fbpx

COVID 19: KEJAYAAN CHINA ATAU KEGAGALAN ITALI ?

“BERINGAT SEBELUM TERLAMBAT WAHAI MALAYSIA”

Harini genap seminggu kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jumlah kes dicatatkan kini mencecah angka 1624 orang pada Tarikh 24/3/2020. Jumlah kes yang sangat menakutkan kita semua. Namun kita boleh berasa sedikit lega apabila jumlah kes harian menunjukkan penurunan sebanyak 106 kes sahaja daripada 212 kes pada hari sebelumnya. Banyak isu timbul semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan antaranya ialah sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab tidak patuh dengan arahan kerajaan ini. Wahai rakyat Malaysia, buanglah sikap tidak matang ini kerana situasi dunia sudah cukup memberi kita bayangan apa yang bakal kita hadapi pada masa akan datang.

Negara Itali merupakan negara paling teruk terkena kesan Covid 19 ini. Apa yang mengejutkan langkah pencegahan mereka adalah lebih kurang sama seperti kita. Malah negara mereka juga memiliki teknologi perubatan yang hebat di eropah tapi jumlah rakyat Itali yang terkena jangkitan ini adalah sangat menakutkan. Pada tarikh 25/3/2020, Itali mencatatkan jumlah kematian akibat Covid 19 sebanyak 6820 orang. Kes dilaporkan pula adalah sebanyak 69176 kes dan merupakan antara yang paling tinggi di dunia sekarang. Peristiwa hitam negara Itali ini turut menyaksikan perdana menteri negara mereka iaitu Giuseppe Conte mengalirkan air mata ketika memberikan ucapan kepada dunia seolah-olah mereka seperti gagal mengawal wabak Covid 19 ini. Dikatakan perkara ini berlaku kerana kedegilan rakyat Itali sendiri yang tidak mematuhi arahan “lockdown” negara mereka sendiri. Rakyat mereka menganggap perkara ini seperti sambil lewa dengan menggunakan cuti untuk pergi melancong dan pulang ke kampung. Akibatnya, keadaan di Itali sekarang sangat dasyat sehingga warga tua yang dijangkiti Covid 19 tidak diberikan keutamaan untuk menerima rawatan. Rakyat Malaysia seharusnya mengambil pengajaran keatas kejadian yang berlaku di Itali.

 

 

Di Wuhan dimana Covid 19 ini mencatatkan kes pertama di dunia telah menunjukkan perkembangan positif. Pesakit terakhir telah dibenarkan pulang ke rumah dan mereka telah mula meraikan kejayaan mereka ini. Pasukan perubatan pula telah dibenarkan pulang ke rumah dan diraikan bak pewira oleh warga Wuhan sendiri. Perintah “lockdown” di Wuhan dijangka berakhir pada 1/4/2020 dan memberikan sinar kebahagiaan kepada warga Wuhan. Meskipun penawar kepada Covid 19 ini masih belum ditemui namun ini memberikan harapan kepada dunia bahawa Covid 19 ini boleh ditangani sekiranya “lockdown” dijalankan. Kerajaan China mengakui bahawa “lockdown” di Wuhan dijalankan dengan tegas dan tanpa kompromi mana-mana pihak. Pihak berkuasa mereka memaksa semua warga Wuhan mematuhi “lockdown” yang dijalankan.

 

 

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan bertanggungjawab kita seharusnya mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Contoh kesan baik dan buruk sudah terbentang luas dimata kita semua. Hadamkan perkara ini didalam fikiran kita semua sebaik-baiknya. Dalam hadis mengenai Sayidatina Aishah RA yang bertanya mengenai wabak taun. Rasullah SAW bersabda: “Apabila kamu mendengar berlakunya wabak taun disesuatu negeri, maka janganlah kamu memasukinya. Apabila berlaku dalam negeri maka yang kamu berada di dalamnya, maka janganlah kamu keluar.” (HR Bukhari dan Muslim).

 

Leave a Reply

Note: Comments on the web site reflect the views of their authors, and not necessarily the views of the bookyourtravel internet portal. Requested to refrain from insults, swearing and vulgar expression. We reserve the right to delete any comment without notice explanations.

Your email address will not be published. Required fields are signed with *

Dikuasakan oleh Madini Travel & Tours Sdn Bhd.