Izinkan kami menyantuni anda sekeluarga untuk ke Tanah Suci.
Terus scroll ke bawah
وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّه
Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah
(Al-Baqarah 196).
Memaknai Ibadah Umrah
Umrah (ﻋﻤﺮﻩ) ialah menziarahi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa'i dan bertahallul mengikut tertib.
Ibadah umrah bukanlah ibadah biasa tapi hakikatnya ia adalah perjalanan ruhani seorang hamba menuju Sang Khaliknya.
Ketika seorang hamba thawaf mengelilingi Ka’bah, sholat di Masjidil Haram dan berdoa di Multazam terasa benar ALLAH itu begitu dekat, kedamaian dan ketenangan, serta segenap perasaan bahagia yang tidak bisa dijelaskan oleh kata-kata.
Iniah pengalaman ruhani yang tidak mungkin terlupakan. Dan, pengalaman ruhani dengan rasa kemanisan ibadah inilah yang harus kita cari dan usahakan. Semoga ia membenih di dalam hati lalu tumbuh mekar pohon Cinta Ilahi di dalam jiwa. Lalu, lahir rasa rindu untuk bertemu dan menatap wajahNya
Umrahistimewa, teristimewa
Bimbingan Jemaah
Anda kali pertama? Alhamdulillah. Para pegawai kami akan bantu membuat persediaan sebelum keberangkatan lagi. Mutawif juga bakal membimbing sepanjang berada di tanah suci. Jika musykil tanya terus ustaz.
Penerbangan Terus
Tebang terus tanpa transit. Lebih menjimatkan masa dan tenaga. Malaysia Airlines atau Saudi Airlines. Kelas ekonomi. Nak naik taraf pun boleh jika ada kerusinya.
*Penerbangan adalah bergantung kepada ketersediaan.
Hotel dekat dan selesa
Ianya sangat membantu untuk catat rekod 5 waktu solat jemaah di Masjid. Usai solat boleh berehat untuk mengecas tenaga beribadah atau aktiviti di waktu seterusnya. Seronok berjalan kaki sekitar masjid ni. Lihat macam-macam orang dan boleh muhasabah diri.
*Bilik hotel yang dipamerkan adalah jenis bilik standard Safwah & Nozol untuk pakej Seerah sahaja.
Aturan Pasca-Covid
Kami akan memastikan segala dokumentasi baik di Malaysia mahupun di Saudi dipatuhi. Ujian PCR, Sijil vaksin, Al-Muqeem, VISA, Home Quarantine, Apps Tawakkalna/Eatmarna dan lain-lain. Kami perlukan kerjasama jemaah sahaja untuk patuh SOP.
"Saya rasa macam best sebab team madini sangat membantu mudahkan perjalanan Umrah saya pada kalini. Dari sebelum pergi lagi."
Maisarah Othman
dari Sungai Besar
"Ini kali pertama saya Umrah. Selain Umrah, tempat ziarah yang dibawa juga sangat best. Mutawif pun banyak bercerita."
Faizal Yusop
dari Gombak
"Kami dapat menunaikan ibadah dengan tenang dan selesa. Pegawai pengurusan berpengalaman cekap dan teratur. Sebarang urusan dan masalah ditangani dengan segera."
"Umrah adalah kepasrahan hati kepada Allah, seorang hamba bergegas melepaskan rindu teragung pada panggilan Rabbnya, mengunjungi rumahNya dan menyerahkan diri sepenuhnya padanya dengan keasyikan cinta."
Ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofre
Penasihat Madini Travel & Tours Sdn Bhd.
Jemaah yang bersama kami
Setakat ini sudah urus tidak banyak lebih kurang 5,000 jemaah. Ada yang berulang kali pergi dengan kami. Group pun kecil-kecil sahaja seperti keluarga.
Pilihan Pakej Umrah
Biasanya harga beza ni adalah tentang jarak hotel dan bintang yang dia miliki. Boleh pilih ikut kemampuan dan keinginan. Contoh jika berkerusi roda, sesuai hotel dekat.