INDAHNYA MADINAH
Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi umat Islam selepas Makkah dan sebelum Baitulmuqaddis. Ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid An- Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad SAW. Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad SAW. Rumah baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid apabila masjid itu diperbesarkan oleh Khalifah Al Walid Ibni Abdul Malik daripada Kerajaan Ummaiyyah. Masjid pertama yang dibina umat Islam juga terletak di Madinah iaitu Masjid Quba.
MASJID QUBA
Masjid Quba merupakan masjid yang pertama dibina oleh umat Islam. Masjid ini terletak dua batu dari masjid An Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW. Pembinaan masjid ini berlaku semasa perjalanan baginda dan umat islam menuju ke Madinah.
MASJID NABAWI
Masjid Nabawi termasyhur dalam kalangan Jemaah umrah dan haji. Hal ini kerana di dalamnya terdapat Raudhah. Dengan keyakinan yang utuh kepada hadis Rasulullah SAW yang mengatakan bahawa barangsiapa yang berdoa di Raudhah maka Allah akan kabulkan doanya. Kita juga disunatkan untuk memperbanyakkan ibadah ketika berada di Masjid Nabawi.
Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim bersabda:
صَلاَةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ صَلاَةٍ فِيمَا سِوَاهُ، إِلَّا المَسْجِدَ الحَرَام
Ertinya : Satu solat di masjid saya (Masjid Nabawi) ini lebih baik daripada seribu solat ditempat lain, kecuali Masjidil Haram