fbpx

PULAU RAWA: MUTIARA BIRU DI UFUK SELATAN

 

Apabila perkataan pantai atau pulau terbit dari mulut seseorang, maka akan terbayang lah di benak fikiran air laut yang kebiru-biruan ,desiran ombak yang menghempas persisiran serta deruan angin yang sepoi-sepoi bahasa pasti menghadiahkan ketenangan dan kedamaian dalam jiwa sehingga mampu melupakan masalah di tempat kerja untuk seketika.Umum nya negara Malaysia yang terletak di benua Asia Tenggara kaya dengan sumber alam serta khazanah yang belum 100 peratus diterokai.Pastinya khazanah alam yang jarang diterokai itu menyimpan seribu satu keistimewaan yang tiada di benua negara lain.

 

Masyarakat dalam Malaysia dan luar Malaysia khas nya sangat suka akan kedamaian pantai dan pulau.Di Malaysia, negeri yang kaya dengan kecantikan pulau dan pantai semestinya negeri yang terletak di timur semenanjung Malaysia iaitu Terengganu.Kebiasaanya, rakyat Malaysia yang bekerja di ibukota Kuala Lumpur adalah antara pengunjung yang paling ramai melancong ke pulau-pulau untuk bercuti bersama keluarga.Terengganu adalah salah sebuah negeri yang menjadi tumpuan warga ibukota untuk melancong ke sana.tetapi jarak yang agak jauh untuk ke sana kadangkala membantutkan kemahuan untuk mengunjungi negara tersebut.Tetapi, adakah anda mengetahui, di hujung selatan Malaysia juga menyimpan sebuah pulau yang tersorok di sebalik pembangunan yang membangun di negeri Johor.Terletak 350.3 km dari Kuala Lumpur dan mengambil masa 4 jam 36 minit pasti membuahkan kepuasan yang maksima terhadap pengunjung yang hadir ke pulau tersebut.

 

Terletak 16 km dari Mersing, pulai ini kaya dengan memiliki pasir yang putih bersih seolah-olah tidak pernah dijejaki orang.Bahkan air lautnya yang sangat cantik dan bersih memberi nikmat yang mendalam untuk pandangan dan minda dan sangat sesuai untuk merehatkan minda.Tidak keterlaluan untuk penulis mengatakan kehebatan pulau ini setanding dengan kehebatan Pulau Maldives kerana pulau ini dikelilingi oleh laut yang penuh dengan hidupan akuatik.Malah Pulau Rawa Mersing bukan sahaja menawarkan aktiviti seperti snorkeling atau skuba sahaja bahkan menyediakan aktiviti pendakian bukit .Jadi untuk pengunjung yang mengunjungi pulau itu,anda bukan sahaja berpeluang menikmati keindahan laut,bahkan anda boleh menikmati pemandangan menarik di puncak bukit itu lebi-lebih lagi bila tiba waktu matahati terbit di waktu fajar.menarik bukan?

 

Tentu menjadi kegusaran untuk ibu bapa jika membawa anak-anak kecil bersama ketika mengunjungi pulau ini.Jangan risau,kerana pulau ini juga menjanjikan kenangan indah untuk si kecil kerana memiliki slide yang cantik di tepi laut untuk kegunaan dewasa dan juga kanak-kanak.Jadi, inilah masa untuk ibu bapa mengeratkan bonding sesana mereka.

 

Untuk berkunjung ke Pulau Rawa, anda diberi pilihan untuk menggunakan khidmat speedboat atau boat biasa di jeti Mersing.Jika anda sampai pada awal 9 pagi, perkhidmatan speedboat akan disediakan untuk ke Rawa.Namun jika anda terlepas,jangan bimbang kerana ‘trip’ kedua pada pukul 12 tengahari.Manakala boat biasa menghala ke Pulau Rawa adalah pada pukul 10 pagi dan pukul 2 petang.Namun, semuanya tertakluk dengan kondisi air pasang.

Menarik bukan?Ayuh! ajak keluarga dan sahabat handai serta pasangan anda menikmati keindahan Pulau Rawa dan menyertai pelbagai aktiviti yang terdapat di sana.Pastikan kenangan indah tercoret dan tersemat di ingatan anda bersama insan tersayang.

 

Penulis: Nawal Nadzri

 

Dikuasakan oleh Madini Travel & Tours Sdn Bhd.