Keutamaan dan kedudukan Mekah disisi Allah SWT dan Rasulullah SAW telah dijelaskan dalam banyak hadis. Salah satunya ialah:
“Demi Allah! Sesungguhnya engkau (Mekah) adalah bumi Allah yang paling baik dan tanah yang paling dicintai Allah, sekiranya aku tidak diusir darimu, nescaya aku tidak akan tinggalkanmu (Mekah).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Ibnu Majah)
Hadis di atas diriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAW merupakan hadis yang paling sahih. Bukan itu sahaja, dalil tentang pendapat yang mengatakan bahawa Mekah ialah tempat paling istimewa dan utama berbanding tempat-tempat lain di dunia juga adalah berdasarkan hadis ini.
Menurut Hasan al-Basri Rahimahullah, puasa sehari di Mekah bersamaan puasa 100 hari, sedekah 1 dirham bersamaan 100,000 dirham dan setiap kebajikan digandakan menjadi 100,000. Penggandaan pahala bagi amalan ini diikuti dengan dua syarat iaitu ikhlas kerana Allah SWT dan sesuai dengan sunnah Nabi Muhammad SAW. Umat Islam juga perlu menjaga tingkah laku daripada melakukan perkara-perkara maksiat semasa di Mekah kerana dosa juga akan dilipatgandakan. Mujahid Rahimahullah mengatakan bahawa, di Mekah, dosa berbuat jahat turut berganda-ganda seperti pahala kebaikan yang berganda-ganda.
Selain itu, Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah pernah ditanya:
“Apakah ada sesuatu dosa yang ditulis lebih daripada satu?”
Dia menjawab: “Tidak ada, kecuali apabila ia dilakukan di Mekah kerana mulia dan istimewanya tempat itu.”
Antara keutamaan Mekah yang lain ialah Allah telah memilih Tanah Suci ini sebagai:
Dilahirkan sebagai Muslim dan menjadi umat Nabi Muhammad SAW ialah nikmat hidup yang paling bermakna. Banyak keistimewaan yang kita kecapi hari ini adalah hasil daripada pengorbanan Baginda SAW. Sekiranya kita mampu untuk ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah atau haji, rebutlah peluang tersebut sebaiknya. Kita boleh menziarahi makam Rasulullah SAW di Madinah serta beribadah sebanyak mungkin di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Kesyukuran ini wajar dizahirkan seikhlas hati semasa berada di Tanah Suci kerana ia adalah perjalanan rabbani yang boleh membentuk kita menjadi manusia yang manusiawi.
Anda menginginkan umrah yang bermakna? Madini Travel menawarkan pakej-pakej umrah yang lengkap dengan ziarah ke Taif, Masjid Quba’ dan beberapa lokasi lain. Hubungi kami untuk info lanjut.