1.0 PROSEDUR TEMPAHAN
- 1.1 MENGISI BORANG TEMPAHAN BESERTA TANDATANGAN DAN MENYERAHKAN KEMBALI KE PEJABAT ATAU SECARA E-MEL KEPADA:
- 1.2 SEMUA DOKUMEN BERKAITAN PERJALANAN HENDAKLAH DISERAHKAN KEPADA PIHAK MADINI TRAVEL & TOURS SELEWAT-LEWATNYA 45 HARI SEBELUM TARIKH PERLEPASAN.
2.0 TERMA BAYARAN
- 2.1 PAKEJ TOUR (PERSENDIRIAN)
- 2.1.1 DEPOSIT ATAU BAYARAN PENUH DIPERLUKAN TERTAKLUK KEPADA TERMA BAYARAN YANG DITETAPKAN OLEH PIHAK PENGENDALI SELEPAS MENERIMA PENGESAHAN TEMPAHAN.
- 2.2 PAKEJ TOUR (BERKUMPULAN)
- 2.2.1 BAYARAN DEPOSIT RM500.00 SEORANG DIPERLUKAN SEMASA MEMBUAT TEMPAHAN.
- 2.3 PAKEJ UMRAH
- 2.3.1 BAYARAN DEPOSIT PERTAMA RM500.00 SEORANG DIPERLUKAN SEMASA MEMBUAT TEMPAHAN.
- 2.3.2 BAYARAN DEPOSIT KEDUA RM1,000.00 SEORANG HENDAKLAH DIJELASKAN 90 HARI SEBELUM TARIKH PENERBANGAN.
- 2.4 BAKI ATAU BAYARAN PENUH HENDAKLAH DIJELASKAN SELEWAT-LEWATNYA 45 HARI SEBELUM TARIKH PENERBANGAN. SEKIRANYA KAMI TIDAK MENERIMA BAYARAN PENUH DALAM TEMPOH 45 HARI SEBELUM TARIKH PENERBANGAN, MADINI TRAVEL & TOURS BERHAK MEMBATALKAN TEMPAHAN DAN BAYARAN DEPOSIT TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SERTA HANGUS.
- 2.5 BAYARAN HENDAKLAH DIBUAT SECARA TUNAI / DEPOSIT TUNAI / ‘ONLINE TRANSFER’ KE AKAUN BANK BERIKUT:
- NAMA AKAUN : MADINI TRAVEL & TOURS SDN BHD
- NAMA BANK : MAYBANK
- NOMBOR AKAUN : 5624 05617579
- 2.6 SILA LAMPIRKAN ATAU E-MEL SLIP BAYARAN SETELAH PEMBAYARAN DIBUAT.
- 2.7 BAYARAN SECARA KAD KREDIT / DEBIT DITERIMA DENGAN CAJ 2% AKAN DIKENAKAN DARIPADA JUMLAH BAYARAN YANG DIBUAT.
3.0 TERMA PERUBAHAN, PEMBATALAN, DAN & “NO SHOW”
- 3.1 MADINI TRAVEL & TOURS MESTI DIMAKLUMKAN SECARA BERTULIS TENTANG SEBARANG PERUBAHAN DAN PEMBATALAN. NOTIS PERUBAHAN DAN PEMBATALAN AKAN DIANGGAP TELAH DITERIMA SELEPAS PENGESAHAN DARI MADINI TRAVEL & TOURS.
- 3.2 PAKEJ TOUR (PERSENDIRIAN)
- 3.2.1 SEBARANG PERUBAHAN TIDAK DIBENARKAN SELEPAS MENERIMA PENGESAHAN TEMPAHAN DARIPADA PIHAK PENGENDALI. SEKIRANYA BERLAKU PERUBAHAN, TEMPAHAN AKAN DIANGGAP TERBATAL DAN SEMUA BAYARAN YANG TELAH DIBUAT TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SERTA HANGUS.
- 3.3 PAKEJ TOUR (BERKUMPULAN)
- 3.3.1 SEBARANG PERUBAHAN KALI PERTAMA DIBENARKAN TANPA SEBARANG CAJ DAN MADINI TRAVEL & TOURS MESTI DIMAKLUMKAN SELEWAT-LEWATNYA 61 HARI DARI TARIKH PELEPASAN ASAL. MADINI TRAVEL JUGA HENDAKLAH DIMAKLUMKAN TENTANG PERUBAHAN BARU TERSEBUT DALAM TEMPOH 14 HARI SELEPAS NOTIS PERUBAHAN DIBUAT.
- 3.4 PAKEJ UMRAH
- 3.4.1 SEBARANG PERUBAHAN KALI PERTAMA DIBENARKAN TANPA SEBARANG CAJ DAN MADINI TRAVEL & TOURS MESTI DIMAKLUMKAN SELEWAT-LEWATNYA 91 HARI DARI TARIKH PELEPASAN ASAL. MADINI TRAVEL JUGA HENDAKLAH DIMAKLUMKAN TENTANG PERUBAHAN BARU TERSEBUT DALAM TEMPOH 07 HARI SELEPAS NOTIS PERUBAHAN DIBUAT.
- 3.5 SEKIRANYA BERLAKU PERUBAHAN KALI KEDUA, TEMPAHAN AKAN DIANGGAP TERBATAL DAN DEPOSIT TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SERTA HANGUS.
- 3.6 SEKIRANYA TEMPAHAN YANG DISAHKAN DIBATALKAN SEPENUHNYA / SEBAHAGIANNYA OLEH PESERTA, CAJ PEMBATALAN AKAN DIKENAKAN SEPERTI BERIKUT:
- 3.6.1 PAKEJ TOUR (BERKUMPULAN)
61 HARI SEBELUM TARIKH PERLEPASAN : | PENGEMBALIAN DEPOSIT DAN TERTAKLUK KEPADA CAJ PENTADBIRAN RM200/PAX |
31 – 60 HARI SEBELUM TARIKH PERLEPASAN : | DEPOSIT TIDAK DIKEMBALIKAN DAN HANGUS |
30 HARI SEBELUM TARIKH PERLEPASAN : | CAJ 100% DARI HARGA PAKEJ |
91 HARI SEBELUM TARIKH PERLEPASAN : | PENGEMBALIAN DEPOSIT DAN TERTAKLUK KEPADA CAJ PENTADBIRAN RM200/PAX |
61 – 90 HARI SEBELUM TARIKH PERLEPASAN : | DEPOSIT PERTAMA TIDAK DIKEMBALIKAN DAN HANGUS |
31 – 60 HARI SEBELUM TARIKH PERLEPASAN : | SEMUA DEPOSIT TIDAK DIKEMBALIKAN DAN HANGUS |
30 HARI SEBELUM TARIKH PERLEPASAN : | CAJ 100% DARI HARGA PAKEJ |
- 3.7 SEKIRANYA PESERTA “NO SHOW”, TIADA BAYARAN BALIK SEPENUHNYA ATAU SEBAHAGIANNYA AKAN DIBERIKAN UNTUK PERKHIDMATAN DALAM PROGRAM YANG TIDAK DIGUNAKAN.