fbpx

Nature Escape! Tarikan Semulajadi Malaysia: Pasti Tidak Mengecewakan!

NATURE ESCAPE! TARIKAN SEMULAJADI DI MALAYSIA.

Terasa sesak dek kesibukan bandar?.Ingin lari dari kehidupan metropolitan dan menikmati keindahan alam semulajadi?. Retreat diri anda dengan nature yang menenangkan. Ciptakan 1001 memori terindah bersama kesayangan di beberapa tarikan menarik yang menjanjikan “the best of nature”. Confirm tidak akan dilupakan.

1. Terapi Jiwa Semulajadi di Pulau Rawa, Johor 

Sumber: Diari del Viaggio

Sumber: The Smart Local

Terletak 16 km dari Mersing, mutiara yang baru diterokai ini menjadi tarikan semulajadi istimewa bagi mereka yang mencari ketenangan jiwa. Keindahan pasir yang memutih ibarat mutiara, diselangi kejernihan air laut yang kebiru-biruan, pasti memukau pandangan anda, sekaligus menjadi terapi jiwa terbaik.

Pulau yang dikelilingi laut dan keindahan batu karang dan ribuan spesis kehidupan laut ini, menawarkan pelbagai aktiviti air yang sangat menarik. Bukan sekadar aktiviti kayak,snorkeling dan ‘scuba diving’, anda juga bakal terpesona  dengan keindahan semulajadi pemandangan ‘sunset’ dan ‘sunrise’ yang dihidangkan live dari Pulau Rawa Hill Top. Terbaik!.

Kecantikan “Syurga Mersing” yang dipersiskan sebagai kepulauan Maldives ini menjanjikan suasana romantis bagi pasangan suami isteri, tak perlu Honeymoon jauh-jauh dah kan?. Nikmati penginapan  terbaik di Alang Rawa Resort dan Rawa Island Resort.

2. Tarikan ‘Little New Zealand of Sabah’: Desa Dairy Farm

Back to Nature! Tarikan Semulajadi Malaysia: Pasti Tidak Mengecewakan!

Sumber: Zuraina Dullah

Back to Nature! Tarikan Semulajadi Malaysia: Pasti Tidak Mengecewakan!

Sumber: Flickr

Sekali imbas, sebijik macam New Zealand, rupa-rupanya Desa Dairy Farm di Kundasang, Sabah. Terpegun sekejap admin, siapa cakap Malaysia tak cantik?. Terlalu banyak tarikan manarik yang perlu diterokai di Malaysia ni sebenarnya.

Desa Dairy Farm yang  terletak di kaki gunung Kinabalu ini menawarkan ‘real nature’ yang sememangnya tidak akan dirasai di bandar. Apa yang anda dapat? Pemandangan terbaik di ladang ternakan lembu tenusu seluas 199 hektar, pengalaman memberi makan kepada haiwan ternakan dan proses penghasilan susu semulajadi.

Unik… tapi why not? Sambil mengamati  udara segar, sambil menimba pengalaman kan?.  Note:  Wajib kumpul koleksi gambar banyak-banyak di sini, sebab tiada siapa yang akan sangka anda di Malaysia, da macam di New Zealand. Jangan lupa grab ais krim dan susu segar di sini, terbaik, “segar dari ladang”.

3. Keunikan Khazanah Semulajadi : Bako National Park, Sarawak

Back to Nature! Tarikan Semulajadi Malaysia: Pasti Tidak Mengecewakan!

Sumber: Sarawak Tourism

Back to Nature! Tarikan Semulajadi Malaysia: Pasti Tidak Mengecewakan!

Sumber: Sarawak Tourism

Recharge jiwa anda dengan mengunjungi salah satu taman negara tertua Malaysia di Sarawak: Bako National Park. Tarikan nature yang menyimpan karya seni semulajadi yang berharga di Malaysia. Nikmati keajaiban hidupan eksotik seperti tumbuhan periuk karnivor dan spesis monyet beekor panjang Borneo di sini dan rasai kelainannya.

Jangan lepaskan peluang bersiar-siar di pantai Teluk Assam sambil menyaksian matahari terbenam, dihiasi ratusan burung lelayang yan g bertenggek di batu-batu hujung pantai. Note: Nantikan perubahan warna langit di belakang Gunung Santubong 20 minit selepas matahari terbenam, pasti anda terpegun dengan warna-warni alam.

4. Pulau Tengah, Mersing, Johor : Sempurna untuk Nature Lover

Sumber: Batu-Batu Resort

Sumber: Batu-Batu Resort

Raikan cintamu di Pulau Tengah, pasti jatuh cinta kali kedua dek kecantikan alam semulajadi yang tidak pernah disentuh ini. Terletak berdekatan dengan Pulau Rawa, pulau ini juga merupakan antara tarikan terbaik di Mersing.

Pulau Tengah merupakan destinasi percutian yang sempurna buat nature lover dari seluruh pelusuk dunia. Berkeluasan 3km perimeter, pulau kecil ini menjanjikan tarikan di luar jangkaan dan dikelilingi oleh 8 pantai yang putih bersih. Antaranya: Batu-Batu Beach, Sunrise Beach, Tiny Beach dan Coral Beach.

Pulau ini turut menjadi pusat perlindungan dan pemeliharaan spesis penyu Green Turtle dan Hawksbill yang menetas di sini. Jadi anda boleh menyaksikan proses penetasan penyu live tau.

Turut menjadi tarikan, lebih daripada 312 spesis flora dan 100++ spesis beburung boleh diterokai di Pulau Tengah. Pacific Bottle-Nose Dolphins, Black-Tipped Reef Sharks, dugong juga boleh didapati di sini. Johor, dolphin ado, macam-macam ado!

Untuk penginapan, Batu-Batu Resort merupakan satu-satunya pusat penginapan di pulau yang tidak berpenghuni ini dan menyediakan khidmat terbaik untuk percutian indah anda.

5. Tarikan Variasi Pulau di Semporna, Sabah

NATURE ESCAPE! TARIKAN SEMULAJADI DI MALAYSIA.

Sumber: Utara News

Sumber: Sirap Limau

Biarlah gambar berbicara tentang keindahannya. Siapa yang tidak pernah ke Semporna, Sabah, maka anda belum menikmati keindahan alam semulajadi yang tersimpan di Malaysia. Pulau yang dihiasi oleh air jernih kebiruan bak kristal ini pilihan terbaik buat pencinta aktiviti air dan kehidupan marin.

Di sini, anda bakal ditayangkan dengan keistimewaan budaya hidup penghuni atas lautan yang dikenali sebagai Bajau Laut. Pelbagai tarikan pulau-pulau yang berdekatan seperti Pulau Mabul, Pulau Sipadan, Pulau Bohey Dulang, Pulau Kapalai, Pulau Mataking dan Pulau Pom Pom pasti memukau saujana mata yang memandang.

Jom gerak Semporna bersama Madini Travel and Tours dan rasai keasyikan panorama semulajadi dan dekatkan dirimu dengan “the beauty of nature”.

Rancang percutian ideal anda, dan rakamkan saat-saat manis sebagai memori terindah buat bekalan hari-hari bahagia kelak. Tidak perlu berbelanja ribuan ke luar negara, sekadar bijak mencari peluang dan explore the unseen beauties di tanah air tercinta. Cuti-cuti Malaysia. Malaysia kan ada. Tak perlu buku merah tau.

Nukilan: Siti Aisyah Muheddin madinitravel.com

Dikuasakan oleh Madini Travel & Tours Sdn Bhd.