SEJARAH MASJID NABAWI

Masjid Nabawi adalah salah satu daripada tiga masjid utama dalam agama Islam. Nabi Muhammad SAW telah berhijrah ke Madinah dan singgah ke perkampungan bani Amru bin Auf. Selama 14 hari Baginda SAW menetap di perkampungan tersebut, Baginda SAW selalu menunaikan solat apabila telah masuk waktu solat. Kemudian, para sahabat diperintahkan oleh Nabi Muhammad SAW agar membina sebuah masjid dan menghantar utusan kepada bani Najjar. Sabda Rasulullah SAW: 

“Wahai bani Najjar! Tentukan harga kebun kamu ini.” 

Mereka menjawab: “Tidak! Demi Allah! Kami tidak akan menjualnya kecuali kepada Allah SWT.”

Masjid Nabawi dibina di atas tapak bertepatan dengan tempat unta Rasulullah SAW berhenti. Tapak tersebut merupakan tanah yang dimiliki oleh dua orang anak yatim bernama Suhail dan Sahl. Pengeringan kurma juga dilakukan di tapak tersebut. Baginda SAW menawarkan harga tanah itu kepada mereka berdua bagi tujuan pembinaan masjid namun mereka menjawab: 

“Kami berikannya kepada kamu, wahai Rasulullah.”

Walau bagaimanapun, pemberian mereka enggan diterima oleh Baginda SAW kerana Baginda SAW bertegas untuk membeli tapak tersebut. Akhirnya, dengan harga 10 dinar emas yang dibayar menggunakan harta Abu Bakar, tanah tersebut dibeli oleh Rasulullah SAW. Pembinaan masjid segera dilakukan apabila Rasulullah SAW mengajak umat Islam turut serta dalam pembinaan ini. Baginda SAW juga terlibat memindahkan batu-bata sehingga masjid tersebut siap dibina. 

Menurut Syeikh al-Mubarakfuri: Tanah tersebut dibeli oleh Rasulullah SAW dan Baginda sama-sama terlibat dalam usaha membinanya. Baginda SAW juga turut serta mengangkat batu-bata sambil menyebut: 

“Ya Allah! Tiada hidup kecuali kehidupan akhirat. Ampunilah kaum Ansar dan Muhajirah.”

Terdapat pohon-pohon kurma dan Gharqad, kubur kaum Musyrikin serta tinggalan rumah yang usang. Oleh itu, Nabi Muhammad SAW memerintahkan supaya kubur orang Musyrikin dipindahkan, bangunan yang usang dirobohkan dan diratakan, pohon-pohon kurma dan Gharqad ditebang serta menentukan arah kiblat. Pada waktu itu, kiblat adalah menghadap ke Baitulmaqdis. Menurut Nafi’, Abdullah bin Umar bercerita kepadanya: 

“Adalah masjid pada zaman Rasulullah SAW dibina menggunakan bata, atapnya daripada pelepah kurma dan tiangnya daripada batangnya”

Bumbung masjid pada waktu itu adalah daripada pelepah kurma manakala batang tamar digunakan sebagai tiang. Dinding masjid pula adalah daripada bata-bata dan tanah manakala binaan tiang Mihrab adalah daripada susunan batu-batu. Anak-anak batu dan pasir diratakan sebagai lantai masjid dengan tiga pintu masuk. Panjangnya adalah sebanyak 100 hasta dan lebarnya juga adalah lebih kurang sama. Ruang-ruang rumah mula dibina di sekitar masjid setelah selesai pembinaan Masjid Nabawi. Kehidupan Nabi Muhammad SAW adalah amat sederhana. Baginda SAW hanya membina rumah kecil yang dindingnya adalah daripada batu-bata dan beratapkan pelepah dan batang pohon kurma. 

Kini Masjid Nabawi tersergam indah dan berkapasiti besar setelah mengalami perluasan dari semasa ke semasa. Perluasan ini berupaya menampung jemaah yang ramai lebih-lebih lagi semasa bulan Ramadan dan musim haji. 

“Sesiapa yang datang ke masjidku ini hanya mengharapkan kebaikan dengan menuntut ilmu atau mengajarkan ilmu, maka dia berada pada tempat orang yang berjihad fisabilillah dan sesiapa yang datang dengan tujuan selain itu, maka dia seperti seorang lelaki yang hanya melihat kesenangan orang lain.” 

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Madinah al-Munawwarah telah menyaksikan liku-liku perjuangan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dalam menegakkan agama Islam. Berminat untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah di Madinah? Pakej Umrah Nurani kami akan membawa anda menziarahi Telaga Salman, Masjid Ijabah, Masjid ad-dira, Jabal Aswad dan banyak lagi lokasi menarik yang anda perlu tahu. Tunggu apa lagi? Segera hubungi kami untuk tempahan!

Madini Travel & Tours Sdn Bhd 
(1175306-D) (KPK 8370)
73-B, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Emel : hi@madinitravel.com
cross linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram