IQRAB ialah singkatan kepada INTENSIF QURAN DAN BAHASA ARAB. Ia adalah sebuah program percutian sambil mempelajari Bahasa Arab dan mendalami Al-Quran.

Program ini di rangka khas oleh Madini Travel & Tours Sdn Bhd khusus untuk mereka yang ingin mempelajari Bahasa Arab. Program ini terbuka untuk disertai oleh orang awam yang ingin merasai suasana pembelajaran Bahasa Arab di tengah masyarakat Arab.

KENAPA MAGHRIBI?

Berpeluang menziarahi Universiti Qarawiyyin, sebuah universiti tertua di dunia.
Sebuah negara yang meraikan masyarakat Muslim dan juga pelancong asing.
Menggunakan Bahasa Arab dan Bahasa Perancis sebagai bahasa pengantara.
Menjejaki tinggalan sejarah Islam Andalusia.
Berpeluang untuk bertemu dengan para ulama’ yang hebat.
Dihiasi dengan seni bina dan ukiran yang unik.
Negara 4 musim yang terkenal dengan destinasi pelancongan menarik dan indah.