Falsafah 'alam takambang menjadi guru' bermaksud seluruh kehidupan sosial etnik Minangkabau adalah berpandukan kepada sifat-sifat alam. Kita dapat lihat bahawa sifat dinamik etnik Minangkabau telah dicerminkan melalui falsafah ini. Pernah pergi ke Padang, Indonesia? Jom travel murah bersama Madini Travel & Tours dalam Eksplorasi Iman di Minangkabau!
Budaya masyarakat Minangkabau adalah amat kompleks kerana nilai inti adat mereka telah disusun oleh pemuka adat sejak zaman dahulu. Oleh sebab itu, mereka masih menjunjung tinggi adat-adat tersebut hingga ke hari ini. Adat tersebut ialah adat yang tidak boleh berubah atau turut dikenali sebagai 'adat nan sabana adat'. Contohnya ialah adat yang berdasarkan hukum islam, hukum Islam berdasarkan al-Quran ataupun 'adat basandi syarak, syarak basandi kitabullah'. Hal ini menunjukkan bahawa adat masyarakat Minangkabau telah disesuaikan dengan agama Islam.
Seterusnya, masyarakat tradisional Minangkabau belajar melalui alam, pengalaman hidup sendiri dan orang lain sehingga mampu membentuk keperibadian diri, pola berfikir serta tindakan yang berasas. Bentuk muka bumi di Sumatera Barat masih dilitupi oleh pulau-pulau, sungai-sungai, hutan dan bukit-bukau hingga ke hari ini. Topografi dan lanskap yang beragam telah menjadikan Padang sebagai kawasan pelancongan yang terkenal. Kota Padang ialah bandar terbesar di pantai Barat Pulau Sumatera dan merupakan ibu kota Daerah Sumatera Barat, Indonesia. Bersama Madini Travel & Tours, anda dapat merasai pengalaman travel muslim melalui Tadabbur Trip di Minangkabau. Peserta akan memperoleh ilmu dan pengajaran yang amat berharga sepanjang trip ini berlangsung.
Air Terjun Lembah Anai merupakan kawasan air terjun dan hutan tropika yang menarik untuk dikunjungi semasa di Padang. Kita turut berpeluang untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan di Pantai Padang. Sebagai agensi pelancongan yang menyediakan khidmat travel muslim, peserta akan dibawa melawat Masjid Utama. Kita juga dapat melihat pemandangan bandar lama Padang dari Jambatan Siti Nurbaya. Padang bukan sahaja terkenal dengan tempat-tempat yang menambat hati para pelancong tetapi juga merupakan kawasan perdagangan dengan pelabuhan terbesar di Pantai Barat Sumatera. Getah, kayu manis, kopi, teh dan simen adalah antara barang-barang yang didagangkan.
Selain daripada kawasan-kawasan yang memukau untuk dilawati, daerah ini sering menjadi tumpuan para pelancong kerana cerita-cerita legenda yang terkenal seperti Malin Kundang. Di Pantai Air Manis, terdapat batu yang menyerupai manusia bersujud. Legenda terdahulu mengatakan bahawa batu tersebut ialah Malin Kundang yang derhaka dan telah disumpah oleh ibunya. Kisah lain adalah tentang Siti Nurbaya yang dipaksa berkahwin dengan orang kaya-raya untuk menyelesaikan hutang ayahnya.
Daya tarikan lain semasa berada di Minangkabau sudah pasti adalah keenakan masakan Padang. Antara masakan Padang yang digemari ramai ialah rendang daging, sambal hijau, gulai pucuk ubi, terung balado, gulai tunjang dan banyak lagi. Walaupun terdapat banyak restoran masakan Padang di Malaysia namun pengalaman dan suasana menikmati masakan asli Padang di bandar asalnya sudah pasti berbeza.
Lembah Harau juga adalah salah satu tempat tarikan pelancong di daerah Sumatera Barat yang masih mengekalkan keindahan alam semula jadinya. Beberapa bukit terdapat di sekitar lembah ini iaitu Bukit Jambu, Bukit Air Putih, Bukit Singkarak dan Bukit Tarantang. Selain daripada dikelilingi bukit-bukau, terdapat air terjun yang dinamakan sebagai Sarasah Bunta oleh masyarakat tempatan. Kawasan-kawasan semula jadi yang banyak dan masih terpelihara benar-benar menunjukkan bahawa manusia belajar melalui alam sekeliling mereka. Travel muslim bersama Madini dalam Eksplorasi Iman di Minangkabau bukan sahaja tertumpu di bandar besar seperti Padang tetapi juga kawasan-kawasan lain seperti Payakumbuh, Sikabu, Batu Sangkar, Bukittinggi dan Maninjau. Semua tempat ini mempunyai daya tarikan semula jadi yang mempesona.
Alam sekitar inilah yang telah membentuk falsafah serta norma-norma kehidupan manusia pada zaman dahulu dan dijadikan pedoman hingga ke hari ini. Madini Travel & Tours bukan sahaja menawarkan pakej travel murah tetapi penuh dengan pengisian rohani. Travel muslim ini seharusnya mendekatkan kita dengan Allah SWT kerana Dia telah menciptakan dunia dan isinya dengan begitu indah dan menakjubkan. Allah SWT telah berfirman:
Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaan-Nya).
(al-Mulk:15)
Anda ingin meneroka sisi dunia yang lain? Ayuh sertai travel muslim dan murah bersama Madini dalam Eksplorasi Iman di Minangkabau. Pakej 5 hari 4 malam yang ditawarkan adalah serendah RM2 590. Sila hubungi kami dan daftar segera!
Assalamualaikum.
Tekan untuk hubungi pegawai kami