Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu disediakan sebelum bercuti ke luar negara:

1. Pastikan pasport anda masih sah dan perbaharui passport 6 bulan sebelum tamat tempoh.

2. Jika visa diperlukan untuk memasuki negara destinasi, pastikan anda telah memohon dan mendapatkan visa sebelum berlepas.

3. Jangan tukar duit matawang asing dengan nilai yang banyak di Airport.

4. Aktifkan transaksi luar negara bagi kad debit/kredit.

5. Pastikan anda membawa gajet, peranti pengecas atau universal adapter yang diperlukan sesuai untuk negara yang anda lawati.

Adalah penting untuk membuat kajian menyeluruh sebelum bercuti ke luar negara dan pastikan anda telah menyediakan semua keperluan Yang diperlukan dengan betul.

Jom rasai pengalaman mengerjakan umrah bersama Madini Travel.

Raudhah adalah tempat kecil di antara bilik Rasulullah (yang sekarang menjadi makam Nabi SAW) dengan mimbar Masjid Nabawi. Dulunya, Raudhah ini terletak di luar area Masjid Nabawi, yang merupakan tempat di antara rumah Nabi dengan masjid. Namun, seiring perluasan Masjid Nabawi.

Dalam salah satu riwayat disebutkan bahawa, ada satu tempat di dunia ini yang merupakan salah satu taman dari taman-taman yang berada di syurga. Rasulullah SAW bersabda,

“Apa yang berada di antara rumahku dan mimbarku merupakan taman-taman syurga.”

(HR. Bukhari dan Muslim)

Dan tempat yang dimaksud adalah tempat di antara mimbar masjid Nabawi dan bilik Rasulullah, sekarang lebih dikenali dengan nama Raudhatul Jannah yang bererti “Taman Syurga”. Selama ini kita cuma membayangkan gambaran syurga yang terdapat di dalam Al Quran.

Seterusnya, Raudhah juga tempat mustajab untuk berdoa dan beribadah. Tidak hairanlah jika Jemaah berlumba lumba untuk masuk ke dalam raudhah untuk melakukan ibadah.

Jom sama-sama merasai pengalaman mengerjakan umrah bersama Madini Travel.

Hajjatul Wida', juga dikenali sebagai Haji Selamat Tinggal, merujuk kepada Ziarah Perpisahan Nabi Muhammad SAW. Ia berlaku pada tahun 632 M, sebelum kematiannya. Hajjatul Wida' dianggap sebagai peristiwa penting dalam sejarah Islam dan mempunyai kepentingan besar bagi umat Islam di seluruh dunia.

Semasa Ziarah Perpisahan, Nabi Muhammad memberikan khutbah yang dikenali sebagai Khutbatul Wida'. Dalam khutbah tersebut, beliau membincangkan pelbagai perkara penting, termasuk hak dan tanggungjawab umat Islam, kesucian kehidupan dan harta benda manusia, larangan riba, dan kepentingan menegakkan keadilan dan kesamarataan.

Nabi menekankan kepentingan perpaduan di kalangan umat Islam, mengingatkan mereka bahawa semua Muslim adalah sama dan harus diperlakukan dengan kasih sayang dan hormat. Beliau juga menekankan pentingnya memenuhi kewajipan agama dan menjaga akhlak yang baik.

Hajjatul Wida' juga menyaksikan pewahyuan ayat Al-Quran yang dikenali sebagai "Ayat Penyempurnaan." Ayat ini menyatakan:

"Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam sebagai agama bagimu." - (Surah Al-Maidah, Ayat 3)

Ziarah Perpisahan ini mempunyai kepentingan besar kerana ia merupakan ziarah terakhir yang dilakukan oleh Nabi Muhammad sebelum kematiannya. Ia berfungsi sebagai panduan dan sumber inspirasi bagi umat Islam, menyediakan ajaran dan panduan mengenai pelbagai aspek kehidupan, termasuk spiritualiti, etika, dan interaksi sosial.

Haji Wida’ merupakan salah satu peristiwa sedih yang telah menimpa umat Islam sebelum kewafatan Baginda. Banyak pesanan yang telah disampaikan oleh Baginda dan telah disebarkan sehingga ke hari ini untuk kita mengambil pengajaran dan iktibar darinya. Wallahu a’lam.

Hamzah bin Abdul Muthalib adalah nama agung yang pernah digeruni oleh sebilangan masyarakat Arab Quraisy di zaman Jahiliyah(Sebelum kerasulan Nabi Muhammad S.A.W). Hamzah ialah panglima perang yang paling disegani sehingga tiada siapa yang mampu menandingi beliau secara berhadapan. Antara gelaran Saidina Hamzah ialah “Singa Allah” (Arab: أسد الله) kerana keberaniannya.

Berikut merupakan Perang Yang Disertai Saidina Hamzah.

Perang Badar

ketika perang Badar, Saidina Hamzah merupakan salah seorang panglima perang yang gagah berani. Kehebatan Saidina Hamzah di medan perang telah meningkatkan semangat umat Islam secara keseluruhan. Umat Islam telah menang pada Perang Badar dalam keadaan 313 melawan 1000 kaum Quraisy.

Perang Uhud

Ketika perang Uhud, ramai musuh yang terkorban di hujung mata pedang Saidina Hamzah pada waktu peperangan Uhud, namun Saidina Hamzah terkorban syahid akibat rejaman lembing yang dilemparkan oleh Wahsyi, seorang hamba berkulit hitam.

Beliau digelar Nabi sebagai penghulu para syuhada:

“Penghulu para syuhada ialah Hamzah bin Abdul Muttalib, dan orang yang melawan penguasa kejam, ia melarang dan memerintah, namun akhirnya ia mati terbunuh.”

(Hadis Riwayat Al-Hakim)

Ketika melihat jasad Saidina Hamzah, Rasulullah berasa amat sedih. Rasulullah pun memerintah supaya dikebumikan Hamzah bersama Abdullah bin Jahsy anak saudaranya.

InshaAllah mudah-mudahan Umrah bersama Madini Travel akan menjadi satu kenangan terindah buat para DuyufurRahman.

Umrah adalah salah satu ibadah umat Islam ternanti-nanti untuk mengerjakannya. Sebelum anda ke sana, anda perlu bersiap sedia dengan panduan yang lengkap agar umrah anda menjadi satu ibadah yang diterima Allah SWT.

RUKUN UMRAH ada 5 perkara :

1. Niat Ihram

• Setiap ibadah mesti dimulai dengan niat. Oleh itu jemaah yang ingin melakukan umrah perlulah memasang niat ihram umrah di miqat (sempadan) yang telah ditetapkan. Sebaiknya adalah niat Umrah Bersyarat (khususnya untuk Wanita).

2. Tawaf

• Tawaf bermaksud mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat tertentu. Sekiranya syarat-syaratnya tidak dilaksanakan maka tawaf tersebut tidak sah, dan jika jemaah tersebut terus melakukan sai'e dan bergunting selepas itu, maka sai'e tidak sah dan dia masih lagi dalam ihram.

Niat Tawaf - “Aku berniat tawaf umrah di Kaabah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.”

3. Saie

• Bermaksud berjalan antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak tujuh keliling dengan mengikut syarat-syaratnya. Perjalanan tidak boleh terputus, seperti melencong keluar melalui satu pintu dan masuk semula dengan pintu lain.

4. Bercukur Atau Bergunting

Mencukur atau menggunting sebahagian rambut di kepala selepas selesai saie bagi menandakan telah selesai mengerjakan umrah. Memotong rambut sekurang-kurangnya 3 helai. Adalah afdhal bagi lelaki untuk bercukur.

Bagi yang tiada rambut di kepala, memadai melalukan pisau di kulit kepala.

Bagi wanita, boleh memotong mana-mana bahagian rambut asalkan tidak kurang dari 3 helai.

5. Tertib

• Tertib di sini bererti melakukan rukun secara berurutan satu persatu. Turutannya adalah seperti berikut:

Niat ihram – > Tawaf – > Sai'e – > Bergunting – > Tertib. Apabila selesai semua perkara mengikut urutan, maka selesailah umrah seseorang itu dan terlepaslah ia dari 13 larangan ihram.

InshaAllah mudah-mudahan Umrah bersama Madini Travel akan menjadi satu kenangan terindah buat para DuyufurRahman.

1.      Ketika tawaf

·         Pakai seluar (tight atau jenis cotton) dalam jubah.

·         Pakai kasut bersih khas untuk tawaf. Untuk pengetahuan anda, lantai di tempat tawaf adalah lantai tile. Jadi kalau kita cuma pakai sarung kaki, agak tidak selesa untuk berjalan sebab sedikit licin dan kaki pun cepat sakit.

2.      Ketika sa’ie

·         Memakai seluar di dalam jubah dan pakai kasut. Biasanya perjalanan saie lebih laju berbanding tawaf sebab kurang sesak.

3.      Pemakaian niqab

·         Niqab selain ia berfungsi untuk mengelakkan diri daripada diganggu, ia juga boleh melindungi wajah dari panas terik dan ribut pasir jika ia berlaku.

4.      Pemakaian harian

·         Membawa pakaian yang tidak jarang dan tidak berwarna warni.

5.      Isu tandas

·         Jika di Mekah, kedudukan tandas biasanya agak jauh dari tempat solat. Malah jika kita tinggalkan tempat solat untuk pergi ke tandas, pasti kita tidak akan dapat duduk semula di tempat yang sama lebih-lebih lagi jika sudah hampir masuk waktu solat.

InshaAllah mudah-mudahan Umrah bersama Madini Travel akan menjadi satu kenangan terindah buat para DuyufurRahman.

5 Tips Mengawal Emosi Marah Sewaktu Berpuasa

Ternyata memang susah untuk menahan emosi setiap hari, apatah lagi ketika sedang berpuasa. Pasti ada perkara yang membuatkan emosi menjadi tidak stabil dan menjadi cepat marah. Salah satu syarat puasa dikatakan sempurna adalah menahan emosi marah dengan kesabaran.

Antara tips mengawal emosi ketika berpuasa ialah :-

1. Elakkan situasi yang boleh mencetuskan emosi

Tip ini memerlukan kepekaan dan kesedaran tentang kesan situasi tertentu. Contohnya, Sekiranya anda mudah marah apabila dalam keadaan tergesa-gesa, sebaiknya elakkan situasi yang membuatkan anda menjadi kelam kabut. Dengan perubahan kecil seperti ini, ia boleh membuatkan emosi menjadi stabil.

2. Jangan mengambil serius terhadap sesuatu perkara

Sepanjang berpuasa, banyakkan bergurau. Dengan kaedah berjenaka dan gurauan dapat membantu menghadapi perkara yang berkemungkinan boleh mencetuskan emosi. Elakkan bergosip, dan perkara yang mengundang kebencian.

3. Latih diri untuk kekal bertenang

Melatih diri untuk tetap tenang dengan situasi yang dihadapi. Pertama, melakukan latihan pernafasan. Kemudian bercakap perkara yang positif agar aura positif hadir dalam diri untuk kekal tenang. Membuat perkara yang anda suka juga salah satu untuk kekal bertenang seperti menyanyi, tidur dan sebagainya.

4. Aktiviti Bersukan

Sukan nyatanya penting untuk menjaga kecergasan tubuh saat berpuasa. Selain itu, bersukan sewaktu berpuasa juga menjadi salah satu cara untuk mengawal emosi marah kerana sukan boleh membuang hormon stres di dalam badan. Tetapi aktiviti sukan yang ringan disarankan ketika di bulan Ramadhan bagi mengelakkan kepenatan.

5. Menjadi seorang pemaaf

Menjadi seorang pemaaf adalah satu cara untuk mengawal emosi marah dalam diri. Jika anda membiarkan amarah dan perasaan negatif menguasai diri maka aura negatif akan kekal di dalam diri. Sebaiknya, belajar untuk menjadi pemaaf kerana menjadi seorang pemaaf tidak akan rugi malah dapat pahala menjaga sillatulrahim. Jangan cemarkan bulan Ramadhan ini dengan memutuskan sillatulrahim dan menjadi seorang yang pembenci.

InshaAllah mudah-mudahan Umrah bersama Madini Travel akan menjadi satu kenangan terindah buat para DuyufurRahman.

Masjid Quba' adalah masjid yang pertama dibangunkan oleh Rasulullah SAW. Masjid Quba' dibangun di awal peradaban islam yaitu pada 8 Rabiul Awal tahun 1 Hijrah sekitar 622M. Masjid Quba' terletak di luar kota Madinah sekitar 5km di sebelah tenggara kota madinah.dan ia dianggap sebagai salah satu masjid terpenting dalam Islam.

Masjid ini berkeluasan sekitar 5,860 meter persegi dan memiliki perpustakaan dan ruang belajar dan mengajar. Masjid Quba' juga mampu menampung paling ramai jemaah sehingga 20,000 orang.

“…Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (Masjid Quba'), sejak hari pertama adalah lebih patut untukmu solat di dalamnya. Di dalamnya masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih” – (QS At Taubah : 108)

Semoga kita semua dapat diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk solat di dalam Masjid Quba' suatu hari nanti.

Jom rasai pengalaman mengerjakan umrah bersama Madini Travel.

Pada kebiasaannya, ibadah Haji di kenali sebagai HAJI BESAR manakala umrah di kenali sebagai HAJI KECIL oleh segelintir masyarakat.

Jadi istilah sebenar Haji & Umrah ini adalah seperti berikut :

Haji - mengunjungi Baitullah pada bulan Haji ( Zulhijjah ) menurut ibadat dan syarat tertentu.

Umrah - mengunjungi Baitullah pada bulan bila-bila masa menurut ibadat dan syarat tertentu.

Jadi, tujuannya sama mengunjungi baitullah cumanya perbezaan adalah pada WAKTU, IBADAH dan SYARAT yang tertentu.

Perkara ini merujuk kepada Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud :

“Dan sempurnakanlah Ibadah Haji dan Umrah kerana Allah”.

Ihram adalah keadaan suci yang dijalankan oleh jemaah haji dan umrah sebelum memasuki Mekah. Ada beberapa pantang larang yang wajib diikuti semasa berada dalam keadaan ihram, antaranya:-

1. Tidak memotong atau mencukur rambut, termasuk janggut, bulu ketiak dan bulu kemaluan.

2. Tidak memotong kuku.

3. Memakai pakaian berjahit bagi lelaki.

4. Tidak memburu haiwan atau membunuh binatang.

5. Tidak memakai pakaian yang menutup kepala, seperti topi atau serban bagi lelaki.

6. Tidak menutup muka atau menutup tanggan bagi perempuan.

7. Tidak memakai wangian pada pakaian.

8. Tidak menebang, memotong, mencabut pokok di tanah haram.

9. Tidak melakukan hubungan suami isteri.

10. Bernikah atau menikahi orang lain.

Selama berada dalam keadaan ihram, jemaah haji atau umrah diharapkan untuk lebih tertumpu pada ibadah. jemaah perlu membayar dam atau denda sekiranya melangar pantang larang tersebut.

InshaAllah mudah-mudahan Umrah bersama Madini Travel akan menjadi satu kenangan terindah buat para DuyufurRahman.

Madini Travel & Tours Sdn Bhd 
(1175306-D) (KPK 8370)
73-B, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Emel : hi@madinitravel.com
cross
×

Assalamualaikum.
Tekan untuk hubungi pegawai kami

× Whatsapp
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram