fbpx

Masjid Hassan 2: ‘Rumah’ Allah di atas laut

Fenomena masjid dengan binaan yang menakjubkan serta hiasan yang memukau seolah-olah menjadi ‘trend’ mutakhir ini.Bukan sahaja di luar negara,malah di dalam negara kita sendiri binaan masjid yang tersergam indah sangat banyak, contoh nya Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin / Masjid Besi dan lain-lain juga mempersembahkan ukiran dan bahan binaan yang sangat mengagumkan. Pada kali ini, admin nak berkongsi sedikit tentang sebuah masjid yang pasti mem’buntang’kan mata sang pemerhati.Admin jamin masjid ini pasti menghadiahkan senyuman yang lebar dan kepuasan yang maksima kepada ‘geng-instafamous’ jika mereka mengambil gambar dan ‘post’ di laman Instagram mereka. Jom kita layan.

Masjid Hassan 2 terletak di  Bd Sidi Mohammed Ben Abdallah Casablanca,Maghribi.Masjid yang berkeluasan 9 hektar ini mampu memuatkan 105,000 jemaah dalam satu masa di mana 25,000 di dalam masjid dan selebih nya di luar pengkaran masjid.Apa yang menarik tentang masjid ke 5 terbesar di dunia ini adalah seni bina yang halus dan dihiasi dengan marmar yang berkilauan. Disaluti dengan warna zamrud dan biru kristal, serta berbumbungkan atap hijau yang sangat mendamaikan. Selain itu,bahan binaan juga diperbuat daripada granit,kayu, marmar dan pelbagai bahan lain yang diguna pakai dari dalam negara Morocco sendiri kecuali tiang granit putih dan lampu kristal yang didatangkan khas dari Itali.Sangat menakjubkan! Ditambah pula dengan kedudukan masjid yang sangat strategik iaitu dibina di atas pantai yang menghadap ke lautan Atlantik.

Apa lagi yang menarik tentang masjid paling terbesar di benua Afrika ini? Semestinya menara masjid yang paling tertinggi di dunia yang berketinggian 689 kaki.tinggi bukan? Jika ada yang berargumentasi dengan mengatakan Makkah Royal Clock Tower paling tertinggi di dunia dengan ketinggian 2437.66 kaki, ya memang benar tetapi menara tersebut adalah menara jam dan bukan menara masjid.Apa lagi fakta yang menarik tentang menara masjid ini adalah menara ini dilengkapi dengan cahaya laser bewarna hijau yang akan menyuluh kearah kaabah pada waktu malam yang berkedudukan 6,191.1 km dari bandar Casablanca.Fakta yang menarik lagi tentang menara ini, anda akan dapat melihat ketinggian menara masjid itu sehingga hujung bandar Casablanca iaitu di jalan Hay Inara yang terletak di pinggir bandar Casablanca.Menarik bukan?

Masjid yang siap dibina pada ogos 1993 itu memiliki binaan dan ukiran yang mengagumkan baik di luar atau di dalam masjid.Hampir setiap hari masjid itu dipenuhi dengan kedatangan pelancong dari luar negara yang terdiri dari pelbagai agama dan bangsa semata-mata untuk melihat keajaiban binaan masjid itu.Dipercayai juga bahawa seni bina masjid itu terkesan dengan budaya Arab, Andalusia dan Moorish sehingga kan pengunjung yang menziarahi masjid itu akan mengatakan persamaan senibina masjid itu seakan-akan sama dengan masjid di Great Mosque of Córdoba iaitu di Sepanyol.Ukiran kayu di dalam masjid itu juga mempunyai keunikan tersendiri kerana diukir khas oleh pekerja-pekerja dari bumi Maghribi sendiri.

Semestinya lawatan dan ziarah ke masjid ini memberi makna yang besar terhadap pengunjung yang bertandang ke situ.Tertarik dengan keajaiban masjid dan sejarah bumi Maghribi ini? Mungkin anda boleh usulkan kepada kami dengan cadangan pakej ke bumi Maghribi ini untuk kebaikan dan kepuasan anda juga.

 

Oleh : Nawal Nadzri

Dikuasakan oleh Madini Travel & Tours Sdn Bhd.