Ramai yang mengetahui tentang kalimah “jihad” tetapi kurang yang mengerti makna perkataan “jihad” dalam perspektif Islam. Jihad bukanlah setakat peperangan semata-mata tetapi ianya adalah satu perbuatan memerangi musuh-musuh ataupun sesuatu yang ingin menghancurkan agama, masyarakat, kebudayaan, pegangan, akidah Islam dan sebagainya dengan hanya bertujuan menegakkan agama dan berjuang di jalan Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Salah satu antara melakukan jihad tanpa ada melakukan peperangan atau penumpahan darah di dalamnya ialah mengerjakan ibadah haji. Ibadah haji adalah rukun Islam yang kelima. Hukumnya wajib dilakukan oleh setiap umat Islam yang mukallaf yang ada kemampuan sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Surah Al - Imran ayat 97:
وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا
Tafsirnya: Dan Allah mewajibkan ke atas manusia mengerjakan ibadat haji ke Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya.
Ganjaran serta pahala berjihad di jalan Allah Subhanahu wa Ta’ala itu sangatlah besar darjatnya. Sesiapa yang mati dalam keadaan syahid, Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menjanjikan dengan balasan baik iaitu syurga.
InshaAllah mudah-mudahan Umrah bersama Madini Travel akan menjadi satu kenangan terindah buat Para DuyufurRahman.
Assalamualaikum.
Tekan untuk hubungi pegawai kami