PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN TAWAF

Tawaf bermaksud mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan dengan syarat-syaratnya. Setelah niat ihram di Miqat, jemaah akan melakukan tawaf dan berniat seperti berikut: 

“Ya Allah, aku hendak tawaf tujuh pusingan. Maka permudahkanlah ia untukku dan terimalah amalanku kerana Allah.”

Jemaah sentiasa dinasihatkan untuk menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan tawaf kerana tawaf adalah salah satu rukun umrah. Antara perkara-perkara yang boleh membatalkan tawaf ialah: 

1. WUDUK TERBATAL

Jemaah perlu dalam keadaan berwuduk semasa melakukan tawaf. Perkara-perkara yang membatalkan wuduk seperti berhadas kecil dan berhadas besar akan membatalkan tawaf. Semasa menunaikan umrah atau haji, jemaah boleh berpegang dengan satu pendapat dalam mazhab Syafie iaitu wuduk tidak terbatal sekiranya tersentuh kulit antara lelaki dan wanita ajnabi melainkan dengan sengaja dan menimbulkan syahwat. 

2. TERBUKA AURAT DENGAN SENGAJA 

Jemaah perlu menutup aurat seperti dalam solat. Walau bagaimanapun, tawaf tidak akan terbatal jika aurat terbuka secara tidak sengaja. Aurat bagi lelaki adaah antara pusat hingga lutut namun sebagai adab jemaah boleh menutupi bahagian atas anggota badan. Idtiba’ hanya berlaku dalam tawaf yang diiringi dalam Sa’ie sahaja. Aurat wanita pula adalah bahagian bawah dagu, pergelangan tangan, anak rambut di muka serta kawasan telinga dan kaki. Stoking yang dipakai jemaah wanita mestilah tidak nipis dan menampakkan warna kulit. 

3. MENYENTUH KAABAH/KELAMBUNYA/SYAZARWAN

Bangunan Kaabah, kelambu dan Syazarwan tidak boleh disentuh semasa tawaf dilakukan. Syazarwan ialah binaan tembok kecil daripada marmar pada bahagian dinding kaki kaabah. 

4. MENYENTUH ATAU MEMASUKI HIJIR ISMAIL

Jemaah yang menyentuh atau memasuki Hijir Ismail semasa melakukan tawaf juga terbatal tawafnya. 

5. TERPESONG NIAT

Tawaf seseorang akan batal sekiranya dia terpesong niat atau lalai. Contohnya sibuk mencari kawan sehingga terlupa dia sedang melakukan tawaf. 

6. TIDAK YAKIN TUJUH PUSINGAN

Tawaf mesti dilakukan sebanyak tujuh pusingan. Jika tawaf yang dilakukan adalah kurang daripada tujuh kali maka tawafnya akan terbatal. Namun begitu, pusingan tawaf yang terbatal boleh disambung semula di tempat pusingan tawaf yang terbatal. Walau bagaimanapun, lebih afdal sekiranya jemaah mengulang semula pusingan yang terbatal dari Hajarul Aswad. Jemaah hendaklah mengambil bilangan terkecil sekiranya was-was terhadap bilangan pusingan tawaf. Misalnya, jemaah ragu-ragu antara pusingan keempat atau kelima maka ia dikira masih dalam pusingan keempat dan perlu mencukupkan dua pusingan. Jemaah yang melakukan tawaf secara berkumpulan tetap memerlukan keyakinan sendiri dalam menentukan pusingan tawaf meskipun bercanggah dengan ahli kumpulan. 

7. TIDAK CUKUP 7 PUSINGAN TAWAF DAN TERUS SA’IE SERTA BERGUNTING

Jemaah yang tidak lengkap tujuh pusingan tawaf tetapi terus melakukan sa’ie dan bergunting juga terbatal tawafnya. 

Tawaf wada’ pula ialah tawaf yang dilakukan sebelum meninggalkan Mekah setelah selesai semua urusan umrah atau haji. Terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan selepas melakukan tawaf wada’ yang akan menyebabkan tawaf tersebut terbatal. 

Umrah dan haji ialah ibadah yang diwajibkan sekali seumur hidup ke atas umat Islam yang berkemampuan. Oleh itu, setiap ilmu dan hukum yang berkaitan umrah dan haji mestilah difahami sebaik mungkin sebelum bergerak ke Tanah Suci kerana kita tidak tahu sama ada kita masih berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sana lagi. Madini Travel & Tours sentiasa terbuka untuk anda yang merindui ketenangan di Mekah dan Madinah. Harga pakej-pakej umrah yang kami tawarkan adalah terjangkau dan lengkap. Hubungi kami dan rebutlah pakej umrah serendah RM10 980.

Madini Travel & Tours Sdn Bhd 
(1175306-D) (KPK 8370)
73-B, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Emel : hi@madinitravel.com
cross linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram