ZIARAH RARE

Banyak pakej umrah di Malaysia yang menawarkan aktiviti ziarah ke tempat-tempat bersejarah dalam Islam. Kebiasaannya, para jemaah akan menziarahi Masjid Quba, Taif, Jabal Rahmah dan sebagainya. Terdapat beberapa tempat bersejarah yang jarang dikunjungi di Madinah oleh jemaah umrah seperti:

1. MASJID FASAH

Masjid ini terletak di penjuru sebuah gua di Gunung Uhud. Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW menunaikan solat zuhur di situ selepas Perang Uhud. Ibnu Hisyam meriwayatkan daripada Umar, bekas hamba milik Ghufra bahawa Nabi Muhammad SAW menunaikan solat zuhur di tempat tersebut setelah Perang Uhud selesai dalam keadaan duduk kerana kecederaan yang dialami Rasulullah SAW. Kaum Muslimin juga solat dalam keadaan duduk di belakang Baginda SAW. Umar Abdul Aziz telah membina masjid ini semasa beliau menyandang jawatan sebagai gabenor Madinah. Walau bagaimanapun, dinding masjid ini mula roboh dan hanya sebahagian daripada dinding sebelah selatan, timur dan barat yang tinggal. Dinding yang paling tinggi adalah dinding di bahagian selatan. Bangunan masjid yang ada pada waktu ini merupakan peninggalan yang diubah suai dan dibina semula oleh khalifah Uthmani. 

2. KUBU KAAB BIN ASYRAF

Kaab bin al-Asyraf adalah seorang penyair Yahudi warga Madinah yang tinggal dikubunya. Di sekeliling kubu Kaab asalnya adalah ladang kurma milik Kaab. Hal ini menjadikannya seorang yang masyhur dengan ladang kurma. Dia juga adalah musuh umat Islam yang menentang Nabi Muhammad SAW dan menginginkan Baginda SAW serta seluruh umat Islam di bunuh. Kaab menulis dan menggunakan perkataan-perkataan yang tidak elok dalam syairnya. Penulisan syair mempunyai pengaruh yang kuat pada zaman tersebut. Oleh sebab itu, Nabi Muhammad SAW bertanya kepada para sahabat “Siapakah yang mahu menangani Kaab bin al-Asyraf kerana dia sungguh telah mengganggu Allah dan Rasul-Nya?” Muhammad bin Maslamah telah menawarkan diri untuk membunuh Kaab dengan menggunakan tipu helah. 

Maka, Muhammad bin Maslamah dibantu dengan Abu Nailah menemui Kaab dan mengadu kononnya Rasulullah SAW meminta sedekah daripadanya tetapi dia tidak berkemampuan. Muhammad bin Maslamah meminta Kaab agar meminjamkannya kurma namun Kaab telah meminta supaya memberikan wanita-wanita sebagai pertukaran. Muhammad bin Maslamah mencadangkan kepada Kaab untuk memberikan senjata-senjata sebagai ganti dan Kaab pun bersetuju. Mereka telah bertemu pada suatu hari untuk penyerahan senjata-senjata tersebut. Pada hari tersebut, Kaab Muhammad bin Maslamah dan kawan-kawannya membawa Kaab bin al-Asyraf berjalan jauh dari kubunya. Beliau turut memuji minyak wangi yang dipakai Kaab dan berpura-pura ingin mencium wangian di kepalanya. Muhammad bin Maslamah memegang kedua-dua tangan Kaab kebelakang dan menyuruh rakan-rakannya agar mencium wangian tersebut. Pada waktu itulah mereka membunuh Kaab bin al-Asyraf. 

3. TELAGA GHARAS

Telaga ini asalnya adalah milik seorang pemuda bernama Saad bin Khaisamah. Semasa tiba di perkampungan Quba’, Nabi Muhammad SAW telah menjadikan rumahnya sebagai rumah tamu. Rasulullah SAW dikatakan sering minum air dan mengambil wuduk daripada Telaga Gharas. Terdapat satu hadis yang berstatus lemah bahawa Nabi Muhammad SAW menyatakan: 

“Jika aku meninggal dunia kelak, mandikan aku dengan tujuh bekas air dari telagaku, iaitu telaga Ghars (sebuah telaga di Madinah).”

Riwayat Ibn Majah dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da‘ifah no. 1237

Ziarah Rare adalah keistimewaan Pakej Umrah Nurani dan Maulid yang ditawarkan oleh Madini Travel & Tours. Selain daripada tiga tempat di atas, anda berpeluang untuk menziarahi Masjid Bani Hunaif, Telaga Iziq, Telaga Salman, Jabal Rahmah dan banyak lagi. Pakej-pakej ini juga dilengkapi dengan pengisian bermodul yang kondusif. Cepat hubungi kami untuk maklumat lanjut!

Madini Travel & Tours Sdn Bhd 
(1175306-D) (KPK 8370)
73-B, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Emel : hi@madinitravel.com
cross linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram