SOUL KE SEOUL

Anda penonton tegar drama Korea? Mesti teringin sangat nak pergi Seoul kan? Seronoknya kalau dapat jalan-jalan dekat Myeongdong atau pakai hanbok macam dalam drama-drama Korea. Kalau anda rancang untuk ke Seoul buat pertama kali dan perlukan panduan, hubungi Madini Travel & Tours untuk dapatkan pakej jalan-jalan ke Korea dengan harga berpatutan. Perjalanan yang menyeronokkan adalah jaminan kami di Madini Travel. Jom tengok tempat-tempat menarik di Korea yang kita boleh pergi!

1. Seoul Central Mosque

Masjid yang terletak di Itaewon ini merupakan masjid terbesar di Korea. Kebanyakan pelancong muslim pasti akan meluangkan masa di Itaewon untuk menikmati makanan halal kerana terdapat Muslim Street di sekitar kawasan masjid. Selain daripada restoran halal, kebanyakan kedai di muslim street turut menjual barangan dapur seperti ayam dan daging yang halal. 

2. Pulau Nami 

Pulau Nami adalah salah satu tempat yang wajib dikunjungi sekiranya anda ke Korea. Selain daripada fenomena drama Korea yang bertajuk Winter Sonata, keindahan semula jadi Pulau Nami memang tidak dapat dinafikan lagi. Pulau yang terletak di daerah Chuncheon ini adalah pulau kecil yang terletak di sebatang sungai dan berbentuk bulan. Kecantikan Pulau Nami adalah berbeza mengikut setiap perubahan musim. Bunga-bunga yang mekar semasa musim bunga menjadikan panorama di Pulau Nami amat indah dan berwarna-warni. Anda boleh ke Pulau Nami melalui dua cara iaitu menaiki feri atau zipline yang boleh dibeli di kaunter atau secara dalam talian. Pengunjung yang datang ke sini gemar untuk mengambil gambar berlatar belakangkan barisan pokok pine yang tersusun cantik. Pulau ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti surau yang besar, tandas, restoran halal dan banyak lagi. 

3. Perpustakaan Starfield

Ruang awam terbuka ini boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang ingin duduk, berehat atau membaca buku secara percuma bersama dengan ahli bibliofil yang lain. Perpustakaan yang berada dalam COEX Mall ini juga sering menjadi tumpuan para pelancong terutamanya dalam kalangan pencinta buku. Pelbagai pilihan buku dengan genre yang berbeza boleh ditemui di perpustakaan ini seperti ekonomi, kemanusiaan dan banyak lagi. 

4. Menara Namsan

Mercu tanda ikonik ini juga adalah antara tarikan utama di Seoul. Menara ini ialah menara komunikasi dan pemerhatian yang terletak di Bukit Namsan. Pemandangan dari atas menara ini amat menakjubkan terutamanya pada waktu malam. Bukan itu sahaja, penduduk tempatan dan pelancong juga tidak melepaskan peluang untuk menggantung kunci mangga di sini sebagai tanda kasih sayang terhadap pasangan mereka. Antara tumpuan di sini ialah kereta kabel Namsan yang akan membawa pelancong dari kaki bukit ke dasar menara. Shuttle bus dari pusat bandar Seoul ke kereta kabel Namsan juga disediakan untuk  kemudahan pengunjung. 

5. Gyeongbokgung Palace

Peminat drama Korea bersejarah pasti teruja untuk merasai pengalaman ke istana terbesar di Korea. Istana ini ialah istana utama berbanding lima Grand Palaces yang dibina oleh Dinasti Joseon. Pengunjung boleh menyaksikan upacara pertukaran pengawal di pintu masuk (Palace Royal Guard Changing Ceremony) pada jam 2.00PM.

6. Namdaemun Market 

Pasar tradisional ini menjual pelbagai barangan seperti pakaian, aksesori, keychain, fridge magnet, penanda buku dan banyak lagi untuk dijadikan buah tangan. Harga yang ditawarkan juga adalah sangat murah dan berpatutan. 

Tak sabar kan nak terbang ke Seoul? Jom travel murah dan penuhi soul ke Seoul anda dengan pakej bajet bersama-sama Madini Travel. Daftar segera!

Madini Travel & Tours Sdn Bhd 
(1175306-D) (KPK 8370)
73-B, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Emel : hi@madinitravel.com
cross
×

Assalamualaikum.
Tekan untuk hubungi pegawai kami

× Whatsapp
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram