Umrah adalah salah satu ibadah umat Islam ternanti-nanti untuk mengerjakannya. Sebelum anda ke sana, anda perlu bersiap sedia dengan panduan yang lengkap agar umrah anda menjadi satu ibadah yang diterima Allah SWT.
RUKUN UMRAH ada 5 perkara :
1. Niat Ihram
• Setiap ibadah mesti dimulai dengan niat. Oleh itu jemaah yang ingin melakukan umrah perlulah memasang niat ihram umrah di miqat (sempadan) yang telah ditetapkan. Sebaiknya adalah niat Umrah Bersyarat (khususnya untuk Wanita).
2. Tawaf
• Tawaf bermaksud mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat tertentu. Sekiranya syarat-syaratnya tidak dilaksanakan maka tawaf tersebut tidak sah, dan jika jemaah tersebut terus melakukan sai'e dan bergunting selepas itu, maka sai'e tidak sah dan dia masih lagi dalam ihram.
Niat Tawaf - “Aku berniat tawaf umrah di Kaabah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.”
3. Saie
• Bermaksud berjalan antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak tujuh keliling dengan mengikut syarat-syaratnya. Perjalanan tidak boleh terputus, seperti melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula dengan pintu lain.
4. Bercukur Atau Bergunting
Mencukur atau menggunting sebahagian rambut di kepala selepas selesai saie bagi menandakan telah selesai mengerjakan umrah. Memotong rambut sekurang-kurangnya 3 helai. Adalah afdhal bagi lelaki untuk bercukur.
Bagi yang tiada rambut di kepala, memadai melalukan pisau di kulit kepala.
Bagi wanita, boleh memotong mana-mana bahagian rambut asalkan tidak kurang dari 3 helai.
5. Tertib
• Tertib di sini bererti melakukan rukun secara berurutan satu persatu. Turutannya adalah seperti berikut:
Niat ihram – > Tawaf – > Sai'e – > Bergunting – > Tertib. Apabila selesai semua perkara mengikut urutan, maka selesailah umrah seseorang itu dan terlepaslah ia dari 13 larangan ihram.
InshaAllah mudah-mudahan Umrah bersama Madini Travel akan menjadi satu kenangan terindah buat para DuyufurRahman.