PERBEZAAN UMRAH DAN HAJI

Umrah daripada segi bahasa bermaksud ziarah manakala makna daripada segi istilah ialah tawaf di Baitullah, sa’ie antara Safa dan Marwah serta ihram. Hukum menunaikan umrah menurut pendapat sebahagian ulama adalah wajib atau fardu bagi individu yang belum menunaikannya sementara dia berkemampuan untuk mengerjakannya. Allah SWT telah berfirman:

“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah…”

(Surah al-Baqarah: 196) 

Ini adalah pendapat sahih daripada mazhab Imam Syafie namun sebahagian ulama seperti Imam Malik dan Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa umrah yang pertama itu hukumnya sunat mu’akkad. 

Makna haji daripada segi bahasa ialah menuju atau mengunjungi ke sesuatu tempat. Istilahnya pula bermaksud mengunjungi Baitullah (Kaabah) pada waktu-waktu tertentu iaitu bulan haji (Zulhijjah) serta melaksanakan semua perkara yang wajib bagi ibadah haji. 

Haji ialah rukun Islam yang kelima. Seluruh umat Islam sama ada lelaki atau wanita wajib menunaikan haji sekali seumur hidup bagi yang berkemampuan. Jika kita berpeluang untuk melaksanakan lebih daripada sekali, ibadah tersebut dikira sunat.

Antara firman Allah SWT tentang kewajiban menunaikan ibadah haji ialah: 

“...Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkar kewajiban ibadah haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.”

(Surah Ali-Imran: 97) 

“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji…”

(Surah al-Hajj: 27)

“(Masa untuk mengerjakan ibadah) haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadah haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadah haji..”

(Surah al-Baqarah: 197)

Perkara-perkara yang membezakan umrah dan haji adalah seperti berikut:

1. WAKTU 

  • Ibadah haji hanya dilakukan pada bulan haji sahaja iaitu bermula 1 Syawal hingga terbit fajar 10 Zulhijjah 
  • Umrah tidak mempunyai waktu khusus dan boleh dikerjakan pada bila-bila masa sepanjang tahun. 

2. HUKUM

  • Haji wajib dilakukan sekali seumur hidup bagi semua umat Islam yang berkemampuan
  • Umrah pula adalah sunat untuk dilakukan sekiranya mampu menurut sebahagian pendapat 

3. WUKUF 

  • Jemaah haji perlu berwukuf di Arafah pada hari 9 Zulhijjah, bermalam di Muzdalifah dan Mina serta melontar jamrah. 
  • Jemaah umrah tidak perlu melakukan wukuf, bermalam di Muzdalifah dan Mina serta melontar jamrah seperti yang diwajibkan bagi ibadah haji. 

4. RUKUN 

Rukun haji adalah berbeza dengan rukun umrah iaitu haji mempunyai 6 rukun manakala umrah mempunyai 5 rukun. 

6 Rukun Haji 

  • Niat 
  • Wuquf di Arafah
  • Tawaf di Baitullah 
  • Sa’ie antara Safa dan Warfah
  • Tahallul (Bergunting atau bercukur sekurang-kurangnya 3 helai rambut)
  • Tertib 

5 Rukun Umrah

  • Niat 
  • Tawaf di Baitullah
  • Sai'e
  • Tahallul (Bergunting atau bercukur sekurang-kurangnya 3 helai rambut)
  • Tertib 

5. WAJIB UMRAH DAN HAJI

2 WAJIB UMRAH

  • Niat ihram di Miqat 
  • Meninggalkan larangan semasa ihram

5 WAJIB HAJI 

  • Niat ihram di Miqat 
  • Bermalam di Muzdalifah 
  • Bermalam di Mina
  • Melontar jamrah Ula, Wustha dan Aqabah
  • Meninggalkan larangan semasa ihram 

Kedua-dua ibadah ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang baik terutamanya haji kerana banyak tenaga yang akan digunakan dalam perjalanan rabbani ini. Oleh itu, jalanilah umrah atau haji anda dengan hati yang ikhlas supaya kepenatan beribadah ini adalah penat yang diredai Allah SWT. Abadikan keindahan perjalanan rohani anda bersama-sama Madini Travel & Tours melalui pakej-pakej umrah terkini dengan harga serendah RM10,980. Daftar segera untuk memburu kemanisan beribadah di Tanah Suci dengan Madini Travel!

Madini Travel & Tours Sdn Bhd 
(1175306-D) (KPK 8370)
73-B, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Emel : hi@madinitravel.com
cross
×

Assalamualaikum.
Tekan untuk hubungi pegawai kami

× Whatsapp
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram