fbpx

Persediaan Asas Ke Luar Negara

Masyarakat di Malaysia ni amat suka untuk pergi melancong ke luar negara. hal ini kerana masyarakat Malaysia ingin merasakan suasana di negara luar. Namun hal sedemikian, kita juga perlu membuat persediaan jika ingin ke luar negara. Persediaan asas ni lah yang kita selalu ambil ringan sampaikan kita bole menjadi kelam-kabut bila ditimpa sebarang masalah walaupun ianya kecil.

  • ‘settle’ kan semua hutang yang ada

Hutang yang di maksudkan ialah seperti segala bil eletrik, air, talipon dan semua bayaran ansuran bulanan yang telah sampai di tangan kita. Bila dah bayar semua ni baru dapat berjalan tanpa risau fikirkan segala macam bil yang tertunggak.

 

  • Tempah tiket 3 atau 6 bulan awal

Lagi awal lagi bagus sebab kita tak tergesa-gesa dan boleh window shopping tengok harga tiket. tiket flight ni selalu di’update’, lebih baik kalau kita tempah awal sbb kalau tempah awal lagi murah berbanding kita tempah ‘last minute’.

 

  • Bawa adaptor dan plug international. Plug negara luar tak sama dengan dalam negara kita.

sumber : Vocket

Sesetengah handphone dan kamera terutama semasa musim sejuk akan cepat baterinya mati. Kadang-kadang semalaman caj bateri pun sekejap dah tinggal satu bar aje. Bercuti dan tak dapat merakam gambar-gambar kenangan memang menghampakan.

 

  • Book hotel siap-siap sebelum hari anda travel.

Jadi anda boleh survey dari awal hotel mana yang murah, lokasi hotel dekat dengan pengangkutan awam dan kedai makan, atau sebaliknya. Biasanya saya survey dan book di HotelsCombined.com, Agoda.com dan Booking.com.

  • Simpan ubat dalam satu bekas dan labelkan.

Sumber : Siakap Keli

Lekatkan senarai ubat di bekas atau plastik tersebut dan hanya tunjuk jika di tanya pada pegawai imigresen.Ia memudahkan pegawai imigresen memeriksa kerana mereka juga mahu cepat . Selalunya mereka juga akan bertanya samada kita nak declare apa-apa. Tidak perlu sorok apa-apa kerana ia hanya menyebabkan mereka rasa was-was dengan anda.

 

  • Guna simkad negara yang kita lawati kerana ia lebih jimat dari roaming.

Kos roaming sangat mahal dan akan pasti terperanjat bila melihat bill yang sampai walaupun berada di luar negara tak sampai seminggu. Whatssup juga menguntungkan kerana kita boleh buat call dengan percuma. Menurut rakan-rakan saya negara seperti Korea Selatan wifi ada di mana sahaja.

 

  • Perbaharui passport anda di pejabat imigresen jika tempoh sah passport kurang dari 6 bulan.

Jangan renew passport pada saat-saat akhir kerana kadangkala jika tak bernasib baik kita tak dapat nombor atau sistem pengurusan pejabat imigresen tak dapat berfungsi. Nak renew passport sekarang hari sabtu dan ahad pun dah boleh di sesetengah tempat.

 

  • Periksa sama ada negara yang anda bakal pergi memerlukan visa.

Tempoh permohonan visa dan tarikh sah laku juga perlu di lihat sebelum melakukan permohonan. Cetak borang permohonan visa mana-mana negara yang boleh di lakukan secara online. Ambil gambar terbaru jika perlu dan bawa lebih ketika ketika memohon.

 

  •  Datang awal ke lapangan terbang sekurang-kurangnya satu jam sebelum check in.

Kadang-kadang macam-macam boleh berlaku seperti jalan sesak, tak dapat teksi atau kereta rosak sewaktu dalam perjalanan. Rancang pengangkutan yang betul ke lapangan terbang supaya kita tak terkejar-kejar jika ada barang penting yang tertinggal.

 

  • Semak status perjalanan kita dengan imigresen sebelum ke mana-mana.

Kalau ada hutang tertunggak dengan kerajaan cukai seperti cukai pendapatan atau PTPTN semak dulu di laman web imigresen. Ini yang banyak terjadi dekat masyarakat Malaysia apabila mahu keluar negara. Mereka dihalang kerana tidak melangsaikan semua hutang PTPTN.

 

  • Suntikan vaksin

Sesetengah negara perlu suntikan vaksin seperti Hepatitis A, Hepatitis B dan Typhoid. Sebelum berlepas pergi, buat semakan terlebih dahulu di negara tersebut sama ada perlu suntikan vaksin ataupun tidak.

  • Membeli insuran

Jangan berkira untuk melabur RM80 untuk insurans kembara, ini sangat penting dan berguna terutamanya jika berlaku kes kecemasan seperti kemalangan jalan raya ketika berada di luar negara.

 

Semoga apa yang dikongsikan ini dapat membantu.

Dikuasakan oleh Madini Travel & Tours Sdn Bhd.