Umrah adalah salah satu ibadah umat Islam ternanti-nanti untuk mengerjakannya. Di sebalik rukun umrah, terselit juga ibadah lain yang perlu dilakukan semasa masih dalam ihram. 5 Rukun Umrah yang merupakan perkara asas yang mesti ditunaikan oleh orang yang melaksanakan umrah.
Jika tidak ditunaikan sama ada sengaja ataupun tidak maka tidak sah umrah tersebut.
1. Niat ihram umrah
Lafaz niat adalah seperti berikut: “Sahaja aku menunaikan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala”. Maksud ‘berihram dengannya’ ialah mengharamkan dirinya melakukan pantang larang semasa dalam ihram
2. Tawaf umrah
Bermaksud mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali pusingan bermula dari sudut Hajarul Aswad. Terdapat beberapa syarat sah tawaf seperti menutup aurat, suci daripada hadas besar dan kecil.
3. Bersaie
Bersaie bermaksud berjalan anak secara ulang alik di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak 7 kali. Bersaie juga mempunyai syarat sah seperti bermula dari Bukit Safa dan berakhir bukit Marwah.
4. Tahallul (bergunting & bercukur)
Menanggalkan sekurang-kurangnya tiga helai rambut. Disunatkan kepada Jemaah lelaki untuk bercukur. Tahallul hendaklah dilakuakan setelah selesai tawaf dan sa’ie umrah.
5. Tertib
Mengerjakan rukun rukun umrah mengikut tertib.
Jom sama-sama merasai pengalaman mengerjakan umrah bersama Madini Travel.