fbpx

Tips yang boleh MENJIMATKAN poket semasa bercuti

Tips yang boleh MENJIMATKAN poket semasa bercuti

Amalan bercuti dalam kalangan masyarakat kini sudah mula mendapat sambutan umum. Jika duit simpanan anda sudah dileburkan pada tiket penerbangan, pasti ada cara lain untuk bercuti, dalam masa yang sama anda masih boleh berjimat poket, bukan? Ini dia tips menjimatkan poket semasa bercuti untuk tatapan anda semua.

Sumber : khelp

 CARI TEMPAT PENGINAPAN YANG BERHAMPIRAN DENGAN TEMPAT ANDA TINGGAL

Pilihan penginapan sangat penting kerana anda perlu memastikan tempat penginapan tersebut  perlu mempunyai pelbagai destinasi yang menarik. Oleh kerana tempat penginapan anda berhampiran dengan tempat yang menarik ia dapat mengurangkan masa serta dapat menjimatkan kos pengangkutan.

 

Sumber : dutchnews.nl

JIMATKAN POKET DENGAN BERBELANJA DI PASAR ATAU KEDAI TEMPATAN

Bagi menjimatkan poket, anda digalakkan berbelanja di pasar atau kedai tempatan kerana biasanya harga barang yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding di restoran. Di situ juga terdapat pelbagai makanan yang menarik dan sedap di buat juadah.

Sumber : akufirdaus

 BAWA STOCK MAKANAN SEGERA

 Jika anda ingin bercuti ke luar negara, pastinya makanan yang dijual adalah agak tinggi. Untuk jimatkan kos makan anda, anda digalakkan membawa makanan sendiri seperti nasi segera, mi segera, biskut yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

Tips yang boleh MENJIMATKAN poket semasa bercuti

BERCUTI SECARA BERKUMPULAN

Anda boleh bercuti secara berkumpulan dengan melancong bersama beberapa orang rakan ataupun mengikuti trip rombongan percutian. Banyak kos yang dapat dikongsi bersama dan pastinya ia lebih menguntungkan. Di antara kos yang dapat dikurangkan adalah kos pengangkutan dan penginapan. Kebiasaanya, agensi-agensi perlancongan akan memberikan diskaun untuk pakej percutian untuk 3 orang atau lebih. Gunakanlah peluang yang diberikan sebaik mungkin.

Sumber : 12Fly

 GUNAKAN KAD IVENTURE

Kad ini boleh digunakan di restoran mahupun kedai-kedai terutamanya anda yang ingin bercuti ke luar negara seperti Gold Coast, London, Sydney, Seoul dan banyak lagi. Kebanyakan bandar utama dunia ada menawarkan kad pelancongan bandar untuk pelancong tempatan dan antarabangsa.

 

Nukilan oleh: Norfarahniza Nor Ashikin http://madini.com.my/

 

Dikuasakan oleh Madini Travel & Tours Sdn Bhd.