Gunung Kinabalu adalah perkara pertama yang akan terlintas dalam fikiran kita apabila berbicara tentang Sabah. Kemegahan gunung ketiga tertinggi di Asia Tenggara ini bukan lagi sesuatu yang asing dalam kalangan rakyat Malaysia. Negeri yang terletak di bahagian utara Pulau Borneo ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri terutamanya dalam sektor pelancongan.
Kota Kinabalu dan Kundasang adalah destinasi yang sering menjadi tumpuan pelancong sama ada dari dalam atau luar negara. Kota Kinabalu atau lebih dikenali sebagai KK adalah ibu negeri Sabah. Bandar ini menawarkan pelbagai tempat menarik yang boleh diterokai seperti pantai, pasar tempatan, perkampungan budaya, muzium dan banyak lagi. Kundasang pula adalah pekan kecil yang terletak berhampiran dengan Gunung Kinabalu. Pemandangan indah dan cuaca yang sejuk menyebabkan ramai pelancong gemar untuk bercuti di sini. Terdapat LIMA tempat yang wajib dikunjungi sekiranya anda ingin bercuti ke KK dan Kundasang.
1. PANTAI TANJUNG ARU
Pengunjung boleh menikmati pemandangan langit yang cantik semasa matahari terbenam di pesisir pantai ini. Di sinilah kebanyakan anak-anak kecil bermain pada waktu petang. Antara aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini adalah berkelah, bermain layang-layang, bersiar-siar dan sebagainya.
2. RUMAH TERBALIK
Rumah Terbalik yang terletak di Kampung Telibong, Tamparuli, Sabah ini adalah rumah terbalik yang pertama di Malaysia. Kayu-kayu dan bahan-bahan kitar semula yang khusus telah digunakan untuk membina rumah terbalik ini. Sejak tahun 2012, pengunjung dapat merasai suasana rumah kampung tradisional Sabah yang dilengkapi dengan ruang tamu, bilik tidur, beranda, tandas, dapur dan taman dalam keadaan terbalik. Berada di sesuatu tempat dengan perspektif terbalik tentu agak mencabar.
Tarikan terkini di pekarangan Rumah Terbalik ialah '3D Wonders Museum’. Muzium ini bukan sahaja mempamerkan seni 3D terbesar di Malaysia Timur tetapi juga satu-satunya muzium pertama yang memberi tumpuan dalam mendidik orang awam tentang kepentingan melindungi ekosistem, biodiversiti dan sumber semula jadi.
3. JAMBATAN TAMPARULI
Sejarah dan kisah lagenda tentang Jambatan Tamparuli sudah diketahui oleh orang ramai. Jambatan ini masih digunakan oleh masyarakat sebagai laluan alternatif untuk berulang-alik antara pekan kecil Tamparuli ke jalan utama di seberang. Kini, struktur dan rupanya yang berwarna-warni telah mendapat banyak perhatian dalam kalangan pelancong dan penduduk tempatan. Pengunjung dapat menyaksikan persembahan tarian tradisional pendek daripada komuniti sukarelawan di titik permulaan jambatan jika anda berkunjung ke sini.
4. TAMAN KINABALU
Taman Kinabalu adalah tapak warisan dunia yang pertama di Malaysia. Bahagian tertentu di taman ini mempunyai pemandangan yang indah dan wajib diabadikan dalam kamera anda. Oleh sebab itu, pelancong akan berhenti di beberapa hentian untuk melihat flora dan fauna di kawasan tersebut. Pencinta alam semula jadi perlu datang ke sini dan rasai sendiri keindahannya.
5. DESA FAIRY FARM
Desa Fairy Farm adalah destinasi agro-pelancongan popular yang sering dikunjungi oleh para pelancong. Tarikan utama di sini ialah ladang lembu yang menghasilkan lebih kurang 900,000 liter susu setahun. Kebanyakan lembu di ladang ini adalah daripada baka Holstein Friesians iaitu baka yang mengeluarkan susu tertinggi berbanding baka yang lain.
Persekitaran tanah tinggi yang sejuk dan berkabus membuatkan kita berasa seolah-olah berada di New Zealand. Kawasan ini adalah destinasi yang ideal jika anda ingin bercuti sendirian atau bersama dengan keluarga dan rakan-rakan. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti memberi makan kepada anak lembu dengan menggunakan botol susu, memerhati bagaimana susu diproses dan banyak lagi. Pelancong dapat menikmati pelbagai produk tenusu tempatan yang berkualiti tinggi seperti susu segar, keju, yogurt dan aiskrim gelato di sini.
Inginkan percutian dalam negara yang seakan-akan di luar negara? Sabah adalah destinasi yang tepat! Jangan lepaskan peluang untuk merasai percutian yang menyeronokkan di Kota Kinabalu dan Kundasang bersama dengan Aku & Travel. Anda akan dibawa ke tempat-tempat di atas serta beberapa tempat lain seperti Ladang Arnab dan Rusa, Bombon Kampung Marakau dan sebagainya. Segera hubungi kami untuk dapatkan pakej serendah RM1,290! Ingin meneroka sisi lain Sabah? Kami turut menawarkan pakej ke Semporna & Pulau Mabul. Daftar segera!
Assalamualaikum.
Tekan untuk hubungi pegawai kami