Kami seperti anda.

Keluarga Madini.

Kami merupakan agensi pelancongan berdaftar. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. No pendaftaran : 8370 IOTU(Inbound, Outbound, Ticketing & Umrah)

Madini Travel & Tours Sdn. Bhd. merupakan sebuah agensi pelancongan dan pengembaraan bumiputera yang berwibawa dan berpengalaman untuk memenuhi permintaan para pelanggan korporat, badan kerajaan serta persendirian. Ini termasuklah dalam mempelbagaikan produk-produk domestik dan luar negara yang baru. Kami yakin akan dapat memperkenalkan dan memasarkan produk-produk tersebut untuk para pelancong luar dan juga dalam negara.
“Inspiring Your Journey” adalah matlamat dan motto kami yang unggul, dengan perkembangan yang pesat dari sektor pelancongan ini, maka kami telah mendefinasikan matlamat ini supaya menjadi kenyataan dengan mempromosikan keunikan dan kepelbagaian dalam servis dan pakej kami.
P

Misi Kami

Impian yang kami impikan setiap masa.
Menjadi Syarikat Pelancongan No. 1 Di Malaysia Dalam Menyediakan Program Bermodul, Pengisian Tazkiyah, Kajian Sejarah Islam Yang Bersistematik Untuk Trip Pelancongan Dalam Dan Luar Negeri Menjelang 2020.
v

Visi Kami

Impian yang kami impikan setiap masa.
  • Memperkenalkan pendekatan pengisian konten kerohanian, pendidikan, inspirasi dan sejarah dalam setiap trip menjelang tahun 2018.
  • Menyediakan modul pengisian tazkiyah yang berimpak tinggi dan kajian sejarah islam yang bersistematik menjelang tahun 2018.
  • Mencapai sasaran untuk memberikan infaq & waqaf sebanyak RM10,000 setiap tahun menjelang tahun 2019.
  • Mencapai sasaran untuk melayani dan berkhidmat kepada jemaah umrah seramai 1500 jemaah setiap tahun menjelang tahun 2019.
  • Mencapai sasaran membawa musafir mengembara dengan pengisian bermodul seramai 500 orang setiap tahun menjelang tahun 2019.
  • Memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan hingga mencapai kepuasan spiritual, emosional dan fizikal dalam setiap trip yang disertai.

Perkhidmatan

Kami menawarkan servis secara sistematik dan menyeluruh agar urusan perjalanan anda lancar dan teratur.
  • Penempahan tiket penerbangan dalam dan luar negeri.
  • Pakej lawatan dalam dan luar negeri.
  • Tempahan hotel dalam dan luar negeri.
  • Pengurusan pakej insentif, konvensyen dan mesyuarat.
  • Pakej umrah dan ziarah
  • Perkhidmatan kereta sewa / limousine dan bas persiaran
  • Pengurusan permohonan visa dan lain-lain
  • Penghantaran tiket

Butiran Lesen & Kelayakan.

Demi memastikan perkhidmatan yang efisien, adalah penting untuk kami memiliki kelayakan yang diiktiraf terutama perlesenan yang menjadi panduan kepada pengurusan syarikat.