Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre
Penasihat Madini Travel & Tours Sdn. Bhd.
BARU
PAKEJ AQSA JORDAN 2023

Menelusuri kisah kiblat pertama umat Islam

Menguruskan lebih 1,000 pelancong sejak 2016.
Terus scroll ke bawah
Ustaz Zul Ramli M Razali
Penasihat & Duta Rasmi The Umrah

Menghayati Kisah Para Anbiya

قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِى ٱلسَّمَآءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةًۭ تَرْضَىٰهَا ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُۥ ۗ وَإِنَّ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَـٰبَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ
Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.

(Al-Baqarah 144)
Orang-orang Yahudi merasa gembira kerana Baitul Muqaddis merupakan kiblat mereka. Selama berkiblat ke Baitul Muqaddis ini orang-orang Yahudi selalu mencaci maki Rasulullah s.a.w. Mereka berkata: “Muhammad menyanggah agama kita tetapi berkiblat kepada kiblat kita!” Dan masih banyak lagi kutukan dan pelekehan mereka yang lain.

Umat Islam telah diduga dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w dan Baginda s.a.w menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah.

Sikap orang-orang Yahudi tersebut membuat Nabi Muhammad s.a.w tidak senang, dan setiap hari Baginda s.a.w berdoa menengadahkan wajah mulianya ke langit dalam keadaan rindu agar Allah menurunkan wahyu dipindahkan kiblat.

Allah Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu dan Allah telah mewahyukan agar Baginda s.a.w mengadap ke Kaabah.

Kebenaran daripada Allah untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah s.a.w yang dikabulkan oleh Allah . Ini kerana Rasulullah s.a.w sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah.

Permintaan Rasulullah s.a.w tersebut telah diperkenankan oleh Allah pada bulan Syaaban dengan turunnya ayat 144 dari surah Al-Baqarah yang mengandungi perintah untuk berpindah daripada menghadap Masjidil al-Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram (Kaabah) di Makkah al-Mukaramah.

Umrah Madini, Kenangan Bersama

Bimbingan Jemaah

Anda kali pertama? Alhamdulillah, para pegawai kami akan membantu anda sebelum penerbangan sehingga pulang. Mutawwif akan membimbing anda
sepanjang berada di tanah suci.

Penerbangan Terus

Penerbangan terus tanpa transit. Perjalanan yang lebih menjimatkan masa dan tenaga. Syarikat penerbangan MAS, Saudi Airlines dan Air Asia X menjadi pilihan kami.
*Penerbangan adalah bergantung kepada ketersediaan.

Hotel dekat & selesa

Hotel yang dekat menjadi faktor utama demi memastikan keselesaan jemaah terjamin dan seronok untuk sentiasa beribadah dengan senang. Tambahan pula, kedai-kedai atau tempat makan sangat dekat dengan hotel.
*Bilik hotel yang dipamerkan adalah jenis bilik standard Safwah Dar Eiman & Pullman Zam-zam

Ziarah di Mekah & Madinah

Selain Ibadah Umrah yang khusus, para jemaah akan dibawa menziarahi ke tempat-tempat penting yang kaya dengan sejarah dan ibrah.
*2 kali ziarah Mekah dan 2 Kali ziarah Madinah.
DAFTAR SEKARANG

Kelebihan Umrah Bersama Madini Travel

Eksklusif bersama Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre & Ustaz Zul Ramli M Razali

Solat Jumaat
di Masjidil Aqsa

PERCUMA 
Set Bagasi Eksklusif
Madini Travel

PERCUMA 
Makan Fullboard

PERCUMA 
Visa Setiap Negara

PERCUMA 
Takaful / Insurans Perjalanan

ISTIMEWA
Ziarah Lebih 10 Maqam Anbiya

DAFTAR SEKARANG

Kelebihan Umrah Madini Travel

Penginapan
Mekah & Madinah

Penerbangan
Terus Ke Jeddah

VISA Tourist

Mutawwif
Berpengalaman

Bas
Eksklusif

Tag Nama

Mekah :
Breakfast
International Buffet

Madinah :
Fullboard Fareast

Kitab Manasik Umrah

Set Bagasi Madini

DAFTAR SEKARANG

Apa Kata Jemaah Kami

Nik Aida Madiha

dari Kota Bahru
"Saya rasa macam best sebab team madini sangat membantu mudahkan perjalanan Umrah saya pada kalini. Dari sebelum pergi lagi."

Maisarah Othman

dari Sungai Besar
"Ini kali pertama saya Umrah. Selain Umrah, tempat ziarah yang dibawa juga sangat best. Mutawif pun banyak bercerita."

Faizal Yusop

dari Gombak
"Kami dapat menunaikan ibadah dengan tenang dan selesa. Pegawai pengurusan berpengalaman cekap dan teratur. Sebarang urusan dan masalah ditangani dengan segera."
"Umrah adalah kepasrahan hati kepada Allah, seorang hamba bergegas melepaskan rindu teragung pada panggilan Rabbnya, mengunjungi rumahNya dan menyerahkan diri sepenuhnya padanya dengan keasyikan cinta."
Ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofre
Penasihat Madini Travel & Tours Sdn Bhd.

Jemaah yang telah bersama Madini

Pilihan Pakej Umrah Ziarah

Maklumat Pakej

Pakej Termasuk
Tiket Penerbangan Pergi Dan Balik (Kelas Ekonomi)
Pengangkutan Berhawa Dingin
Penginapan Hotel di Jordan & Jerusalem
Tiket Masuk Ke Tempat Lawatan Seperti Dinyatakan Dalam Itinerari
Semua Visa & Cukai Kemasukan ke Jordan & Jerusalem
Tipping Untuk Pemandu Pelancong & Pemandu
Makan Fullboard (Sarapan, Makan Tengahari & Makan Malam)
Pakej Tidak Termasuk
Perbelanjaan Peribadi & Membeli Belah

Info Penerbangan

Harga Pakej

DAFTAR SEKARANG

Aktiviti Program

Hari 1 : D
AMMAN AIRPORT – AMMAN HOTEL
Setibanya di lapangan terbang Amman, anda akan disambut oleh wakil syarikat yang akan membantu semua urusan berkaitan disana. Kemudian anda akan dibawa menuju ke bandar Amman untuk proses pendaftaran masuk hotel dan bermalam disana.


Hari 2 : B | L | D
ALLENBY BRIDGE – JERICHO – MAQAM NABI MUSA – JERUSALEM HOTEL
Selepas sarapan pagi di hotel, anda akan dibawa menuju ke sempadan antara Jordan & Palestin ALLENBY BRIDGE / KING HUSSIEN BRIDGE – proses imigresen di kedua - dua negara. Seterusnya anda akan dibawa melawat bandar tertua di dunia iaitu BANDAR JERICHO @ ARIHA. Makan tengahari disini. Kemudian anda akan dibawa ke pusat cenderahati di bandar tersebut. Dalam perjalanan ke Masjid Al-Aqsa, anda akan dibawa menziarahi Maqam Nabi Musa A.S., lokasi tersebut adalah di antara ijitihad Salehuddin al-Ayubi ( diantara pergunungan merah ). Seterusnya anda akan dibawa menuju ke Kota Baitulmaqdis di Jerusalem. Pendaftaran hotel untuk bermalam. Makan malam di hotel dan bermalam.


Hari 3 : B | L | D
AL-AQSA COMPLEX FULL TOUR ( DOME OF THE ROCK – QIBLI MOSQUE – MARWANI MOSQUE – OLD AQSA – BURAQ MOSQUE – OMAR MOSQUE ) - OLD CITY WALKING TOUR – FRIDAY PRAYER – JERUSALEM HOTEL
Selepas solat subuh di Masjid Al-Aqsa, anda akan pulang ke hotel untuk bersarapan pagi. Setelah selesai anda akan dibawa kembali untuk ziarah seluruh kawasan kota lama dan kawasan Masjid Al-Aqsa ( berpakaian untuk solat Jumaat ). Kompleks masjid ini terdiri daripada 5 buah masjid utama. 2 diatas tanah iaitu masjid Qibli ( berkubah kelabu ) dan masjid Kubah Emas ( Dome of the Rock), 3 buah lagi berada di bahagian bawah masjid iaitu :
1. Masjid Aqsa Lama
2. Masjid Marwani
3. Masjid Buraq

Anda juga akan dibawa melawat kawasan kota lama yang terdiri daripada 4 perkampungan utama iaitu :
1. Perkampungan Muslim
2. Perkampungan Kristian
3. Perkampungan Armenian
4. Perkampungan Yahudi

Selesai berziarah anda akan dibawa untuk solat Jumaat beramai – ramai . Bagi kaum hawa, kawasan diperuntukan bermula daripada Masjid Kubah Emas dan ke bawah. Bagi kaum lelaki bermula di hadapan Masjid Kubah Emas serta baki 4 masjid sebelum ini. Selesai solat, anda boleh menjamu makan tengahari di hotel. Aktiviti selepas solat Jumaat sehingga Maghrib adalah secara free & easy. Solat Maghrib dan Isyak di Masjid Al-Aqsa serta makan malam di hotel dan bermalam.

Hari 4 : B | L | D
MAQAM NABI DAUD - HEBRON – MAQAM NABI IBRAHIM & KELUARGA – BETHLEHEM – JERUSALEM HOTEL
Selepas solat subuh di masjid dan sarapan pagi di hotel anda akan menziarahi Maqam Nabi Daud A.S. di Jerusalem dan bergerak ke daerah Hebron. Tempat ini mahsyur kerana disana terletaknya Maqam Nabi Allah Ibrahim A.S., isteri Baginda A.S. serta ahli keluarga Baginda A.S. Anda akan bergerak ke kota paling suci bagi masyarakat yang menganuti agama Kristian iaitu Kota Bethlehem kerana di sini merupakan tempat tinggalan sejarah Nabi Isa A.S. Selepas makan tengahari, anda akan pulang ke Kota Jerusalem. Anda akan solat Maghrib dan Isyak di Masjid Al-Aqsa serta makan malam di hotel dan bermalam.

Hari 5 : B | L | D
MOUNT OF OLIVES – SALMAN AL FARISI – RABEAH ADAWEYAH – JAFFA CITY – MAHMOUDIYA MOSQUE – JERUSALEM HOTEL
Solat subuh di masjid dan sarapan pagi di hotel. Anda akan melawat Bukit Zaitun. Dinamakan sebegitu kerana di lereng-lereng bukit ini terdapat banyak pokok zaitun. Di sini juga terdapat perkuburan lama. Pemandangan yang menarik berlatar belakangkan Masjid Al-Aqsa. Selepas itu, anda akan menziarahi Maqam Salman al-Farisi dan Maqam Rabiatul Adawiyah yang terletak di kawasan berkenaan. Anda akan bergerak ke Bandar Jaffa @ dikenali sebagai Yaffa. Dulunya merupakan pelabuhan utama bagi masyarakat Palestin sebelum di rampas oleh Yahudi. Menziarahi satu-satunya masjid yang masih wujud di kota tersebut ( Masjid Mahmoudiya ) dan makan tengahari di restoran. Selepas itu anda bergerak pulang ke Kota Jerusalem, dan Solat Maghrib dan Isyak di Masjid Al-Aqsa serta makan malam di hotel dan bermalam.

Hari 6 : B | L | D
TIBERIAS LAKE – NORTH BORDER – MAQAM ABU UBAIDAH AL-JARRAH – MAQAM NABI YUSHA’ BIN NUN – AMMAN HOTEL
Solat subuh di masjid dan sarapan pagi di hotel. Bergerak ke bahagian utara Palestin dan melawat Tasek Tiberias dan makan tengahari. Selepas itu, bergerak ke sempadan di bahagian utara ( Syeikh Hussien Border ) untuk urusan sempadan dan menziarahi maqam sahabat Rasullah S.A.W iaitu Abu Ubaidah Al-Jarrah yang diberi gelaran sebagai Aminul Ummah ( Pemegang Amanah Umat Islam ) Maqam ini juga merupakan maqam sahabat yang terbesar di Jordan. Dalam perjalan ke bandar Amman anda akan menziarahi Maqam Nabi Yusha’ bin Nun. Anda akan daftar masuk dan bermalam di hotel di Amman.

Hari 7 : B | L | D
ABDURRAHMAN BIN AUF – BILAL BIN RABAH – DEAD SEA – PROPHET SYUAIB – AMMAN HOTEL
(Jika sempat, anda akan melawat Pusat Bandar Amman)
Sarapan pagi di hotel. Selepas itu, ziarah Maqam Abdurrahman bin Auf dan Bilal bin Rabah di bandar Amman. Anda akan melawat kawasan yang terendah di dunia iaitu sekitar 400 meter di bawah paras laut, kawasan yang kering. Airnya terlalu masin dan badan anda akan terapung dipermukaan air. Kawasan ini juga terkenal dengan produk kecantikan yang diperbuat daripada lumpur dan air di sini. Anda akan makan tengahari di sini dan kembali ke bandar Amman serta melawat bandar lama Amman dan panorama sekitar bandar Amman. Selepas itu, anda pulang ke hotel untuk makan malam dan bermalam.

Hari 8 : B
ASHABUL KAHFI – AMMAN AIRPORT (B)
Sarapan pagi di hotel dan menziarahi gua yang kisahnya disebut didalam Al-Quran iaitu Gua Ashabul Kahfi . Gua ini merupakan suatu kisah mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian. Selepas itu, anda akan bergerak ke lapangan terbang Amman dan bermula proses daftar masuk dan berlepas ke Malaysia.

Sertai Ibadah Umrah Madini

DAFTAR SEKARANG

HUBUNGI KAMI

Madini Travel & Tours Sdn Bhd 
(1175306-D) (KPK 8370)
73-B, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Emel : hi@madinitravel.com
crossarrow-down-circle
×

Assalamualaikum.
Tekan untuk hubungi pegawai kami

× Whatsapp
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram