Indonesia adalah salah satu negara jiran yang kaya dengan khazanah alam semula jadi dan budaya. Selain rakyat Malaysia dan rakan-rakan ASEAN, pelancong-pelancong dari benua lain seperti Eropah gemar bertandang dan menerokai destinasi-destinasi menarik di Indonesia. Bercakap tentang Indonesia pasti mengingatkan kita dengan kepadatan kota Jakarta dan keindahan Pulau Bali. Jemu dengan dua lokasi tersebut? Pergilah ke Medan yang merupakan Gerbang Sumatera Utara. 

Medan merupakan bandar dan ibu kota Sumatera Utara yang berkembang pesat kerana hab ekonomi dan pusat komersial wilayah ini bermula di sini. Kepelbagaian etnik di Medan secara umumnya bukanlah sesuatu yang asing kerana negara ini mempunyai penduduk yang sangat ramai. Hal ini menyebabkan Medan juga terkenal dengan tempat makan yang sedap dan kaya dengan perasa. Bolu Meranti adalah sejenis kek span gulung dengan pelbagai isian krim mentega. Kek ini dan Bika Ambon Zulayka adalah antara manisan yang terkenal di pekan. Jika anda ke Medan, jangan lepaskan peluang untuk mencuba lontong sayur Medan yang sangat sedap. Makanan ini sesuai dimakan pada bila-bila waktu terutamanya ketika sarapan. Hidangan ini terdiri daripada kuah yang dikenali sebagai sayur lodeh iaitu sup yang dimasak dengan santan, tauhu, tempe, lontong, telur rebus, sambal, rendang, keropok dan pelbagai pilihan lauk yang lain. Selain daripada menikmati keenakan masakan Medan, terdapat tiga lokasi popular yang boleh anda kunjungi di sini seperti: 

1. DANAU TOBA

Saksikan pemandangan terbaik di Sumatera iaitu di Danau Toba yang sangat terkenal dengan lagenda dan keindahan danau tersebut. Sesiapa yang bercuti ke Medan wajib bersiar-siar di Danau Toba kerana tasik ini adalah tasik terbesar di Indonesia yang seolah-olah menyerupai lautan luas. Hal ini kerana tasik ini mengisi kawah-kawah gunung berapi di sekelilingnya. Keindahan pemandangan pergunungan yang bertentangan dengan tasik adalah sesuai untuk anda yang menginginkan percutian yang santai dan lari daripada kesibukan dunia. Jangan lupa untuk mengabadikan kecantikan alam semula jadi ini melalui kamera anda!

2. BERASTAGI

Pekan Berastagi yang indah di tanah tinggi Karo ini terletak 70 kilometer dari Medan. Kawasan di sini adalah sangat sejuk dengan suhu antara 17 hingga 20 darjah Celcius. Udara yang sejuk dan segar di sini akan mengingatkan anda dengan Tanah Tinggi Cameron. Banyak bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan segar yang boleh didapati di sini. Pemandangan di Berastagi didominasi oleh gunung berapi yang berasap iaitu Gunung Sinabung dan Gunung Sibayak. Anda juga pasti akan teringat Kota Kinabalu dan Kundasang kerana bentuk muka buminya yang bergunung-ganang. 

3. ISTANA MAIMUN

Istana lama Kesultanan Deli ini dibina pada tahun 1888 semasa zaman Sultan Deli Maknun al-Rashid Perkasa Alamsyah. Setiap pelancong yang bercuti ke Medan pasti akan berkunjung ke sini kerana keunikan seni binanya. Jika anda adalah penggemar seni bina, jangan lupa melawat ke Istana Maimoon untuk meneliti bagaimana reka bentuk istana ini. Sama seperti kebanyakan tempat-tempat bersejarah, pengunjung boleh membeli cenderamata seperti keychain, kain batik, baju dan banyak lagi di sini. 

Jom telusuri sisi lain Indonesia melalui percutian ke Medan yang lebih santai berbanding kota Jakarta. Aku & Travel bersama dengan Madini Travel akan membawa anda menikmati perjalanan yang menyeronokkan ke tempat-tempat di atas dan beberapa destinasi lain seperti Air Terjun Sipiso Piso, Pasar Buah dan Bunga, Kampung Siallagan dan sebagainya. Daftar segera untuk dapatkan pakej serendah RM1,690 selama 4 hari 3 malam. Hubungi kami jika anda ingin merasai suasana di Malaysia yang seakan-akan dengan Medan. Kami turut menawarkan pakej jalan-jalan ke Sabah iaitu Kota Kinabalu, Kundasang dan Semporna!

Madini Travel & Tours Sdn Bhd 
(1175306-D) (KPK 8370)
73-B, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Emel : hi@madinitravel.com
cross
×

Assalamualaikum.
Tekan untuk hubungi pegawai kami

× Whatsapp
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram