fbpx

Tempat Percutian Menarik Di Jammu & Kashmir

TEMPAT PERCUTIAN MENARIK DI JAMMU & KASHMIR

jammu kashmir
                                                          Melihat pada peta Jammu & Kashmir ini terletak di utara India.

Jammu & Kashmir terbahagi kepada 3 daerah iaitu Jammu, Kashmir Valley & Ladakh. Jammu ialah tempat suci untuk budaya Hindu. Kashmir pula lebih dikenali sebagai tempat bergunung-ganang yang didiami oleh penduduk yang beragama Islam. Sementara Ladakh atau dikenali sebagai Little Tibet ialah daerah yang bersempadan dengan China yang majoriti didiami oleh penganut budaya atau agama Budha.

Jammu & Kashmir mempunyai 4 musim seperti negara lain di eropah. Namun apa yang menariknya, harga penerbangan dan kos percutian tidaklah semahal dan setinggi kos di eropah. Pergolakan disini juga telah reda cuma kita perlu sentiasa bersedia untuk dua perkara. Perubahan cuaca yang drastik dan elakkan bercuti disini pada setiap 15 ogos kerana mereka menyambut kemerdekaan pada hari tersebut.

Dibawah ialah antara tempat-tempat yang menarik dan mesti dikunjungi di Jammu & Kashmir:

1. GULMARG : DIGELAR SEBAGAI ‘SWITZERLAND OF ASIA’

GulmargAntara yang paling popular di Jammu & Kashmir.

Gulmarg sangat popular dengan keindahan padang rumput dan pergunungannya yang diliputi salji yang sangat cantik. Berada di Gulmarg ibarat seperti berada di kawasan pergunungan di Switzerland. Oleh kerana itu Gulmarg digelar sebagai ‘Switzerland Of Asia’. Majoriti pengunjung yang berkunjung ke sini hanya pada musim salji. Jika anda inginkan pengalaman bermain salji di kawasan yang cantik dengan kos yang rendah disinilah tempatnya.

 

2. SONAMARG : THE SILK ROAD

Sonamarg mempunyai pemandangan yang menarik untuk bergambar.

Disini amat terkenal dengan kawasan padang rumput berbunga yang diliputi salji di pergunungan banjaran Himalaya. Namun pengunjung dilarang memasuki ke kawasan ini ketika salji lebat atas sebab risiko dan berbahaya. Walaupun ketika musim panas Sonamarg masih sangat sejuk dan pengunjung perlu memakai pakaian yang tebal. Di Sonamarg ini jugalah terletaknya The Silk Road. Sonamarg juga adalah jalan yang menghubungkan Kashmir dan China pada suatu ketika dahulu.

 

3. SRINAGAR : BELAJAR BUDAYA MASYARAKAT KASHMIR


House Boat terpampang indah.

Srinagar terkenal dengan Tasik Dhal & House Boat. Anda boleh menikmati tinggal di rumah bot dengan harga yang berpatutan. Disini juga disediakan makanan dan budaya hidup masyarakat mereka sendiri. Sampan adalah sebagai pengangkutan utama dan penjaja menjaja makanan dan cenderemata disekeliling tasik. Anda tidak perlu keluar daripada tasik untuk membeli barang seperti baju sejuk, seluar, stokin atau sebagainya kerana penjaja akan datang kepada anda menggunakan sampan. Srinagar juga terkenal dengan ‘syurga’ oleh golongan wanita kerana mempunyai kilang karpet, sari dan pashmina yang mempunyai kualiti dan ketulenan yang tinggi.

 

4. TULIP GARDEN : KEINDAHAN BUNGA SEBENAR

Bunga Tulip berwarna-warni yang tiada di tempat lain.

Yang terletak hanya 9km dari Srinagar, keindahan bunga tulip hanya dapat dilihat pada awal april dan gugur di penghujung april. Tulip Garden juga hanya dibuka pada 7 pagi sehingga 7 malam setiap hari dan caj akan dikenakan untuk memasukinya. Srinagar adalah taman dan kebun bunga tulip yang terbesar di Asia sekaligus memberikan pengalaman yang sukar untuk anda lupakan.

 

5. PAHALGAM : REHAT, SANTAI & NIKMATI KEINDAHAN

Bunga Saffron antara keindahan di Pahalgam.

Selain nasi beriani, Pahalgam juga terkenal dengan lokasi penggambaran dan keindahan bunga saffronnya. Cuaca disini lebih sejuk berbanding daerah di dalam Kashmir yang lain. Pahalgam adalah lokasi yang sesuai untuk anda berehat dan menikmati keindahan di Jammu & Kashmir.

Letakkan Jammu & Kashmir sebagai wishlist anda. Kecantikan, keindahan, salji di pergunungan, bermalam di House Boat dan cuaca sejuk pasti menjadi pengalaman yang paling berharga.

madinitravel.com

Dikuasakan oleh Madini Travel & Tours Sdn Bhd.