Madinah al-Munawwarah merupakan salah satu kota suci bagi umat Islam selain Mekah al-Mukarramah dan Baitulmaqdis. Nama asal kota Madinah ialah Yathrib iaitu sempena dengan nama ketua suku Abil yang telah menemukan kawasan ini. Kabilah al-Amaliq, kaum Yahudi serta Aus dan Khazraj adalah tiga kabilah besar yang menjadi penduduk awal di kota Yathrib. Kota Rasulullah SAW ini juga mempunyai beberapa nama seperti Madinah (bermaksud kota), Thabah (memiliki kebaikan) dan Yathrib (nama pertama kota ini). Madinah telah menyaksikan hijrah Nabi Muhammad SAW dan pembinaan kerajaan Islam yang pertama serta menjadi tempat Baginda SAW disemadikan.
Setiap yang baik adalah bersih dan tanah suci umat Islam ini bersih daripada kesyirikan. Bukan itu sahaja, banyak keistimewaan yang terdapat di Madinah yang boleh dibuktikan melalui hadis-hadis seperti berikut:
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA bahawa Nabi Muhammad SAW pernah doa yang bermaksud:
“Ya Allah! Limpahkanlah keberkatan di Madinah ini dua kali keberkatan yang berada di Mekah.”
(Riwayat al-Bukhari)
Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadis daripada Saidatina Aisyah RA:
“Ya Allah! Berilah kepada kami kecintaan terhadap Madinah seperti kami mencintai Mekah atau lebih besar lagi. Ya Allah! Berilah keberkatan kepada sha’ (cupak) dan mud’ (gantang) kami dan berilah kami kesihatan di kota ini dan pindahkanlah wabak penyakitnya ke daerah Juhfah.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Daripada Abu Bakrah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Ancaman fitnah Dajjal tidak mampu menembusi Madinah. Pada saat itu, madinah memiliki tujuh pintu masuk. Setiap pintu masuk dijaga dua malaikat.”
(Riwayat Bukhari)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Di lembah-lembah Madinah ada para malaikat, sehingga wabak taun dan Dajjal tidak akan masuk ke dalamnya.”
(Riwayat al-Bukhari)
Hadis-hadis ini menunjukkan banyak kelebihan kota Madinah yang kita perlu ketahui. Antaranya, wabak taun dan Dajjal dihalang daripada memasuki Madinah, mendapat doa rezeki daripada Rasulullah SAW dan Baginda SAW juga memohon supaya demam atau penyakit dipindahkan ke Juhfah.
Selain itu, Nabi Muhammad SAW mencela golongan yang melakukan tipu muslihat atau mengancam keamanan penduduk Madinah. Ancaman kepada golongan yang melakukan kejahatan di Madinah dapat dilihat melalui beberapa hadis. Daripada Ali RA dia berkata:
“Kami tidak mempunyai apa-apa kecuali Kitab Allah dan Sahifah Nabi yang berisi: baru di dalamnya, atau memberikan perlindungan bagi pembuat ajaran baru itu, maka dia berhak menerima laknat Allah, laknat para malaikat dan laknat semua orang. Selain itu, orang itu tidak akan diterima taubat dan fidyahnya.”
(Riwayat al-Bukhari)
Diriwayatkan daripada Aisyah binti Sa’ad bin Abi Waqash dalam Sahih Bukhari, Rasulullah SAW bersabda:
“Tidaklah seseorang membuat muslihat dan tipu daya terhadap penduduk Madinah melainkan dia akan mencair seperti cairnya garam di dalam air.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Ancaman Rasulullah SAW dan laknat Allah SWT terhadap sesiapa yang melakukan kejahatan di Madinah menunjukkan bahawa betapa besarnya dosa perbuatan tersebut. Berdasarkan hadis-hadis di atas, kita dapat lihat bahawa kota Madinah mempunyai pelbagai keutamaan yang perlu kita jaga sebaiknya sebagai umat Islam.
Tahun demi tahun, kota suci ini sentiasa dikunjungi oleh umat Islam di seluruh dunia. Selain daripada Masjid Nabawi dan Masjid Quba’, banyak tempat bersejarah di Madinah yang boleh diziarahi seperti Masjid ad-Dira, Masjid Ijabah Telaga Salman, Telaga Ghars, Jabal Aswad dan banyak lagi. Madini Travel & Tours akan membawa anda ke tempat-tempat tersebut melalui Pakej Umrah Nurani. Tunggu apa lagi? Segera hubungi kami untuk tempahan dan maklumat lanjut! Banyak kelebihan umrah bersama dengan Madini Travel sedang menanti anda!
Assalamualaikum.
Tekan untuk hubungi pegawai kami