Tawaf merupakan ibadah yang penting dalam ibadah haji dan umrah. Berikut adalah beberapa bacaan yang boleh dilakukan ketika melakukan tawaf:

1. Niat

Sebelum memulakan tawaf, hendaklah niat dengan hati dan lafaz niat tawaf, contohnya, “Saya berniat umrah/haji, tujuh pusingan kerana Allah Ta’ala. "

2. Bacaan istighfar

Sebelum memulakan tawaf, lebih baik melakukan bacaan istighfar memohon ampun kepada Allah S.W.T atas segala dosa dan kesalahan yang dilakukan. Contoh bacaan istighfar ialah, "Astaghfirullahal 'adzim wa atubu ilaih" yang bermaksud "Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Tinggi dan aku bertaubat kepadanya."

3. Bertakbir

Apabila memulakan tawaf pusingan pertama, anda boleh mulakan dengan bacaan takbir iaitu menyebut "Allahu Akbar" yang bermaksud "Allah Maha Besar." Ini adalah peringatan bahawa Allah adalah Dzat Yang Maha Agung dan layak dimuliakan dalam ibadah tawaf.

4. Berzikir

Semasa tawaf juga diharuskan berzikir dengan membaca kalimah tasbih, tahmid, takbir dan tahlil. Contohnya, membaca "Subhanallah" (Maha Suci Allah), "Alhamdulillah" (Segala puji bagi Allah), "Allahu Akbar" (Tuhan Maha Besar), dan "La ilaha illallah" (Tiada Tuhan selain Allah).

Kita perlulah melakukan ibadah tawaf dengan niat yang ikhlas kepada Allah S.W.T supaya diterima olehnya.

Jom rasai pengalaman mengerjakan umrah bersama Madini Travel.

Menunaikan umrah pada musim panas memerlukan perhatian khusus kepada aspek-aspek tertentu. Berikut adalah beberapa tips untuk menunaikan haji dan umrah semasa musim panas:

1. Memakai pakaian berwarna cerah dan longgar yang diperbuat daripada fabrik bernafas untuk kekal sejuk dan selesa. Wanita juga harus memakai tudung atau selendang untuk menutup kepala dan melindungi diri dari matahari.

2. Minum banyak air dan mengelakkan minuman bergula dan berkafein.

3. Pengurusan masa semasa menunaikan umrah iaitu pada waktu awal pagi atau lewat petang bagi mengelakkan panas terik pada siang hari. Jemaah haji perlu merancang aktiviti mereka dengan sewajarnya untuk mengelakkan waktu puncak hari itu.

4. Perlindungan matahari seperti memakai cermin mata hitam, topi dan menggunakan pelindung matahari dengan SPF yang tinggi.

5. Rehat secukupnya untuk mengelakkan keletihan dan dehidrasi semasa musim panas.

Dengan mengikuti tips ini, jemaah haji dan umrah boleh menunaikan umrah dengan selesa pada musim panas.

Jom rasai pengalaman mengerjakan umrah bersama Madini Travel.

Menunaikan ibadah di kota Mekah serta Madinah ini merupakan angan-angan paling utama bagi setiap orang Islam, sama ada bersama keluarga, secara persendirian dan ada juga yang hanya berdua membawa anak kecil.

Berikut merupakan tips bawa anak kecil mengerjakan umrah:-

1. PILIH TRAVEL AGENT YANG KIDS FRIENDLY

Bertanyakan kepada travel agensi sama ada kids friendly ataupun tidak sebelum membuat tempahan Kids friendly lebih kepada masa yang fleksibel, kedudukan hotel dan lain-lain lagi. Travel agent yang bagus kerana ada masa yang fleksibel dan mudah untuk dihubungi mengenai masa dan itinerary

2.VAKSIN

Vaksin yang perlu diambil untuk kanak-kanak dan dewasa adalah vaksin Meningococcal. Tetapi bagi bayi yang bawah umur 9 bulan mereka hanya perlu bawa buku vaksin yang diberi sejak umur setahun sahaja kerana vaksin Meningococcal ini sesuai untuk bayi yang berusia 9-10 bulan ke atas.

3. PILIH HOTEL YANG DEKAT

Memilih hotel yang dekat apabila berlaku perkara yang tak disangka-sangka. seperti nak membuang air kecil, tandas agak jauh dari pintu masuk masjid. Hotel yang dekat hanya 50m dari Masjidil Haram dan 50m juga di Masjid Nabawi. Jika nak selesa lebih baik pulang ke hotel dan tukar pampers anak.

4. BAWA BARANG KEPERLUAN SECUKUPNYA

Barang keperluan termasuk pakaian, pampers, perubatan, makanan dan sebagainya. Selain itu perlu tahu suhu di Mekah dan madinah. Jika suhu sejuk perlu bawa baju sejuk. Bawa keperluan ubat, lotion, ubat demam, balm, minyak gamat, aloe vera dan plaster.

5. BAWA STROLLER DAN BABY CARRIER

Benda ini sangat penting jika bawa anak kecil untuk buat umrah. Berjalan membuat tawaf dan saie dukung menggunakan baby carrier. Ketika membuat tawaf bawa anak dalam stroller lebih selesa.

6. BERCERITA TENTANG KAABAH DAN UMRAH KEPADA ANAK-ANAK

Cerita tentang tempat tersebut. Cara ini untuk timbulkan rasa teruji dalam diri mereka. Cerita kaabah itu apa, umrah tu bagaimana, tawaf itu nak buat cara macam mana, keadaan di sana bagaimana. Layankan karenah mereka dan terangkan perkara yang betul.

Tanah suci atau Mekah dan Madinah adalah tempat yang sangat suci bagi umat Islam. Oleh itu, terdapat beberapa adab yang perlu dipatuhi oleh jemaah yang berkunjung ke sana.

Berikut adalah beberapa adab di tanah suci:

1. Berpakaian sopan dan menutup aurat terutama ketika mengunjungi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

2. Menghormati tempat-tempat suci seperti Kaabah, Multazam, Makam Ibrahim, dan Makam Rasulullah SAW. Jangan bercakap dengan kuat atau melakukan perkara yang tidak sepatutnya di tempat tersebut.

3. Tidak mengganggu orang lain seperti menolak atau melanggar barisan.

4. Berdoa dan beribadat dengan khusyuk serta tidak terpengaruh dengan perkara yang tidak penting.

5. Menghormati orang lain terutama sesama jemaah yang sedang beribadat atau bersolat.

6. Elakkan bercakap tentang perkara yang tidak penting, lebih baik fokus pada ibadah dan berdoa kepada Allah SWT.

Menghormati tempat suci dan menjaga adab di tanah suci adalah tindakan yang sangat penting bagi umat Islam. Dengan memperhatikan adab-adab tersebut, jemaah haji dapat beribadah dengan tenang dan khusyuk serta menghindari perbuatan yang tidak patut di tempat suci.

Jom rasai pengalaman mengerjakan umrah bersama Madini Travel.

Tanah Suci Makkah adalah tempat yang memperlihatkan peribadi yang sebenar. Sebelum menjadi tetamu Allah, hendaklah mempunyai adab yang baik sama ada dari segi perbuatan, percakapan malah niat dihati. Persiapan khususnya rohani adalah amat penting bagi meningkatkan keimanan dan ibadat kita semasa kita mengerjakan umrah.

Berikut merupakan persiapan rohani sebelum mengerjakan umrah:-

1. Perbaiki Kualiti Solat.

Menjaga solat 5 waktu dan kerap hadir ke masjid. Latihkan diri dengan solat awal waktu, berjemaah dengan hadir ke masjid atau surau.

2. Biasakan Solat-solat Sunat & Berdoa.

Apabila sudah biasa dengan amalan solat awal waktu dan solat-solat sunat, insyaAllah, ia menjadi perkara yang paling dekat dan paling dicintai di hati kita untuk bangun awal sebelum Subuh, dan diikuti datang awal ke Masjidil Nabawi dan Masjidil Haram setiap kali masuk waktu solat dan melakukan solat-solat sunat serta berdoa mohon kebaikan daripada Allah.

3. Belajar Bersabar Dan Reda.

Apabila hati dah mula biasa bersabar, insyaAllah, bila sampai di Tanah Suci nanti, segala macam dugaan seperti kelewatan imigresen, masalah hotel, masalah makanan, masalah bas atau sikap-sikap jemaah lain serta kerenah pasangan pun dapat kita hadapi dengan baik.

4. Belajar Jaga Tutur Kata.

Mulakan latih diri bercakap perkara yang baik-baik sahaja sama ada dalam perbualan atau media sosial. Elakkan bercakap hal-hal buruk, hal orang lain atau bergurau menyebut seolah-olah akan jadi perkara tidak elok.

5. Banyakkan Membaca Sirah Nabi & Berselawat.

Timbulkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dengan banyak membaca sirah-sirah nabi, kisah-kisah pengorbanan nabi berdakwah menyebarkan agama Islam.

Jom rasai pengalaman mengerjakan umrah bersama Madini Travel.

Muharram bulan pertama dalam tahun Islam atau Hijriah.  Doa awal tahun  dibaca selepas masuknya waktu Maghrib 1 Muharram. 

Doa Awal Tahun Dibaca Ba’da Maghrib

Doa ini dibacakan tiga kali masuk 1 Muharram, dilakukan selepas maghrib atau sesudah maghrib.

Doa Awal Tahun Kedua

Dengan menyebut asma Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, semoga Allah tetap melimpahkan rahmat dan salam belas kasihan dan kesejahteraan pada junjungan dan penghulu kita Muhammad beserta keluarga dan sahabat Beliau.

Doa Awal Tahun Imam Ghazali

Diceritakan dari Imam Hijatul Islam Muhammad Al Ghazali qaddasallaahu Ta’ala sirrahuu, beliau berkata, “Aku berada di Makkah Musyarrafah pada awal tahun baru Hijriyah dalam keadaan aku melakukan thawaf, maka terbisik di hatiku ingin melihat Nabi Khadhir ‘alaihissalam pada hari itu. Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala mengilhamkan kepadaku sebuah doa, maka aku pun berdoa kepada Allah Ta’ala agar mengumpulkan diriku dengan beliau pada hari itu.

Fadhilah Membaca Doa Awal Tahun

Sesiapa  membaca doa awal tahun hijriyah dengan bersungguh-sungguh Allah  memberikan perlindungan dan pertolongan dari segala macam bencana dan godaan setan.

Jom rasai pengalaman mengerjakan umrah bersama Madini Travel.

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan memeliharanya.”

(Surah al-Hijr: 9)

Al-Quran adalah kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW sebagai panduan kepada manusia akhir zaman. Kitab ini mengandungi 114 surah yang terdiri daripada 86 surah Makkiyah dan 28 surah Madaniyah. Al-Quran  juga mempunyai beberapa nama selain daripada al-Quran seperti al-Kitab, al-Mushaf, al-Nur dan al-Furqan. 

Sejarah penurunan al-Quran menunjukkan bahawa kitab suci ini diturunkan secara beransur-ansur dan mengambil masa selama 23 tahun. Penurunan kitab ini terbahagi kepada dua peringkat. Pertama, al-Quran diturunkan sekali gus dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah. Penurunan al-Quran pada peringkat kedua pula adalah dari Baitul Izzah kepada Nabi Muhammad SAW. Pada peringkat ini, al-Quran diturunkan secara beransur-ansur melalui Malaikat Jibril AS sebagai perantara. Firman Allah SWT: 

“Dan al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.”

(Surah al-Isra’: 106)

Menurut jumhur ulama, lima ayat pertama daripada surah al-’Alaq merupakan ayat terawal yang diturunkan. Ayat tersebut adalah tentang kepentingan membaca. Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama semasa di Gua Hira’. Malaikat Jibril AS telah memeluk dan meminta Rasulullah SAW untuk membaca sebanyak tiga kali namun Baginda tidak tahu membaca. Akhirnya, malaikat Jibril AS mengajarkan Nabi Muhammad SAW untuk membaca surah al-’Alaq daripada ayat pertama hingga kelima.

Ibadah yang disyariatkan dalam Islam selain solat dan berpuasa adalah membaca dan mempelajari al-Quran. Al-Quran adalah kitab yang sangat istimewa berbanding dengan kitab-kitab yang lain. Banyak kelebihan al-Quran yang dijelaskan melalui ayat-ayat al-Quran dan hadis. Antaranya daripada Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda: 

“Sesiapa yang membaca satu huruf dari al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan ‘الم’ itu sebagai satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.”

Riwayat al-Tirmizi (2385)

Daripada Abu Umamah RA, beliau mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya.” 

[Riwayat Muslim (804)]

Allah SWT berfirman: 

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menginfaqkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terbuka dengan mengharapkan (daripada amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.” 

(Surah al-Fathir: 29)

Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW:

“Dan tidaklah satu kaum itu berkumpul di rumah-rumah Allah (masjid) sambil membaca al-Quran dan mempelajarinya sesama mereka melainkan turunnya ketenangan kepada mereka, diliputi oleh rahmat Allah serta malaikat mengerumuninya dan Allah menjadikan makhluk-makhluk yang berada di sisi-Nya menyebut-nyebut mereka. Dan barangsiapa yang amalnya perlahan, maka nasabnya tidak dapat mengangkat darjatnya itu.”

[Riwayat Muslim (2699)]

Dalil-dalil di atas menunjukkan bahawa Allah SWT menyukai hamba-hamba-Nya yang membaca al-Quran. Sesiapa yang membaca dan mempelajari al-Quran akan memperoleh pahala yang banyak serta mampu menjadi syafaat di akhirat kelak. 

Keistimewaan al-Quran sebagai mukjizat dan kitab yang terpelihara adalah anugerah daripada Allah SWT yang perlu disyukuri oleh umat Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, sebagai umat Islam, kita perlu berusaha untuk meningkatkan pengetahuan tentang al-Quran. Antara usaha yang boleh dilakukan adalah dengan mendalami ilmu tajwid dan bahasa Arab agar kita dapat memperbaiki bacaan al-Quran. Pelajarilah al-Quran dengan bertalaqqi atau berguru dengan individu yang alim bagi memastikan ilmu yang diperoleh adalah berkat dan berguna kepada diri sendiri serta masyarakat. Jom belajar sambil bercuti ke Turki melalui Program Intensif Quran dan Bahasa Arab (IQRAB) yang dibawakan oleh Madini Travel & Tours! Rebut peluang keemasan ini untuk mempelajari al-Quran dan bahasa Arab bersama dengan para masyaikh dan asatizah yang berwibawa dalam bidang mereka. Sijil sanad akan diberikan sekiranya anda berjaya menamatkan program ini. Tunggu apa lagi? Segera hubungi kami untuk maklumat lanjut!

Seorang mukmin dengan mukmin yang lain adalah bersaudara. Nabi Muhammad SAW bersabda: 

“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencintai, mengasihi dan menyayangi bagaikan satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga (tidak boleh tidur) dan panas (turut merasakan sakitnya).”

(Riwayat Muslim)

Allah SWT juga berfirman: 

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu: dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

(Surah al-Hujurat: 10)

Oleh sebab itu, umat Islam perlulah berkasih sayang dan menghormati antara satu sama lain. Amalan menziarahi saudara-mara atau sesiapa yang kita kenali adalah antara amalan yang dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama insan dan amat dituntut dalam Islam. Walau bagaimanapun, ramai individu yang masih kurang menjaga tingkah laku semasa ziarah. Terdapat beberapa adab yang perlu dititikberatkan semasa menziarahi seseorang atau tempat. 

1. BERNIAT BAIK

Setiap perkara yang kita ingin lakukan hendaklah dimulakan dengan niat yang baik. Kita mestilah berniat dengan ikhlas untuk berziarah kerana Allah SWT tanpa mempunyai niat yang terselindung. Ziarah mempunyai banyak kebaikan seperti mendekatkan hubungan yang renggang, mengukuhkan ukhuwah dan sebagainya. Oleh itu, kita tidak boleh mencemarinya dengan niat yang tidak baik seperti bertujuan untuk mengumpat, menunjuk-nunjuk dan berlagak dengan pencapaian terkini atau merendahkan orang lain. Perkara sebegini akan menjejaskan hubungan silaturahim sesama kita. 

2. MEMBERI SALAM 

Sebelum masuk ke mana-mana tempat yang ingin dikunjungi, berilah salam sebagai tanda kehadiran kita di situ. Firman Allah SWT: 

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kami, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya: yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).”

(Surah an-Nur: 27)

3. PAKAI PAKAIAN YANG SESUAI

Selain menjamin keselesaan diri, pakaian juga berupaya mencerminkan keperibadian seseorang. Sebagai umat Islam, pakailah pakaian yang sopan dan menutup aurat semasa berziarah sesuai dengan tuntutan agama Islam.

4. MENJAGA PANDANGAN DAN TINGKAH LAKU

Kita perlu memelihara pandangan dan tingkah laku sebagai tanda menghormati tuan rumah. Peliharalah pandangan daripada melihat-lihat isi rumah kerana dikhuatiri kita akan menilai atau membandingkannya dengan perkara yang tidak sepatutnya. Jangan berlegar-legar di kawasan yang tidak sepatutnya bagi mengelakkan timbulnya masalah, salah faham atau ketidakselesaan antara tetamu dan tuan rumah. 

5. MENJAGA PERCAKAPAN

Setiap tutur kata mestilah dikawal agar perkara-perkara yang dibicarakan adalah bermanfaat dan baik isinya. Tujuannya adalah supaya kita dapat mengelakkan diri daripada melontarkan kata-kata yang mampu mengguris hati orang lain sehingga menimbulkan perbalahan. Percakapan yang baik juga adalah sebagai tanda menghormati diri dan tuan rumah. 

Ziarah bukan sahaja tertumpu kepada melawat saudara-mara atau rakan-taulan tetapi juga termasuk tempat-tempat bersejarah dalam Islam seperti Makam Nabi Muhammad SAW, Masjid Quba’, Taif, Jabal Rahmah dan sebagainya. Adab-adab ziarah ini juga terpakai semasa berkunjung ke tempat-tempat sebegini kerana kita berada di tanah suci umat Islam. Aktiviti ziarah sepatutnya menjadikan kita seorang yang rendah diri dan membentuk peribadi yang lebih baik. 

Berniat ingin menziarahi tempat-tempat bersejarah di Mekah dan Madinah? Madini Travel & Tours menawarkan Ziarah Rare melalui Pakej Umrah Nurani dan Maulid. Anda akan dibawa menziarahi Masjid Ijabah, Masjid Bani Hunaif, Telaga Iziq, Telaga Salman, Jabal Rahmah dan banyak lagi. Pakej-pakej ini juga dilengkapi dengan pengisian bermodul yang kondusif. Segera hubungi kami untuk maklumat lanjut!

Madinah al-Munawwarah merupakan salah satu kota suci bagi umat Islam selain Mekah al-Mukarramah dan Baitulmaqdis. Nama asal kota Madinah ialah Yathrib iaitu sempena dengan nama ketua suku Abil yang telah menemukan kawasan ini. Kabilah al-Amaliq, kaum Yahudi serta Aus dan Khazraj adalah tiga kabilah besar yang menjadi penduduk awal di kota Yathrib. Kota Rasulullah SAW ini juga mempunyai beberapa nama seperti Madinah (bermaksud kota), Thabah (memiliki kebaikan) dan Yathrib (nama pertama kota ini). Madinah telah menyaksikan hijrah Nabi Muhammad SAW dan pembinaan kerajaan Islam yang pertama serta menjadi tempat Baginda SAW disemadikan.

Setiap yang baik adalah bersih dan tanah suci umat Islam ini bersih daripada kesyirikan. Bukan itu sahaja, banyak keistimewaan yang terdapat di Madinah yang boleh dibuktikan melalui hadis-hadis seperti berikut: 

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA bahawa Nabi Muhammad SAW pernah doa yang bermaksud: 

“Ya Allah! Limpahkanlah keberkatan di Madinah ini dua kali keberkatan yang berada di Mekah.”

(Riwayat al-Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadis daripada Saidatina Aisyah RA:

“Ya Allah! Berilah kepada kami kecintaan terhadap Madinah seperti kami mencintai Mekah atau lebih besar lagi. Ya Allah! Berilah keberkatan kepada sha’ (cupak) dan mud’ (gantang) kami dan berilah kami kesihatan di kota ini dan pindahkanlah wabak penyakitnya ke daerah Juhfah.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Bakrah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

“Ancaman fitnah Dajjal tidak mampu menembusi Madinah. Pada saat itu, madinah memiliki tujuh pintu masuk. Setiap pintu masuk dijaga dua malaikat.” 

(Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: 

“Di lembah-lembah Madinah ada para malaikat, sehingga wabak taun dan Dajjal tidak akan masuk ke dalamnya.”

(Riwayat al-Bukhari)

Hadis-hadis ini menunjukkan banyak kelebihan kota Madinah yang kita perlu ketahui. Antaranya, wabak taun dan Dajjal dihalang daripada memasuki Madinah, mendapat doa rezeki daripada Rasulullah SAW dan Baginda SAW juga memohon supaya demam atau penyakit dipindahkan ke Juhfah.

Selain itu, Nabi Muhammad SAW mencela golongan yang melakukan tipu muslihat atau mengancam keamanan penduduk Madinah. Ancaman kepada golongan yang melakukan kejahatan di Madinah dapat dilihat melalui beberapa hadis. Daripada Ali RA dia berkata: 

“Kami tidak mempunyai apa-apa kecuali Kitab Allah dan Sahifah Nabi yang berisi: baru di dalamnya, atau memberikan perlindungan bagi pembuat ajaran baru itu, maka dia berhak menerima laknat Allah, laknat para malaikat dan laknat semua orang. Selain itu, orang itu tidak akan diterima taubat dan fidyahnya.”

(Riwayat al-Bukhari)

Diriwayatkan daripada Aisyah binti Sa’ad bin Abi Waqash dalam Sahih Bukhari, Rasulullah SAW bersabda: 

“Tidaklah seseorang membuat muslihat dan tipu daya terhadap penduduk Madinah melainkan dia akan mencair seperti cairnya garam di dalam air.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Ancaman Rasulullah SAW dan laknat Allah SWT terhadap sesiapa yang melakukan kejahatan di Madinah menunjukkan bahawa betapa besarnya dosa perbuatan tersebut. Berdasarkan hadis-hadis di atas, kita dapat lihat bahawa kota Madinah mempunyai pelbagai keutamaan yang perlu kita jaga sebaiknya sebagai umat Islam. 

Tahun demi tahun, kota suci ini sentiasa dikunjungi oleh umat Islam di seluruh dunia. Selain daripada Masjid Nabawi dan Masjid Quba’, banyak tempat bersejarah di Madinah yang boleh diziarahi seperti Masjid ad-Dira, Masjid Ijabah Telaga Salman, Telaga Ghars, Jabal Aswad dan banyak lagi. Madini Travel & Tours akan membawa anda ke tempat-tempat tersebut melalui Pakej Umrah Nurani. Tunggu apa lagi? Segera hubungi kami untuk tempahan dan maklumat lanjut! Banyak kelebihan umrah bersama dengan Madini Travel sedang menanti anda!

Ilmu ialah pengetahuan dalam pelbagai perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain atau kemampuan untuk mengetahui kebenaran tentang sesuatu. Setiap individu akan mengetahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam melalui ilmu yang diperoleh. Hal ini membuktikan bahawa proses pemerolehan ilmu adalah suatu bentuk kemajuan diri bagi manusia. Menuntut ilmu adalah salah satu perkara yang dituntut dalam agama Islam. Banyak dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah serta kalam para ulama dan cerdik pandai tentang kelebihan-kelebihan bagi golongan yang menuntut ilmu. Antaranya, diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: 

“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke syurga…” 

Allah SWT juga akan meninggikan darjat orang-orang yang berilmu berdasarkan firman-Nya: 

“Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat.”

(al-Mujadalah: 11)

Selain itu, kita perlu memelihara adab sebagai penuntut ilmu agar ilmu-ilmu yang diperoleh akan diberkati Allah SWT. Ulama-ulama terdahulu amat menitikberatkan perihal adab serta akhlak antara anak murid dan guru semasa menuntut ilmu. Berikut adalah adab-adab menuntut ilmu yang perlu dilaksanakan oleh setiap penuntut ilmu:

1. IKHLASKAN NIAT 

Setiap Muslim perlulah menuntut ilmu dengan niat yang ikhlas dan tidak mengharapkan ganjaran dunia semata-mata. Niat menuntut ilmu mestilah kerana Allah SWT semata-mata dan bukan disebabkan keinginan untuk bersaing sesama manusia atau bermegah dengan pencapaian diri. Kita perlu keluar daripada doktrin pemikiran bahawa proses menuntut ilmu adalah untuk memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang. Hal ini kerana ilmu adalah sesuatu pengetahuan yang amat luas dan tidak cukup jika sekadar dinilai melalui peperiksaan berdurasi beberapa jam. Oleh itu, kita mestilah mempunyai niat yang ikhlas kerana Allah SWT agar memperoleh keberkatan dalam menuntut ilmu.

2. BERSUNGGUH-SUNGGUH

Kita perlu bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan memanfaatkan setiap waktu dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Bahagikan waktu dengan sebaiknya supaya kebanyakan waktu yang kita miliki adalah untuk menuntut ilmu. Kita juga tidak boleh bersikap sambil lewa semasa belajar kerana ilmu adalah harta yang sangat berharga dan tidak wajar disia-siakan. 

3. MENGHORMATI DAN MEMULIAKAN GURU

Guru-guru atau sesiapa sahaja yang telah menyampaikan ilmu kepada kita perlulah dihormati agar ilmu yang diterima memperoleh keberkatan daripada Allah SWT. Kita perlu memelihara tutur kata dan tingkah laku daripada berkata-kata atau melakukan perkara-perkara yang boleh mengguris hati mereka. 

4. SABAR

Sifat sabat perlu ada dalam diri setiap penuntut ilmu kerana proses menuntut ilmu adalah sangat mencabar. Kita perlu melepasi satu peringkat ke peringkat yang lain untuk memenuhi keperluan ilmu tersebut. Sesungguhnya, proses pencarian ilmu adalah proses yang tidak berpenghujung. Oleh itu, kita tidak boleh berasa puas dengan ilmu yang kita miliki kerana sifat ilmu adalah amat luas. Kita perlu bersabar dan jangan berputus asa kerana menuntut ilmu juga adalah satu ibadah.

5. MENGULANGKAJI DAN MENGAMALKAN ILMU

Penuntut ilmu perlu mengulang kaji setiap ilmu yang dipelajari supaya ilmu tersebut kekal dalam ingatan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah dengan berbincang atau mengajar sesama rakan. Ilmu yang diperoleh juga boleh diamalkan kerana ilmu tanpa amal umpama pohon tanpa buah. 

6. RENDAH DIRI

Semakin banyak ilmu yang kita pelajari bermaksud semakin banyak yang kita tidak ketahui. Jangan memperlekehkan orang lain sekiranya dia tidak tahu tentang sesuatu perkara tetapi berilah tunjuk ajar yang betul kerana kita juga pernah berada dalam situasi tersebut. Sifat sombong, riak dan takbur boleh membinasakan diri sendiri dan dibenci Allah SWT. Oleh itu, didiklah diri kita agar sentiasa merendah diri semasa menuntut ilmu.

Adab dan ilmu adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Peliharalah adab kita sepanjang proses pembelajaran berlangsung terutamanya terhadap guru-guru yang menyampaikan ilmu. Sesungguhnya, proses menuntut ilmu adalah proses yang panjang dan berterusan. Kita tidak seharusnya membataskan ilmu dalam sesuatu bidang sahaja kerana banyak bidang ilmu yang boleh diteroka dan dipelajari. Sebagai umat Islam, kita perlu menyeimbangkan ilmu duniawi dan ukhrawi seperti mendalami ilmu agama, memperbaiki bacaan al-Quran dan mempelajari bahasa Arab. Ilmu-ilmu sebegini boleh dipelajari melalui kursus-kursus insentif yang sesuai dengan kelapangan waktu kita.

Nak belajar bahasa Arab dan menghayati al-Quran sambil bercuti? Jom daftar Program Intensif Quran dan Bahasa Arab (IQRAB) bersama-sama Madini Travel & Tours! Anda akan merasai suasana program yang berasaskan Tarbiah Islamiah bersama dengan barisan Masyaikh dan asatizah yang berwibawa di lokasi pembelajaran yang tepat. IQRAB adalah pilihan yang tepat jika anda ingin menimba ilmu sambil melancong. Segera hubungi kami untuk pendaftaran dan maklumat lanjut!

Madini Travel & Tours Sdn Bhd 
(1175306-D) (KPK 8370)
73-B, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Emel : hi@madinitravel.com
cross linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram