Apakah fullboard (3 kali/hari makan di Mekah & Madinah) ?
Ya. Pakej adalah termasuk makan fullboard ( Asean Buffet ) 3 kali sehari di Mekah & Madinah.
Adakah syarikat menerima bayaran secara ansuran?
Ya. Kami menerima pembayaran secara ansuran. Tetapi pembayaran akhir perlu dilunaskan 45 hari sebelum penerbangan. Deposit pendaftaran hanya RM1000 seorang.
Ada pakej Ziarah Ke Taif? Berapa bayaran tambahan yang
diperlukan?
Ada. Tambahan RM250 seorang untuk ziarah ke Taif.
Apa yang perlu saya lakukan selepas pendaftaran?
Tuan/ Puan perlu mengisi Borang Pendaftaran Umrah dan membuat penyerahan dokumen yang diperlukan 45 hari sebelum
tarikh pelepasan.
Pakej umrah yang lebih dari 12 hari ada?
Ada, kami menawarkan pakej umrah selama 20 hari (Pakej Daurah Haramain).
Bagaimana jika saya ingin naik taraf penerbangan ke
Business Class?
Tambahan RM2500 untuk naik taraf penerbangan ke Business Class MAS manakala penerbangan lain adalah tertakluk kepada harga semasa.
Adakah saya wajib hadir ke pejabat untuk pendaftaran?
Tidak wajib. Tempahan boleh dibuat secara online melalui madinitravel.com atau melalui whatsapp di talian 019-7518669 / 019 7508669 manakala bayaran boleh dibuat secara online melalui akaun syarikat. Dokumentasi boleh dihantar secara pos.
Jika dari Sabah dan Sarawak, adakah harga pakej masih
sama?
Ya, harga pakej masih sama, tetapi kos pengangkutan daripada
Sabah atau Sarawak ke KLIA ditanggung oleh anda.
Bagaimana perjalanan sepanjang di sana? Adakah Ustaz, pembimbing atau mutawif akan ikut bersama?
Mutawif ditugaskan bersama para Jemaah dan membantu serta mempermudahkan urusan sepanjang di tanah suci.
Adakah pakej saya termasuk sekali caj upah porter?
Tidak. Semua pakej yang ditawarkan tidak termasuk upah porter
atau apa sahaja perbelanjaan peribadi anda.