MASJID QUBA'

Apakah masjid pertama dan tertua di dunia? Antara kebarangkalian jawapan yang mungkin diberikan ialah Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Masjid Quba’ merupakan masjid pertama dan tertua yang dibina oleh Nabi Muhammad SAW di Madinah. Sejarah pembinaan Masjid Quba’ adalah amat penting bagi umat Islam kerana ia berkait dengan peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat dari Mekah ke Madinah. Masjid ini dibina atas dasar ketakwaan kepada Allah SWT seperti yang ditegaskan Allah SWT dalam al-Quran:

“Jangan engkau solat di masjid itu selama-lamanya (masjid yang dibina oleh orang munafik), kerana sesungguhnya masjid yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau solat padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (menyucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).” 

(Surah at-Taubah: 108)

Nabi Muhammad SAW telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk berhijrah disebabkan peningkatan jumlah penganiayaan orang Quraisy. Semasa perjalanan hijrah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat ke Madinah, Rasulullah SAW singgah di Quba’ yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Madinah (pada waktu itu Quba’ belum termasuk dalam sempadan Kota Madinah). Saidina Ammar RA telah mengusulkan agar membangunkan sebuah tempat yang boleh digunakan oleh Rasulullah SAW berehat pada siang hari serta tempat menunaikan solat untuk Baginda SAW dan para sahabat. Cadangan Ammar RA telah dipersetujui oleh Nabi Muhammad SAW dan sahabat yang lain. Rasulullah SAW turut bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja-kerja pembinaan masjid ini bersama-sama para sahabat serta orang-orang Muhajirin dan Ansar. Baginda SAW dan para sahabat telah menunaikan solat secara terang-terangan buat kali pertama di masjid ini. Hal ini kerana, umat Islam tidak dapat melakukan ibadah dan dakwah secara terbuka sebelum penghijrahan berlaku atas faktor keselamatan. Asy-Syammus binti Nu’man pernah berkata tentang pembinaan masjid ini: 

“Aku melihat Rasulullah SAW ketika Baginda datang dan singgah di tempat ini (Quba’), lalu Baginda mendirikan Masjid Quba’. Aku melihat Baginda mengangkat batu sehingga Baginda kelihatan berjalan senget atau miring (kerana penat dan berat), dan aku melihat kesan tanah yang berwarna putih pada perut dan pusat Baginda. Maka datanglah salah seorang daripada sahabatnya lalu berkata: “Demi ayah dan ibuku wahai Rasulullah! Berikan kepadaku batu itu, biar aku ringankan bebanmu.” Baginda bersabda: “Tidak, ambillah batu yang lain” hingga Baginda ikut bersemangat membinanya. Baginda bersabda: “Sesungguhnya Malaikat Jibril menuju ke Kaabah untuk meluruskan kiblat masjid.” 

(Diriwayatkan oleh at-Thabrani)

Ibnu Umar sentiasa mengunjungi Masjid Quba’ pada setiap hari Sabtu kerana ingin mencontohi perbuatan Nabi Muhammad SAW sekaligus menunjukkan keutamaan masjid ini. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar, dia berkata: 

“Adalah Nabi Muhammad SAW mengunjungi Masjid Quba’ setiap hari Sabtu, kadang-kadang dengan berjalan kaki dan kadang-kadang dengan menunggang kenderaan.” 

(Riwayat Bukhari)

Selain itu, Sahl Ibn Junaif RA meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: 

“Sesiapa yang bersuci di rumahnya, dan datang ke Masjid Quba’ kemudian solat, maka pahalanya seumpama mengerjakan umrah.”

Riwayat Ibn Majah (1412) 

Jelaslah bahawa Masjid Quba’ juga adalah salah satu masjid yang diutamakan oleh Nabi Muhammad SAW. Kini, masjid ini tersergam indah setelah mengalami perluasan dari semasa ke semasa. Umat Islam dari seluruh dunia juga akan berkunjung ke Masjid Quba’ sama ada sebelum atau selepas menunaikan umrah dan haji. Teringin nak pergi umrah dan ziarah ke tempat-tempat bersejarah di Mekah dan Madinah? Madini Travel & Tours menawarkan pakej-pakej umrah yang dilengkapi dengan aktiviti ziarah. Anda berpeluang menziarahi Masjid Ijabah, Telaga Iziq, Telaga Salman, Telaga Gharas, Jabal Aswad dan banyak lagi dengan Pakej Umrah Nurani. Pakej-pakej lain seperti Pakej Umrah Seerah dan Maulid juga menanti anda. Tunggu apa lagi? Hubungi kami dan daftar segera!

Madini Travel & Tours Sdn Bhd 
(1175306-D) (KPK 8370)
73-B, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Emel : hi@madinitravel.com
cross linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram