Pantang larang ihram dapat mendidik kita menjadi hamba yang berdisiplin dan peka semasa mengabdikan diri kepada Allah SWT. Ingin rasai perjalanan penyucian jiwa? Jom daftar umrah bersama Madini Travel & Tours. Kami menawarkan pakej-pakej umrah yang menarik dengan harga mampu milik.
Dua wajib umrah yang perlu dilakukan ialah berniat ihram di Miqat dan meninggalkan pantang larang ihram. Jemaah yang sudah berniat ihram diwajibkan agar tidak melakukan pantang larang sehingga umrahnya selesai. Apakah pantang larang umrah? Pantang larang dalam ihram umrah adalah sama dengan pantang larang dalam haji. Secara umumnya, terdapat tiga kategori pantang larang dalam ihram umrah iaitu:
2 LARANGAN YANG DIKHUSUSKAN UNTUK LELAKI
1. Pakai pakaian bersarung, berjahit atau bercantum seperti baju kemeja, seluar, kain pelikat, stoking, kasut yang menutupi jari-jari kaki dan tumit dan lain-lain.
i. Semasa dalam ihram umrah atau haji, lelaki diharuskan melakukan perkara-perkara berikut tanpa wajib membayar dam:
ii. Jika lelaki yang berada dalam ihram umrah tidak sengaja memakai pakaian yang dilarang dalam kategori ini, dia perlu menanggalkannya dengan segera apabila tersedar dan ditegur oleh orang lain. Dia tidak berdosa dan tidak dikenakan dam namun akan berdosa dan dikenakan dam jika melengah-lengahkannya dalam keadaan dia berupaya untuk menanggalkan pakaian tersebut.
iii. Lelaki boleh memakai pakaian yang dilarang dalam kategori ini semasa berada dalam ihram haji atau umrah sekiranya mempunyai keperluan. Dia wajib membayar dam namun tidak berdosa. Contohnya:
2. Tutup kepala atau sebahagiannya seperti mengenakan kopiah, serban, songkok, kain ihram dan lain-lain.
i. Lelaki dalam ihram umrah atau haji diharuskan menggunakan payung, berteduh di bawah pokok atau khemah tanpa wajib membayar dam.
ii. Jika lelaki yang berada dalam ihram umrah tidak sengaja memakai pakaian yang dilarang dalam kategori ini, dia perlu menanggalkannya dengan segera apabila tersedar dan ditegur oleh orang lain. Anda tidak berdosa dan tidak dikenakan dam namun dia berdosa dan dikenakan dam jika melengah-lengahkannya dalam keadaan dia berupaya untuk menanggalkan pakaian tersebut.
LARANGAN YANG DIKHUSUSKAN UNTUK WANITA
1. Tutup muka dan kedua-dua belah tapak tangan (luar & dalam)
i. Jika seorang wanita tidak sengaja atau terlupa menutupi mukanya menggunakan kain tudung, dia mesti menanggalkan kain tersebut daripada mukanya dengan segera apabila teringat atau ditegur. Dia tidak berdosa dan tidak akan dikenakan dam kerana terlupa atau tidak sengaja. Namun begitu, jika dia sengaja melengah-lengkahkannya sedangkan dia dalam keadaan mampu melakukan sedemian maka dia berdosa dan akan dikenakan dam. Begitu juga situasinya dengan kedua-dua belah tapak tangan.
ii. Wanita yang berada dalam ihram umrah atau haji dibenarkan memakai pelitup muka (mask) kerana sesuatu keperluan tetapi dia wajib membayar dam namun tidak berdosa.
iii. Wanita boleh menutup muka dan hidung dengan tangan bagi mengelakkan habuk daripada masuk ke dalam hidung dan mulut semasa berada dalam ihram tanpa perlu membayar dam.
iv. Lelaki dibolehkan untuk menutup muka semasa dalam ihram umrah kerana larangan ini hanya untuk wanita sahaja.
Kita perlu mematuhi rukun-rukun dan wajib-wajib umrah semasa mengerjakan umrah agar ibadah kita sah dan diterima Allah SWT. Nak tahu keistimewaan umrah bersama Madini? Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre merupakan penasihat kami. Mutawif-mutawif Madini Travel & Tours juga sangat berpengalaman dan terlatih. Daftar segera untuk memperoleh banyak kelebihan dalam pakej umrah kami seperti set bagasi eksklusif, ziarah di Mekah secara percuma dan banyak lagi.