Menunaikan ibadah haji adalah impian terbesar bagi seluruh umat Islam di dunia. Sebelum musim haji membuka tirai, kita sentiasa menanti panggilan daripada Tabung Haji dan berharap dengan setinggi-tinggi pengharapan agar terpilih untuk menjadi tetamu-Nya. Jika kita belum berpeluang untuk menunaikan rukun Islam yang kelima tersebut, tentunya kita berhasrat untuk mengerjakan umrah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Kedua-dua ibadah ini adalah bentuk penzahiran ubudiah dan kesetiaan kita sebagai hamba kepada Allah SWT. Madini Travel & Tours menawarkan beberapa pakej umrah iaitu Pakej Umrah Seerah, Nurani dan Maulid. Mari bersama-sama dengan kami untuk mengetahui tentang ibadah umrah, syarat-syarat dan rukun-rukunnya.
TAKRIF UMRAH
Umrah menurut bahasa ialah ziarah atau berkunjung. Menurut istilah syarak pula adalah mengunjungi Baitullah al-Haram (Kaabah) di Mekah untuk menunaikan ibadah umrah dengan niat dan syarat-syarat tertentu. Kita tidak perlu berwukuf di Arafah, mabit di Muzdalifah dan Mina serta melontar di jamrah semasa mengerjakan umrah. Hukumnya adalah wajib dilakukan sekali seumur hidup bagi orang yang berkemampuan. Buktinya adalah berdasarkan beberapa dalil iaitu Allah SWT berfirman:
“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah…”
(al-Baqarah:196)
Seterusnya hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A:
Aku bertanya kepada Rasulullah SAW: “Adakah diwajibkan jihad ke atas wanita?”
Rasulullah SAW menjawab: “Ya (diwajibkan jihad ke atas wanita, akan tetapi) jihad yang tidak ada peperangan di dalamnya iaitu haji dan umrah”.
(Riwayat Ahmad)
5 SYARAT WAJIB UMRAH
Terdapat lima syarat wajib umrah yang digariskan oleh agama Islam. Seseorang itu mestilah:
Umrah ialah ibadah dalam Islam yang dianjurkan kepada orang muslim yang berkemampuan. Mampu dalam konteks umrah dibahagikan kepada dua aspek iaitu:
Sekiranya hati anda terdetik untuk menyegerakan ibadah umrah, kami di Madini Travel & Tours bersedia membantu anda. Mengapa Madini? Pakej Umrah Seerah adalah serendah RM10,980 manakala Pakej Umrah Nurani dan Maulid adalah serendah RM12,490. Semua yang terangkum dalam pakej-pakej ini turut menjamin umrah yang selesa untuk anda.
5 RUKUN UMRAH
2 WAJIB UMRAH
Rukun umrah adalah asas yang wajib dilakukan semasa menunaikan umrah. Ibadah umrah adalah tidak sah sekiranya kita meninggalkan rukun-rukun umrah sama ada tidak sengaja ataupun sengaja. Hal ini berbeza dengan wajib umrah. Umrah yang dilakukan adalah sah sekiranya kita sengaja melakukan pantang larang ketika ihram tetapi berdosa. Namun begitu, umrah tetap sah dan tidak berdosa jika kita tidak sengaja melanggar larangan-larangan semasa ihram.
Jelaslah, umrah adalah bentuk ibadah yang memupuk kita untuk merendah diri dan hanya menghadapkan hati serta jasad kepada Allah SWT. Ibadah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sekiranya anda sudah cukup syarat kemampuan. Walau bagaimanapun, menyegerakan umrah adalah lebih afdal bagi melunaskan kewajiban ini ke atas diri kita sebagai seorang Muslim. Madini Travel & Tours mempunyai pakej-pakej umrah yang menarik dan sesuai dengan pilihan serta bajet anda. Umrah selesa adalah jaminan Madini untuk para pelanggan kami. Jom umrah bersama Madini!