fbpx

Tempat Shopping yang Murah Ketika Berada di Luar Negara

Tempat Shopping yang Murah Ketika Berada di Luar Negara

Anda tercari tempat menarik yang murah untuk shopping ketika berada di luar negara? Kalau di Malaysia, anda tahu mana spot terbaik untuk shopping murah. Jadi apa kata anda baca sampai habis artikel ini, untuk tahu mana tempat spot yang murah bagi beberapa negara yang kami pilih untuk anda pergi membeli belah.

1) Oxford Street, London

Tempat Murah untuk Shopping Ketika Berada di Luar Negara

(Sumber: Oxford Street)

Bagi sesiapa yang pernah pergi ke London, pasti anda tahu di mana tempat shopping yang murah ini. Inilah antara tempat shopping yang murah yang anda boleh pergi jika anda sampai ke London.

Di Oxford Street itu, anda boleh berjalan sepanjang 300 kedai yang ada di situ. Terlalu banyak sangat kedai shopping yang murah anda boleh pergi sehingga rambang mata untuk shopping. Di Oxford Street juga, ada satu kedai shopping yang bernama Primax. Primax ini mempunyai 10 outlet di seluruh London. Di Oxford Street saja Primax ada 2 outlet.

2) La Valley Village, Paris

(Sumber: Hotel Laracona)

Paris adalah ibu negara Perancis yang juga dikenali sebagai gelaran La Ville Lumière (Bandar Berlampu atau Bandar Bercahaya) dan adalah destinasi pelancong utama di dunia. Bagi anda yang datang ke Paris, pasti tidak akan lepaskan peluang untuk menikmati keunikannya dengan cahaya lampu yang terang benderang pada setiap waktu malam.

Bagi penggemar shopping barang branded  seperti Burberry, Michael Kors, Furla, Tod’s dan lain-lain yang telah sampai ke Paris, jangan lepaskan peluang untuk ber shopping di La Valley Village di Paris. Di situ, anda akan sangat teruja untuk  membeli belah sepuas hati dengan harga rendah. La Valley Village buka seawal jam 10 pagi setiap hari. Anda jangan risau tentang parking, kerana mereka telah sediakan parking kereta yang luas bagi pengunjung La Valley Village.

3) Serravalle Designer Outlet, Milan

(Sumber: Localmilantours)

Serravalle Designer Outlet yang terletak di Milan, Italy adalah merupakan antara kota fesyen dunia yang menjadi kegemaran peminat fesyen berjenama branded. Dengan tawaran harga yang berganda murah berbanding di Malaysia, menyebabkan ramai orang tidak kira dari pelbagai negara pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mengunjungi tempat ini. Tidak percaya ? Anda boleh lawati laman web Serravalle Designer Outlet untuk melihat pelbagai review dari orang ramai.

4) Myeongdong Street, Korea

(Sumber: Colourbox)

Negara Korea merupakan antara tempat kegemaran rakyat Malaysia untuk melancong. Ini kerana budaya K-Pop yang melanda rakyat Malaysia menyebabkan mereka teringin menjejakkan kaki di Korea dan bertemu dengan artis kesayangan mereka.

Bagi rakyat Malaysia yang sudah sampai ke Korea, amat rugi sekali jika tidak singgah di Seoul dan ber shopping di Myeongdong. Di situ, adalah syurga untuk membeli belah barang kosmetik, skincare dan produk mekap dari Korea. Di situ juga terdapat kedai pakaian yang menarik dan harga yang boleh ditawar. jangan lepaskan peluang untuk shopping di sana.

5) India

(Sumber: Diskodansabergumbira)

Ada apa di India ? Kalau anda pergi ke India, jangan di cari barang-brang branded dan berjenama. Itu semua anda boleh dapati di Eropah dengan harga berpatutan. Bila anda jejakkan kaki di India, pergilah borong kain-kain, karpet, dan segala aksesori yang ada. Kerana di sana, anda boleh dapati dengan harga yang murah sangat berbanding di Malaysia.

Jadi, mana spot yang terbaik yang anda boleh pergi? Kami ada beberapa cadangan tempat, antaranya New Delhi, Kashmir, Arpora Saturday Night Bazaar di Goa, Commercial Street di Bangalore, Colaba Causeway di Mumbai, Hazratganj di Lucknow. Pesan kami, kalau nak datang India, jangan bawa baju banyak dan bawa luggage lebih, supaya anda tidak menyesal di kemudian hari.

6) Jepun

(Sumber: Melancong ke Jepun)

Ramai orang kata dekat Jepun harga mahal-mahal. Tapi kalau anda pandai cari tempat yang murah, anda pasti akan suka dan boleh beli pelbagai barangan dengan jumlah yang banyak.

Di sini, kami senaraikan antara tempat-tempat yang anda boleh lawati untuk ber shopping. Jika anda ingin beli fridge magnet dan T-Shirt dengan gambar dan tulisan Jepun yang murah, anda boleh beli di Asakusa atau lebih tepat lagi di Nakamise Shopping Street. Selain itu, anda juga boleh pergi Daiso Jepun. Di situ semua harganya ¥100 yen. Anda pasti akan rambang mata untuk beli macam-macam kerana pelbagai barangan baik dari hiasalan dalaman, aksesori telefon, alat tulis, dan pelbagai lagi barang.

Setakat ini dulu antara tempat menarik yang anda boleh pergi untuk shopping dengan harga yang murah dan bajet. Jika anda ingin pergi shopping, nasihat kami, bawa luggage bersama anda. Supaya anda tidak perlu susah-susah bawa semua barang dengan beg plastik. Lagi mudah bawa dengan luggage. Hanya perlu usung menggunakan beg roda.

Jika anda ingin dapatkan lagi tips menarik tentang travel, anda boleh layari Madini Travel untuk lebih tahu tentang pelancongan.

 

 

 

Dikuasakan oleh Madini Travel & Tours Sdn Bhd.