereka mengamalkan gaya hidup songsang dan perkara-perkara keji yang lain. Bukan itu sahaja, mereka juga enggan menerima dakwah Nabi Luth dan beriman kepadanya. Maka, Allah SWT telah memberi balasan dan azab ke atas kaum ini sehingga mereka semua terbunuh. 

Berkunjung ke Palestin dan Jordan adalah suatu perjalanan yang menginsafkan. Peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku di sini sarat dengan ibrah yang perlu diingati dan diteladani oleh umat Islam. Sertai Kembara Sirah Al-Aqsa dan Jordan bersama dengan Madini Travel & Tours untuk menelusuri sejarah-sejarah hebat dari dua negara ini. Jangan lepaskan peluang menziarahi tempat-tempat menarik di Palestin dan Jordan yang turut disertai oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre dan Ustaz Zul Ramli M Razali. Tunggu apa lagi? Segera hubungi kami untuk tempahan dan maklumat lanjut!

Madini Travel & Tours Sdn Bhd 
(1175306-D) (KPK 8370)
73-B, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Emel : hi@madinitravel.com
cross linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram