Kashmir adalah salah satu destinasi pilihan rakyat Malaysia untuk melancong ke luar negara walaupun wilayah ini mengalami pergolakan kerana menjadi rebutan antara India dan Pakistan. Kenapa dua negara tersebut berminat dengan Kashmir? Bentuk muka bumi yang subur, pusat sumber jana kuasa dan industri pelancongan adalah tiga kelebihan Kashmir yang menyebabkan India dan Pakistan enggan melepaskan wilayah ini.  

Kecantikan wilayah ini adalah syurga bagi jurugambar, pencinta alam semula jadi dan pengembara. Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan keindahan semula jadi di Kashmir tanpa merasai sendiri pengalaman berada di sana. Wilayah empat musim ini terletak di antara Banjaran Himalaya dan Banjaran Pir Panjal iaitu di kawasan utara India. Kedudukan geografinya menjadikan Kashmir sebagai lokasi yang sejuk sepanjang tahun dan bersalji ketika musim sejuk. Kita seolah-olah dibawa ke suatu dimensi lain apabila melihat kecantikan hamparan rumput yang menghijau dan bentuk muka bumi yang berbukit-bukau. Oleh sebab itu, Kashmir juga adalah lokasi yang sering dijejaki oleh pengembara atau individu yang gemar melakukan aktiviti mendaki bukit. Terdapat beberapa tempat menarik yang sentiasa menjadi tumpuan para pelancong untuk dikunjungi antaranya seperti:  

1. SRINAGAR 

Bandar Srinagar terkenal dengan keindahan Tasik Dal dan Taman Mughal. Kecantikan pemandangan di Tasik Dal dengan latar belakang gunung-ganang pasti akan memukau sesiapa yang berada di situ. Terdapat beratus-ratus houseboat mewah yang boleh dipilih sekiranya pelancong ingin bermalam di sini. Tinggal di houseboat adalah pengalaman istimewa yang perlu dirasai kerana anda berpeluang untuk menikmati pelbagai makanan tempatan yang disediakan dan bermalam di atas tasik. 

Pengunjung juga boleh bersiar-siar di Taman Mughal. Nishat Bagh dan Shalimat Bagh adalah antara taman-taman Mughal berdinding di Srinagar yang menyerupai Persian Garden. Taman-taman ini berada di atas permukaan Tasik Dal dan berlatarbelakangkan pergunungan Zabarwan. 

 2. GULMARG 

Pergunungan yang dilitupi salji ini adalah tempat yang paling popular di Kashmir kerana pelancong umpama berada di pergunungan Alps di Switzerland. Dikenali sebagai ‘The Meadow of Flowers’, banyak perkara yang boleh anda lihat dan lakukan di sini seperti berski dan menaiki kereta kabel/gondola dan banyak lagi. Aktiviti sukan musim sejuk di sini boleh menyaingi aktiviti di Interlaken, Switzerland. Jangan lepaskan peluang untuk menaiki kereta kabel ke Khilanmarg dan menikmati pemandangan sepanjang perjalanan berlangsung. . 

3. PAHALGAM

Tempat ini dikenali sebagai ‘Valley of Shepherds’. Antara aktiviti yang akan dilakukan oleh pelancong di sini adalah menunggang kuda dan berkayak. Lokasi utama yang sering dikunjungi ialah Baisaran dan Lembah Aru. Pahalgam menyajikan keindahan alam semula jadi yang wajar dinikmati oleh para pengunjung sekiranya mereka ingin bersantai. 

Apa lagi yang menarik di Pahalgam? Anda perlu singgah ke Ladang Saffron untuk melihat sendiri herba tersebut. Pada musim bunga, anda berpeluang untuk melihat Saffron berbunga dengan mekar dan cantik. Harga saffron di sini adalah lebih murah berbanding di tempat lain. 

Setiap sisi Kashmir sentiasa menghanyutkan jiwa para pengunjungnya. Sesiapa sahaja pasti akan terpesona dengan keindahan ciptaan Allah SWT saat pertama kali menjejakkan kaki ke sini. Kashmir adalah destinasi yang ideal sekiranya anda gemar mengembara dan mengagumi khazanah semula jadi di sesuatu tempat. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan sama ada anda datang bersendirian atau bersama dengan keluarga dan kawan-kawan. Aku & Travel bersama-sama Madini Travel & Tours akan membawa anda menyelami keindahan Kashmir yang amat menakjubkan. Jom sertai kami selama 9 hari 7 malam bagi menerokai keindahan Kashmir dan beberapa bandar di India. Ya! Anda juga berpeluang ke Delhi, Jaipur dan Agra melalui pakej yang kami tawarkan. Ingin bercuti ke tempat lain dengan pemandangan yang cantik seperti di Kashmir? Hubungi kami untuk mengetahui maklumat lanjut tentang Turki! Daftar segera!

Madini Travel & Tours Sdn Bhd 
(1175306-D) (KPK 8370)
73-B, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Emel : hi@madinitravel.com
cross linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram